Empat Produk Mampu Milik di Shopee Live Untuk Menceriakan Rumah anda Sempena Tahun Baru Cina
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Menjelang ketibaan Tahun Baru Cina, keinginan untuk membuka tirai baru semakin dirasai. Festival ini melambangkan permulaan baharu dan keriangan berganda. Tahun ini, ramai rakyat Malaysia menonton Shopee Live, sebuah platform yang mempunyai pelbagai produk mampu milik yang boleh mengubah persediaan Tahun Baru Cina kepada pengalaman yang menyeronokkan.
Ubah rumah anda kepada kediaman meriah tanpa membazir duit. Penemuan produk yang disusun pilih khas dari Shopee Live ini bakal meningkatkan lagi keceriaan Tahun Baru Cina rumah anda.
Dandan Haiwan Peliharaan anda Tuah & Keriangan dengan Ezlife
Tahun Baru Cina tidak lengkap dengan pakaian berwarna merah yang melambangkan permulaan baharu. Tahun ini, lanjutkan keceriaan tersebut untuk ‘si bulus’ juga dengan Pet Chinese New Year Costumes Ezlife! Pilih daripada enam rekaan comel, setiap satunya membawakan simbol tuah, kemakmuran, dan kegembiraan berpanjangan. Gambar keluarga anda pasti membawa memori berkekalan dengan anjing atau kucing comel anda bergaya dengan pakaian perayaan ini.
Baru-baru ini, Ezlife telah mendidik lebih 7,700 penonton di Shopee Live tentang cara untuk mengukur pakaian agar muat selesa dan maksud simbolik di sebalik setiap rekaan. Pengacara strim lansung juga menjawab pelbagai soalan seperti “apakah maksud perkataan dalam bahasa Cina tersebut?” dan “Saiz manakah yang saya patut beli untuk Chihuahua saya?”. Pengacara ini asyik berkomunikasi dengan penonton menjelaskan tentang setiap rekaan dan turut berjenaka tentang pakaian bertema Tarian Singa boleh menjimatkan kos daripada mengambil penari profesional untuk persembahan Tahun Baru Cina.
Pada jam 8 malam setiap malam, rakyat Malaysia menonton strim langsung Ezlife untuk mengetahui lebih lanjut tentang gajet terkini untuk meningkatkan gaya hidup.
Tahun Baru, Cosmic Cookware Baharu, Anda yang Baharu!
Set peralatan masakan adalah penting untuk memastikan persediaan memasak lebih efisien. Cosmic Cookware yang berdedikasi terhadap rekaan estetik dan kesihatan, meningkatkan pengalaman kulinari anda. Melabur dalam set peralatan memasak berkualiti tinggi menjadikan aktiviti memasak lebih menyeronokkan dan meningkatkan motivasi untuk memasak.
Dengan permintaan popular lebih 70% daripada 6,000 penonton strim langsung, pengacara Cosmic Cookware, Thivy, memperkenalkan set Cosmo yang mengandungi 7 jenis produk. Diperbuat daripada seramik, setiap produk adalah versatil dan boleh digunakan untuk pelbagai tugasan memasak seperti membakar, merebus, dan memanggang. Permukaannya yang anti lekat membolehkan anda mengurangkan lemak dan kalori agar anda boleh menikmati segala Nian Gao dan pulut Lor Mai Kai tanpa risau ketika majlis makan malam penyatuan semula.
Sesi Shopee Live Cosmic Cookware berstrim langsung setiap Selasa, dan menawarkan penonton Shopee Coins dan diskaun 70% sepanjang sesi.
Kemas Tersusun ketika festival ini dengan ILOVEHOME Official Store
Pada Tahun Baru Cina ini, bawakan tenaga yang lebih bersemangat ke dalam rumah anda dengan produk penyimpanan barangan yang bergaya dicipta khas untuk mengemas cantik ruangan Kotak Penyimpanan Barang Permainan dengan Roda ILOVEHOME boleh didapati dalam lima warna menarik, dan boleh ditimbun kemas dalam pilihan saiz L dan XL. Produk ini juga senang untuk diletakkan di ruangan ceruk dan membolehkan pengguna untuk membawanya ke mana-mana sahaja dengan mudah, kerana produk ini mempunyai roda. Apabila disusun secara kemas, kotak ini juga boleh menjimatkan ruang vertikal anda. Tambahan lagi, penutup kotak yang boleh dipasang tanggal melindungi barang permainan daripada habuk.
Ketika sesi khas Shopee Live semasa Tahun Baru, seorang penonton bertanya “Berapa besarkah kotak penyimpanan barang permainan?” Pengacara dengan berseloroh panjat masuk kotak untuk tunjuk demo keluasan kotak kepada lebih 32,000 penonton. Kotak luas bersaiz 39L dan 70L ini tersedia untuk mengemas rumah anda.
ILOVEHOME berstrim langsung setiap hari kecuali hari Sabtu dan Ahad pada jam 9 pagi di Shopee Live untuk anda memiliki rumah yang lebih ceria dan kemas.
Fahami Simbol Tahun Baru Cina dengan Canny TC
Jemput kegembiraan dan tuah ke rumah anda pada Tahun Baru Cina ini dengan kaligrafi ‘福’ untuk kemakmuran. Produk Canny TC termasuk perhiasan rumah menarik yang menjadi saluran untuk kemakmuran. Diperbuat daripada kertas berwarna emas metalik dan berwarna merah meriah, terdapat lebih 15 rekaan menarik yang boleh disesuaikan dengan gaya unik anda dalam menyambut semangat tahun baru.
Atas permintaan ramai, Canny TC memperkenalkan dekorasi boleh gantung bertemakan daun Ginkgo. Hiasan bersaiz 38cm ini membawakan simbol "财" yang menjanjikan kemewahan yang terdapat dalam setiap helaian daun. Penjelasan simbol-simbol ini menarik perhatian penonton untuk memiliki tapestri bertuah ini.
Setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad pada jam 4 petang, sertai Canny TC dalam mereka menunjukkan dekorasi perayaan terhangat untuk rumah anda.
Sempena Tahun Naga ini, jangan lepaskan peluang untuk menemui cara baharu untuk dekorasi rumah anda dengan Shopee Live. Isikan rumah anda dengan kegembiraan dan gelak ketawa, amalkan tradisi keluarga turun-temurun, dan sentiasa ingat bahawa hadiah paling bermakna bukanlah dibeli, tetapi dibina bersama.
Layari Shopee Jualan Tahun Baru Cina sekarang di https://shopee.com.my/m/chinese-new-year-sale
1 comments
Suami saya yg sukaaa sangat lihat shoppee live ini 😄. Terkadang yg dia beli aksesoris utk motor dan mobil dia 🤭. Tapi memang seru kan, apalagi kalau bisa dapat dengan harga murah 👍
ReplyDelete