Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum,

Dalam musim PKP ni, memang banyak institusi pengajian yang melakukan kelas atas talian atau online class kan. Bagi nak hantar assignment atau apa-apa yang berkaitan, para pensyarah kebiasaannya mesti nak kita hantar melalui email. Namun, tak ramai yang tahu etika yang betul untuk menghantar email kepada pensyarah atau guru. Boleh juga diguna pakai untuk yang bekerja, untuk hantar email kepada bos ataupun klien.

1) Tolong tulis 'content' atau 'subject'. Jangan terus hantar sesuatu email dengan satu file sahaja. Pensyarah ni banyak tau kerja lain selain ajar pelajar ni. Jangan kita expect pensyarah boleh teka email kita isinya apa kalau tak ada subject. Dan jangan salahkan pensyarah pulak kalau tiba-tiba markah assignment nanti zero hehe

2) Mulakan email dengan pengenalan diri sendiri. Berbekalkan username email yang entah apa-apa tu, jangan kita expect pensyarah dapat kenal kita terus. Sekurang-kurangnya mulakan dengan nama penuh, nombor matrik ID dan dari kelas mana. 

3) Jangan frust kalau email lambat dibalas atau tak dibalas terus. Seperti disebut tadi, pensyarah ni ada hal lain juga nak diuruskan. Jangan terus spam dengan email lain kalau email yang dihantar tidak dibalas dalam masa beberapa hari. Kalau lebih dari 3 hari bekerja atau dalam seminggu dua tak dibalas juga, barulah cuba untuk email semula.

4) Kesalahan grammar atau tatabahasa tak apa. Tapi penggunaan tanda baca sangat perlu dipertimbangkan. Jangan sesekali letak ??? atau !!!. Sangat tidak beradab. Cukuplah dengan satu tanda baca.

5) Jangan pernah menyuruh kawan-kawan kita hantarkan email untuk kita. Contoh, "Kawan saya minta saya emailkan..." sebab sangatlah tidak beradab. Melainkan kerja berkumpulan.

6) Elakkan dari menggunakan singkatan. Common singkatan masih boleh diterima seperti 'yg', 'dgn', 'dll' tapi kalau boleh elak, elakkan lah. Jangan pulak tulis singkatan ala ala budak Wechat pulak sampai merosakkan terus bahasa.

7) Jangan demand. Elakkan email dengan pensyarah macam whatsapp dengan member. Tak perlu letak arahan seperti "balas email saya sebelum esok". Arahan macam tu cuma boleh diarah oleh pensyarah atau bos sahaja. Sebagai pelajar atau pekerja biasa, jangan!

8) Yang terakhir, jangan hantar email last minute untuk bertanya soalan yang tak logik seperti "bagaimana nak mulakan assignment ni". Last minute task untuk kita bermaksud 'jangan expect markah tinggi' dari pensyarah ye. 

Sekian. semoga kita boleh la ubah etika nak mulakan email dengan orang yang lebih tinggi dari kita. 

credit Facebook Elena Tengku
Share
Tweet
Pin
Share
23 comments
Assalamualaikum,

Salam PKP Fasa 3. Salam 8 hari lagi nak Ramadhan.

Rata-rata pelajar universiti dah mula kelas atas talian. Universiti aku tidak hehe tapi nanti cuti dipendekkan dan kuliah akan diadakan direct 10 minggu tanpa sebarang cuti. Fuh.


Di sini aku nak kongsikan tips untuk fokus dan berjaya dalam kelas atas talian. Tidak dinafikan, untuk fokus 100% dalam kelas atas talian memang agak mustahil. Kelas dalam dewan pun tak boleh fokus sangat, ini pula kelas atas talian dengan pelbagai rintangan, kan. Tapi mana tahu ada sedikit sebanyak perkara yang aku kongsikan ni berguna ke untuk kelas atas talian.

Tak kisahlah kelas diadakan di aplikasi Zoom, Google Hangouts atau lain-lain, bahkan di Whatsapp sekalipun. Kita sebagai pelajar kena selalu ambil tahu dan fokus sebab ini antara proses yang penting untuk masa depan kita.

1) Objektif Pelajaran Haruslah Jelas


Kita sebagai pelajar ni memang tak boleh jangka apa yang nak dipelajari hari tersebut kan. Apa kata, sebelum mulakan kelas atas talian, tanya pensyarah/guru topik apa yang akan dipelajari hari tu. Dan minta pensyarah/guru untuk terangkan objektif pembelajaran sebelum masuk ke isi pelajaran tu. 

Dengan cara ini, pensyarah/guru sebenarnya lagi suka dan bersemangat untuk mengajar sebab mereka akan nampak keterujaan kita sebagai pelajar ni untuk belajar walaupun atas talian. Dengan cara ni, kita akan lebih tahu tujuan pelajaran kita pada masa tu dan boleh la juga buat rujukan sebelum kelas mula.

2) Wujudkan Pelajaran Dua Hala


Sebagai pelajar, kita jangan biarkan pensyarah/guru mengajar sorang-sorang. Kalau dalam apps yang perlukan video call tu, selalu lah bertanyakan secara direct. Kalau kat Whatsapp tu, kenalah sentiasa respon apa-apa yang diterangkan. Baru pensyarah/guru kita tak bosan mengajar kita.

3) Minta Pensyarah/Guru Buat Aktiviti 


Pensyarah/Guru ni sebenarnya lebih arif dari kita. Dan mereka ni biasanya lebih tahu kehendak kita dan cara apa yang boleh membuatkan kita tak bosan dengan lecture semata-mata. Jadi, bila pensyarah/guru kita buat sebarang aktiviti tu, kita kenalah ambil peduli. Kena aktif memberi idea dan jawapan pada setiap soalan mereka.

4) Asingkan Tempat Belajar di Dalam Bilik


Ini antara cabaran utama. Sebagai pelajar, kita kena tahu tempat mana yang boleh meningkatkan fokus kita untuk belajar. Jangan pulak belajar depan televisyen, nanti apa pun tak dapat. Elakkan juga katil, sebab ini punca untuk kita tidur dengan lebih cepat haha. Nak bawak makanan ringan bersama sangat digalakkan, untuk hilangkan mengantuk dan terus cergas dalam pembelajaran.

5) Minta Tugasan Ringan Untuk Disiapkan


Pelajaran takkan mudah untuk diingati atau difahami tanpa sebarang latihan tugasan. Pensyarah/Guru biasanya memang akan sediakan tugasan untuk dilengkapkan tapi kadang-kadang tu, mereka pun ada belas kasihan tahu keadaan pelajar kat rumah ni macam mana. Kalau diberi, buat tugasan yang diberi terlebih dahulu. Kalau tak diberi, cari latihan atas talian dari sumber lain untuk tajamkan pemahaman.

6) Rakam Kelas, Ulang Dengar dan Buat Nota


Segalanya atas talian. Dengan telefon pintar kita boleh record pembelajaran atas talian untuk didengar lagi sekali di masa lapang. Ini antara kelebihan kelas atas talian, kita boleh ulang banyak kali apa yang telah dirakam. Buat nota sendiri daripada rakaman tersebut. Kalau ada yang kurang faham, boleh tanya secara personal pada guru kita. Mereka pasti akan sentiasa terbuka untuk menjawab. 

Dari tips semua ni, memang tak dinafikan ada susah dan senangnya kelas atas talian. Apa pun, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Alang-alang daripada tak berbuat apa-apa cuti ni, lebih bagusnya untuk diadakan kelas online. Sudah semestinya tak sama dengan kelas biasa, tapi lebih baik daripada masa disia-siakan. 

Aku yang tak ada kelas online ni pun sekarang tengah mencari kelas online yang bukan dalam silibus aku. Ilmu baru. Belajar ilmu baru takkan rugi lah. Sekarang aku tengah mencari kelas Bahasa Asing yang percuma pulak (Bahasa Jepun/Mandarin/Perancis) ke. Sesiapa tahu, boleh roger hehehe. 

Terima kasih. Jaga Diri. Jaga Kesihatan. Duduk Rumah. Jangan Keluar. 
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Assalamualaikum
Bismillah

Bila mana matinya seseorang ayah, khususnya, maka wajib untuk ahli keluarganya bahagikan harta peninggalan mengikut kiraan faraid. Kita sedia maklum kadar faraid adalah tetap. Tak boleh sesuka hati je bahagikan tanpa ilmu yang betul. Tapi, andai kata kita nak khususkan sebilangan harta yang khas untuk diberi kepada sekian-sekian adik beradik atau sesiapapun, adalah lebih baik untuk beri secara hibah. Apa tu hibah? Apa bezanya dengan wasiat dan faraid? Sini aku cerita tentang hibah harta dalam Islam.

Tahukah anda, hibah bermaksud pemberian hak atau harta secara sukarela tanpa dipaksa atau terpaksa daripada satu pihak kepada satu pihak yang lain.



Bahasa mudahnya hibah adalah hadiah daripada pemberi hibah kepada penerima hibah dengan niat dan tujuan yang baik tanpa sebarang syarat, imbalan atau balasan.

Ia merupakan pemberian secara suka sama suka dengan syarat di dalam hibah itu tidak akan ada hak orang lain yang diambil seperti hak mereka yang dizalimi atau dianiayai.
Menyedari akan kelebihan hibah ini, ia merupakan antara penyelesaian terbaik pengurusan harta dalam Islam.


Sebagai orang Islam, kita haruslah mengetahui lebih mendalam tentang hibah ini agar keputusan yang dibuat kelak tidak akan menganiaya orang lain. Apabila sesuatu harta itu telah dihibahkan ketika pemberi masih hidup, kita tidak berhak mempertikaikannya.


Malah, pemberian hibah ini juga dapat mengelakkan konflik perebutan harta pusaka yang mungkin berlaku setelah kematian pemberi hibah. Walaupun ada ketikanya hibah secara lisan, sebagai contoh, si suami memberitahu isterinya untuk menghibahkan rumahnya kepada si isteri, ia sebenarnya sudah sah.


Jadi tidak perlu dipertikaikan lagi. Ini bermaksud, apabila harta sudah dihibah secara sah, tetapi jika ada yang mahu merampasnya maka mereka yang terbabit itu melakukan dosa. Perlu diingat, semua harta yang sudah dihibah akan terkeluar daripada harta pusaka dan tidak akan di agih kepada waris mengikut hukum faraid.



Apakah beza antara hibah dan wasiat?


Hibah dan wasiat merupakan dua instrumen penting dalam pengurusan harta Islam.

Hibah adalah pemberian harta yang berlaku semasa hidup pemberi hibah manakala wasiat pula adalah pemberian harta yang berlaku selepas kematian pewasiat.


Hibah tidak akan berlaku sekiranya si pemberi hibah hanya sekadar berhasrat atau berura-ura sahaja tetapi dengan takdir Allah S.W.T., si pemberi hibah meninggal dunia tanpa diduga. Maka dengan itu hibah tidak akan berlaku kerana hukumnya telah berubah daripada hibah kepada wasiat.


Hibah dan wasiat ini amat digalakkan dalam Islam di mana sekiranya ia dilakukan dengan betul dan selaras dengan kehendak syarak, pertikaian dan perebutan harta dalam di elakkan.


Hibah pada istilah syarak ialah suatu akad yang mengandungi pemberian milik oleh seseorang secara sukarela terhadap hartanya kepada seseorang yang lain pada masa hidupnya tanpa balasan dengan menggunakan lafaz ijab dan qabul atau seumpamanya. Pemberian secara hibah bukan bertujuan untuk mengharapkan pahala dan bukan bertujuan untuk memuliakannya.


Perlu di ingat bahawa hibah hanya akan berlaku ketika seseorang pemberi hibah dan juga penerima hibah itu masih hidup ketika proses pelaksanaan pemberian dilakukan. Pemberian hibah ini lebih kepada pemberian yang berbentuk kasih sayang.



Hibah Harta Dalam Islam



Dalam Islam, hibah adalah salah satu cara pemilikan harta yang sah di sisi syarak. Hibah ini masih berkait rapat dengan konsep pemilikan harta yang lain seperti wasiat, wakaf dan faraid.

Namun sudah tentu hukum dan ciri-ciri konsep hibah berbeza dengan yang lain. Mengikut istilah syarak, hibah merupakan akad pemberian harta yang dilakukan oleh pemberi hibah kepada penerima hibah ketika hidupnya tanpa sebarang balasan ('iwad).

Hibah dalam Islam merupakan amalan sunat dan amat digalakkan. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

 "Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin itu dengan senang hati, makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya"
Surah al-Nisa' ayat 4
 "...dan memberikan harta yang dicintainya kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya"
Surah al-Baqarah ayat 177


Selain daripada itu, terdapat juga dalil dalam Al-Quran tentang pelaksanaan hibah yang disebut dalam hadis Rasullulah S.A.W. Saidatina Aisyah berkata yang bermaksud:

 "Nabi Muhammad S.A.W menerima dan membalas hadiah"
Hadis riwayat at-Tirmizi


Apakah Rukun Hibah?




Rukun hibah ada 4 iaitu :

1. Pemberi hibah (al-wahib) 


Pemberi hibah perlu seorang ahliyyah yang sempurna akal, baligh dan rusyd.

Mereka juga mestilah memiliki harta yang dihibahkan dan berkuasa penuh ke atas hartanya.

2. Penerima hibah (al-mawhub lahu) 


Penerima hibah mestilah mempunyai keupayaan untuk memiliki harta sama ada mukalaf atau bukan mukalaf.

Sekiranya penerima hibah adalah bukan mukalaf seperti belum akil baligh atau kurang upaya, maka hibah boleh diberikan kepada walinya atau pemegang amanah.

3. Harta yang dihibahkan (al-mawhub) 


Harta yang hendak dihibahkan itu mestilah harta yang halal, bernilai di sisi syarak, di bawah pemilikan pemberi hibah, mampu diserahkan kepada penerima hibah dan wujud ketika harta berkenaan dihibahkan.

4. Lafaz ijab dan kabul (sighah) 


Lafaz ijab dan kabul merupakan lafaz atau perbuatan yang membawa makna pemberian dan penerimaan hibah.

Pemberian hibah harta dalam Islam



Apakah kelebihan pemberian hibah?


Setiap apa yang digalakkan dalam Islam sudah semestinya mempunyai pelbagai kelebihan.

Kelebihan hibah paling utama adalah memudahkan proses pengurusan harta pusaka. Selain itu, berikut merupakan antara kelebihan lain pemberian hibah:


  • Pemberian harta secara hibah boleh memupuk perasaan kasih sayang dan mengeratkan hubungan silaturahim. Pemberi hibah boleh memberikan hartanya kepada sesiapa sahaja terutama mereka yang rapat seperti suami, isteri, anak, ibubapa, anak angkat dan lain-lain bagi menzahirkan kasih sayang antara mereka. 
  • Penerima hibah boleh terdiri daripada sesiapa sahaja. Ia berbeza dengan sistem faraid yang memberikan hak hanya kepada ahli waris-waris tertentu, manakala wasiat mengecualikan waris sebagai penerima wasiat. Selain itu, hibah juga boleh diberikan kepada bukan Islam bagi tujuan mengeratkan hubugan silaturahim dan bukan untuk tujuan maksiat.
  • Kadar pemberian hibah adalah tidak terhad kepada jumlah tertentu. Ia berbeza dengan konsep wasiat iaitu harta yang diwasiatkan tidak boleh melebihi satu pertiga daripada harta pusaka bersih dan faraid mengikut kadar-kadar tertentu seperti yang diturunkan di dalam al-Quran. Pemberi hibah bebas menentukan kadar atau bahagian harta yang hendak dihibahkan dengan memberi pertimbangan kepada keperluan hidup dan kehendak semasa menerima hibah.
  • Pemberi hibah boleh menentukan sendiri kepada siapa harta dan jumlah yang hendak diagihkan dengan mengambil kira kesesuaiannya dari segi kedudukan ekonomi dan keperluan semasa waris-warisnya. Hal ini kerana, kebiasaannya keperluan seseorang individu dengan individu yang lain adalah berbeza. 
  • Pemanfaatan harta boleh dilakukan secara terus dan semaksimum mungkin. Instrumen hibah ini boleh menangani masalah ini dengan baik di mana harta yang dihibahkan boleh terus dimanfaatkan oleh penerima hibah ketika pemberi hibah masih hidup.

Setelah memahami konsep hibah ini, ia boleh dianggap sebagai pelengkap kepada sistem pengagihan harta dalam Islam.

Konsep hibah amat sesuai diamalkan oleh masyarakat dewasa ini, terutama untuk mengagihkan harta kepada pihak-pihak yang tidak berkemampuan tanpa mengehadkan kepada kadar dan golongan tertentu.

Apa yang paling penting dalam hibah ialah keikhlasan kerana ia memberikan sesuatu kepada orang lain pada waktu masih hidup tanpa meminta balasan.


Sekian. Moga bermanfaat.
Share
Tweet
Pin
Share
16 comments
Assalamualaikum,

Salam Hari ke 11 Perintah Kawalan Pergerakan. Lagi 17 hari gais nak habis. Bukan mengeluh, tapi bersyukur. Satu langkah yang baik oleh kerajaan untuk menipiskan penularan wabak covid-19 tu. Alhamdulillah. Tambah bersyukur selepas pengumuman pakej rangsangan yang diberi oleh kerajaan kita ni, dapat meringankan beban banyak pihak.

Dalam pada tempoh kuarantin ni, kurangkan pergerakan keluar rumah. Jadi, apa kata kita order delivery je kan. Kat sini aku senaraikan 7 servis penghantaran yang beroperasi dalam tempoh ini. Lebih senang dan pada masa yang sama kita dapat mematuhi perintah kerajaan. Kredit pada thekeduadotcom  

1) Foodpanda

Tak asing lagi kat semua rakyat Malaysia. Antara servis penghantaran makanan terkenal. Penghantaran makanan dari pelbagai restoran terkemuka mengikut kesesuaian. Bagi yang belum mendaftar lagi dengan Foodpanda, ada 50% diskaun untuk penghantaran pertama dengan kod "NEWPANDA".

Terdapat di hampir semua bandar besar di Malaysia. Kawasan kampung pun kadang-kadang ada tau. Cek availability kat apps Foodpanda sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari foodpanda.my

2) GrabFood
Sama macam Foodpanda jugak. Antara yang terkenal dan pelbagai restoran yang terlibat dengan penghantaran dari Grab ni. Kesesuaian jugak bergantung pada tempat. Konsep yang sama dengan Foodpanda. Rajin-rajin lah semak apps Grab tu untuk tawaran diskaun yang berganda.

Untuk maklumat  lanjut, layari grab.com/my/food

3) dahmakan
Makanan dari masakan chef. Terdapat pilihan makan lokal dan western. Namun, buat masa sekarang cuma boleh didapati di kawasan Lembah Klang sahaja. Bagi yang tinggal di kawasan Lembah Klang dan belum pernah mencuba, anda perlu cuba dan dapatkan diskaun 25% bagi penghantaran pertama dengan kod "NEW25".

Untuk maklumat lanjut, layari dahmakan.com

4) DeliverEat
Servis penghantaran dari pelbagai restoran. Hanya boleh didapati di Kuala Lumpur dan Penang. 

Untuk maklumat lanjut, layari jom.delivereat.my

5) Bungkusit
Perkhidmatan runner. Tidak terhad pada makanan, malah boleh jugak untuk hantarkan barang dan untuk beli barang dapur. Sangat mudah kan. Tapi buat masa sekarang hanya terhad di kawasan Lembah Klang, Penang, Melaka dan Negeri Sembilan. Penghantaran dalam masa 60 minit sahaja.

Untuk keterangan lanjut, layari bungkusit.com.my

6) Lalamove
Konsep yang sama seperti bungkusit. Perkhidmatan runner. Boleh dapatkan perkhidmatan atas kehendak kita. Bezanya cuma sekarang baru boleh didapati di Lembah Klang.

Untuk maklumat lanjut, layari lalamove.com

7) GoGet
Konsep masih sama dengan Bungkusit dan Lalamove. Gunakan perkhidmatan runner untuk penghantaran makanan dan barang-barang juga. Sekarang hanya terdapat di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor Bharu. 

Untuk maklumat lanjut, layari app.goget.my

Sempat nak promote dari pengalaman, sebab aku pun baru register untuk jadi runner dengan GoGet ni. Dalam tempoh Movement Control Order ni, boleh register dan lakukan online training je. Akan dibekalkan 5/6 video untuk panduan. Lepas habis tengok semua video tu akan diadakan quiz. 

Sebelum tu, masa pendaftaran akan dikenakan bayaran yuran sebanyak RM15. Sangat mudah. Tapi aku tak cuba lagi kerja ni lah sebab sekarang aku kat Penang, tak banyak job. Bagi yang kat Lembah Klang, sangat dialu-alukan untuk join sebab sana banyaklah job. Sangat mudah dan berbaloi. 

Walau apa pun, jangan abaikan kebersihan, kesihatan dan keselamatan ya. Sebab duit boleh dicari, nyawa tiada ganti. 


Akhir kata, jaga kebersihan dan keselamatan diri masing-masing. Kurangkan pergerakan keluar rumah bagi tujuan selain kerja dan yang penting. Banyak pilihan tu, antara nak atau tak je. Order saja, dah sampai. Dan banyak jugak yang dah amalkan penghantaran tanpa sentuh atau 'contactless delivery'. Penjarakan sosial tu penting gais. Sekian.
Share
Tweet
Pin
Share
13 comments
Assalamualaikum,

Wabak Covid-19 sekarang makin menjadi-jadi. Semalam sampai ada kematian dah. Kerajaan pun dah umumkan perintah kawalan pergerakan. Jadinya kena kurangkan pergerakan luar dari rumah sehingga 31 Mac nanti.

Aktiviti dalam rumah ni tak dapat dinafikan yang sangat terhad. Bagaimanapun, jika kita ada plan yang betul, setiap masa di rumah tu dapat dimanfaatkan dengan baik.


Sini aku senaraikan beberapa aktiviti yang berguna untuk kita lakukan walaupun dalam pergerakan yang terbatas. Takde la kita menghadap media sosial je kan sepanjang cuti ni.

1) Membaca Buku

Cuba cek balik berapa banyak buku kat rak yang tengah pending. Tak terbaca sebab sibuk dengan belajar, kerja dan sebagainya. Tempoh masa cuti ni la kita boleh resume buku-buku yang tengah pending tu. Aku punya buku pun banyak lagi yang pending tu, dalam cuti ni aku target nak habiskan satu buku je dulu. Nanti kena sorting dulu hehe.

2) Tonton TV
Channel free gais sampai 31 Mac 2020

Aktiviti ni memang wajib pun buat, tak kisah cuti ke tak. Tapi, memandangkan Astro pun bagi free channel untuk channel movie memang kena melangut TV jelah. Channel kat rumah ni ambil yang basic je, bila dapat channel movies ni excited tu melebih-lebih. Dapat la luangkan masa tengok cerita yang tak tertengok kat wayang dulu.

3) Marathon KDrama

KDrama awal tahun ni dan hujung tahun lepas banyak gais yang best-best. Aku baru sempat tengok satu, Crash Landing On You. Tu pun tak sempat habis lagi. Cadangan dari Twitter, antara drama yang best termasuk VIP, Dr Romantic 2, Hi Bye Mama, Money Game dan banyak lagi. Search je. Yang penting tengok CLOY dulu haha.

dramacool

Website pun berlambak yang tayang kdrama dengan English subtitles ni. Aku paling suka tengok dekat dramacool dengan myasiantv.

4) Belajar Memasak 

Tak kisah lelaki ke perempuan, belajar memasak penting gais. Andai kata nanti kedai semua tak bukak. Takkan nak mengharapkan mi segera je kan. Bagi yang dah pro dalam memasak ni, boleh cari duit lebih dengan buat delivery. Sekarang kan kedai makan banyak tak bukak.


Cadangan aku, memasak dari rumah, siap packing dan jual dalam kejiranan kita. Apa-apa pun, berhati-hati lah ye waktu delivery. Pakai mask dan basuh tangan. Kalau nak lagi hygiene, suruh customer online banking je. Sebab kan orang kata banyak virus tersebar melalui duit kertas tu.

5) Banyakkan Beribadat

Tapi masjid kan tutup? Haa jangan ingat ibadat boleh dekat masjid je. Dari rumah pun boleh. Amalkan solat berjemaah dengan keluarga. Pastu baca Al-Quran. Kat TV atau Youtube tu banyak ceramah agama yang kita boleh dapat. Dekat Spotify pun ada Podcast Ceramah Agama. Untuk dapat pahala ni senang je. Kat mana pun boleh. Cuma nak atau tak je.


Banyak lagi aktiviti boleh dilakukan di rumah ni. Tak dapat nak senaraikan semua. Apa-apa pun aktiviti yang kita buat, mestilah kena utamakan kebersihan. Banyakkan cuci tangan. Kalau boleh, tak perlulah keluar dari rumah jika tak ada keperluan.

Usah panic buying, supermarket sentiasa bukak dalam masa ini. Boleh la seminggu sekali pergi ke supermarket untuk restock keperluan asas. Tapi elakkan la bawak anak-anak kecil bersama. Susah nak dikawal tu, takut diorang pegang merata-rata sampai terkena virus tu. Hand sanitizer jangan lupa dibawa ke mana-mana.
Share
Tweet
Pin
Share
21 comments
Assalamualaikum

"Kerja Part Time pun nak memilih ke?". Haa ada orang pernah kata kat aku camni. Memang la, kerja part time la kena memilih sebab tujuan kerja untuk duit dan pengalaman je. Bukan karier. Ye aku masih belajar, dalam masa yang sama dah banyak kerja separuh masa yang aku dah join. Jadi, kenapa banyak kali aku tukar kerja. Sebab aku lagi suka mencuba dan aku jenis cepat bosan. Dalam masa yang sama, aku memilih. Hahaha

Sini aku nak share kenapa aku memilih dan apa yang aku pilih bila nak cuba kerja separuh masa ni. Ini semua pendapat aku je, setiap orang ada pendapat sendiri kan hehe

1) Elakkan Kerja Dari Rumah

Boleh tengok ciri-ciri scam kerja dari rumah kat artikel atas ni.

Ini kebanyakkannya scam. Tapi, aku pernah je kerja as data entry yang buat dari rumah ni. Bahan-bahan dia bagi thru email dan dah siap nanti pun aku send balik kat dia thru email jugak. Sebab tu aku kata kebanyakan, bukan semua. Dan kerja yang aku buat dulu tu memang masyuk giler. Aku buat dua task je dan gaji dapat RM300 (bagi student macam aku ni rasa masyuk giler la). Aku jumpa orang yang bagi job ni pun thru Twitter je. Tapi memang ini kerja paling legit dan senang dan puas hati. Tetapi biasanya yang kat Facebook suruh lipat sampul apa semua tu, banyak orang kata scam. Dan yang macam tu memang aku pun tak pernah try sebab prevention is better than cure gituu.

2) Gaji

Ok, ni pendapat aku la. Kalau nak kerja separuh masa yang macam sehari dua hari tu, minimum gaji at least RM60 la. Biasanya aku buat kerja, gajinya RM70 ke atas. Macam gaji bawah RM50 pun aku pernah jugak tapi kena setanding dengan masa bekerja dan skop kerja tu la. Semalam aku kerja gaji RM45 memang sangat tak berbaloi sebab kerja teruk gila, kena angkat meja banyak giler, lipat khemah, pastu jaga gerai dan kerja 8 jam lebih tanpa rehat (memang aku tak pergi dah harini, habis burn solat fardhu aku semalam. balik kena qadha pulak)

3) Convenient

Kalau convenient bagi aku, di mana aku dapat kebebasan untuk pergi tandas, pergi solat. Rehat pun ditetapkan. Maksud aku kebebasan nak pergi tandas tu bukan cam curi tulang asyik pergi tandas je, tapi sekurang-kurangnya boleh la bagi alasan nak ke tandas tapi sebenarnya pergi solat jap. Sebab lelaki senang sikit bab solat ni, dalam 5 minit pun siap dah sama dengan waktu perempuan tengok cermin dah. Hahaha

4) Lokasi Tempat Kerja

Bab ni pun penting jugak. Kena kira perjalanan kita berapa lama, berapa banyak minyak pakai ataupun tambang public transport berapa. Kena tengok berbaloi tak travel jauh-jauh dengan gaji yang dapat nanti. Aku masa bulan puasa tahun lepas ada buat kerja kat Kg Baru, KL tapi aku dari Nilai. Bila aku kira-kira balik, tengok-tengok tambang public transport lagi mahal dari gaji. Tapi aku still kerja sampai habis sebab orang-orang yang aku kerja sekali tu best-best dan tak rasa stress pun kerja.


Apa-apa pun, aku sebolehnya akan tengok kerja tu break pukul berapa supaya senang nak solat semua. Tak makan takpa, jangan tak solat. Sebab kita mencari rezeki, dan Allah yang Maha Pemberi Rezeki. Takkan kita nak cari rezeki dalam bentuk kemungkaran, mana nak dapat keberkatan rezeki tu kan. Hehe sekian.
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments
Assalamualaikum,
Bismillah,

Hari ini aku masih bercuti semester dan sambil belek-belek blogwalking, aku terjumpa artikel menarik ni yang dishare oleh Blogger Tashira . Dan aku pun rasa terpanggil nak share jugak kat sini sebab aku memang suka recycle barang hehe :)


Okay aku pun sebenarnya baru pertama kali dengar brand produk ni dan aku rasa dengan adanya program macam ni lagi menaikkan jenama diorang tau. Jadi program ni salah satu inisiatif lah untuk kurangkan penggunaan bekas plastik. Sebab apa? Sebab ni lah...


L'Occitane En Provence dengan kerjasama iCycle buat program ni yang mana, kita kumpul bekas produk yang terpakai (sebaiknya basuh bersih-bersih dan keringkan), pastu cukup sampai beberapa bekas, ada la free gift diorang nak bagi.

Daripada kita buang kat tong sampah, pastu masuk tempat pelupusan sampah pastu nak lupuskan plastik ni kena 500 tahun tahu, lebih baik kita bagi kat diorang ni dan terpulanglah diorang nak buat apa, tapi untuk tujuan kitar semula lah. Kita sama-sama lah untung, kita dapat free sample, pelupusan plastik pun dapat berkurang.

Jadi, ni senarai barang yang boleh dikitar semula dan apa yang kita dapat daripada program ni.

Diorang terima je tau any brand of bekas untuk dikitar semula. Jangan risau.

ACCEPTED PACKAGING INCLUDES:

a. Beauty packaging such as lip balm tubes, makeup remover bottles and pumps, fragrances bottles and pumps, and deodorant sticks. 
b. Skin care packaging such as face care packaging, refill pouches, and dispensers and tubes for shower gels, facial cleansers and body lotions. 
c. Hair care packaging such as pumps and caps from shampoo and conditioner bottles, hair care dispensers and containers, hair product trigger heads, and refill pouches.

For further details, untuk FAQ ke, outlet kat mana apa semua boleh layari laman web official L'Occitane
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Halooo Assalamualaikum, Selamat Hari Raya. It's been a while since I have updated my last entry, right? Hehe suddenly my mood has come to be alive again in this blog. In this glorious day, I would like to share about Fitbit, Watches for the fitness enthusiast. As usual, I am not so a fitness enthusiast but I have some intention to do fitness. Yes , SOMETIMES hahahahaha :')



This thing seriously attract me to become a fitness enthusiast hahaha :) It looks good too

Fitbit is a brand which offers stylish fitness watches which the active individuals would appreciate. Why? Because it not only tells the time but also helps identify how many calories you have burn throughout the day *this thing seriously a good motivator too*. There are various watch designs from Fitbit  *yes it is colaaboration with Zalora* which you can choose from. Take a look at them below and pick your favourite choice. The smart watches definitely has its own perks.

1. Fitbit Blaze
Fitbit Blaze sure is perfect for those individuals who are looking for a versatile yet edgy touch to their outfit. The black Fitbit blaze smart watch is perfect to be matched with anything you have on. Featuring on-screen fitness workouts, it definitely gives you the workouts to choose from and track it progressively with ease. *click Fitbit for other colour choices*

2) Fitbit Alta

If you prefer something more simple, the Fitbit Alta watch is the perfect choice to flaunt. It reminds you to keep moving and burn those extra calories. Not only that, the Fitbit Alta also provides you with a calendar, call and text alert which definitely is awesome for the busy individuals out there. *click Fitbit for other colour choices*

3) Fitbit Surge 
The best thing about Fitbit Surge watch is that it has long batter life and GPS tracking. How awesome is that! Apart from the fitness track system, it sure helps you to navigate anywhere you want to go. Choose from the various colours available which represents your personal style and wear it with confidence. *click Fitbit for other colour choices*

foot notes : hey yeahh, I'm on my way to improve English and hopefully my upcoming entry will be also fully English like this .
for price information of Fitbit, just click this.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Dilema Ibu Bapa Hari Ini
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Berbaloi Betul! Saya Upgrade Hotlink Postpaid RM45 ke RM50 Demi 650GB Internet Sebulan
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates