Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Rasanya dah lama tak join giveaway ni. Kali ini nak join giveaway dari Mamapipie untuk kesekalian kalinya. Mamapipie rajin buat giveaway dan aku pun dah dua ke tiga kali menang hadiah dari giveaway yang disertai. 

Daripada semua blogpost yang menarik dari blog Mamapipie, saya paling suka post yang berkaitan dengan travel makan angin. Banyak tempat yang dikongsi yang saya belum sampai lagi. InsyaAllah dalam masa terdekat kalau nak pergi, boleh rujuk blog Mamapipie hehe

http://www.mamapipie.com/2018/12/review-hotel-holiday-inn-penang.html

Walaupun saya sendiri orang Pulau Pinang, belum pernah sampai lagi Hotel Holiday Inn macam Mamapipie. Next time kalau nak staycation boleh kot datang sini hehe.

Jom join sekaki! Klik banner untuk join :) Hadiahnya pun menarik, boleh bagi mak (kalau menang).

Share
Tweet
Pin
Share
6 comments



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Punya lama peram post ni. Sehari sebelum Raya Aidiladha tahun ini yang lalu, bersamaan 9 Julai 2022, aku singgah Cameron Highland sekejap dengan kakak dan abang ipar aku. Alang-alang balik kampung di Perak, singgah naik Cameron kejap. 

Disebabkan kami pun singgah tak sampai setengah sehari, kami pergi ke tempat-tempat yang tak berapa ramai dan yang tak pernah jejak lagi je. 

Lokasi The Sheep Sanctuary ni betul-betul dekat Kea Farm. Kiranya lepas main-main dengan biri-biri, boleh la singgah makan dan beli strawberi. 

Setibanya ke situ, akan ada satu kaunter bayaran sebelum masuk ke dalam kawasan kandang tersebut. Di depan kaunter tersebut, terdapat harga yang dikenakan untuk pelawat ke situ. 


Harga tiket bayaran mungkin berbeza pada masa hadapan

Seperti dalam gambar, harga tiket masuk seperti berikut:

  • Dewasa (12 tahun ke atas): RM8
  • Kanak-kanak (3 tahun ke 12 tahun): RM5
Untuk tiket tersebut adalah termasuk dengan makanan kambing biri-biri untuk diberi kepada biri-biri di situ.


Selepas bayar tiket, kami perlu beratur untuk masuk ke kawasan kandang tersebut. Tak lama pun beratur, dalam 5-10 minit je walaupun ramai juga kat situ.




Jangan risau sebab biri-biri dekat sini semua ternak dan tak gigit orang. Cuma agak besar dan menakutkan je hahaha. Dan kena hati-hati sebab diorang berak kencing semua tanpa isyarat. Tiba-tiba basah.


Yang kena tahan juga adalah hidung. Dah nama pun kandang, memang agak berbau la dengan kencing dan tahi semua. Tapi ada masa-masa yang staf di situ akan bersihkan juga. 

Berbaloi tak harga RM8 untuk tengok biri-biri? Agak berbaloi. Sebab banyak biri-biri kat situ. Comel tapi busuk je lah dan kotor sikit. Lagi best kalau bawa budak-budak, bagi dorang kenal dengan haiwan. 


Jom singgah sini. Memang best! Nak tangkap gambar pun cantik kat sini.
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Shopee terus menawarkan lebih nilai dan keseronokan untuk para pembeli dan penjual sepanjang 9.9 Hari Pembelian Hebat. Permulaan musim Jualan Akhir Tahun disempurnakan dengan jayanya, dengan penjual tempatan di Malaysia yang mengambil bahagian dalam 9.9 Hari Pembelian Hebat buat kali pertama mencapai purata peningkatan jualan sebanyak lebih daripada 5 kali ganda pada 9 September, berbanding hari biasa.



Kesihatan dan Kecantikan, Kelengkapan Rumah dan Kehidupan serta Barangan Mudah Alih dan Aksesori muncul sebagai kategori paling popular semasa hari kemuncak festival membeli-belah tersebut.

Menariknya, walaupun dengan pengumuman baru-baru ini bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan kecuali dalam situasi tertentu, pelitup muka masih merupakan salah satu produk yang paling banyak dibeli pada 9 September. Makanan dan snek untuk kucing serta produk penyimpanan seperti kotak lipat, kotak kek dan beg kertas turut popular dalam kalangan pengguna. Barangan penyimpanan ini mungkin adalah tanda bahawa para penjual tempatan sedang membuat persiapan untuk pesanan yang bakal diterima dalam beberapa bulan akan datang.

Mereka yang tinggal di Johor Bahru, Kinta, Seremban, Melaka Tengah, Kuching serta Kota Bharu banyak membuat pembelian pada 9 September. Lokasi-lokasi ini mencatatkan jumlah pesanan tertinggi di negara ini, di luar Lembah Klang.
 
Sementara itu, penstriman langsung terus memberikan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan dan bersifat interaktif kepada pengguna. Dalam tempoh kempen dari 26 Ogos hingga 9 September, rakyat Malaysia menghabiskan lebih 2 juta jam untuk menonton strim di Shopee Live. Mereka juga berseronok sambil membeli-belah, dengan Shopee Prizes dimainkan sebanyak lebih 24 juta kali dalam tempoh yang sama.
 
ShopeePay turut merupakan kaedah pembayaran pilihan oleh pengguna apabila membeli barangan di Shopee semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. Dalam tempoh dua jam pertama pada 9 September, peningkatan sebanyak 9 kali ganda direkodkan untuk pesanan yang dibayar menggunakan ShopeePay, berbanding hari biasa pada tahun sebelumnya. Dalam tempoh dua tahun sejak pandemik berlaku, para pengguna berkemungkinan lebih terbiasa membayar menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai seperti ShopeePay untuk menikmati kemudahan penggunaan serta nilai dari segi ganjaran.

ShopeeFood sejak bermula pada bulan November 2021 telah membantu ramai pengguna untuk berhubung dengan peniaga besar mahupun kecil melalui platform bersepadu yang disediakan oleh Shopee. Peniaga mikro terutamanya mendapat manfaat besar daripada ekosistem tersebut. Ini kerana platform tersebut membantu para peniaga mengembangkan perniagaan mereka dalam tempoh pasca pandemik, dengan menghubungkan mereka kepada pangkalan pengguna dalam talian yang luas di aplikasi mudah alih Shopee.
 
Ini terbukti berdasarkan Hidangan Popular yang dipesan oleh para pengguna semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. Di semua lima lokasi (Kuala Lumpur/Putrajaya, Johor, Pulau Pinang, Sabah dan Ipoh), kebanyakan pengguna memanfaatkan diskaun dan promosi hebat untuk memesan makanan tempatan kegemaran mereka seperti Roti Canai, Sate dan Nasi Ayam Penyet. Selain menyokong peniaga makanan dan minuman tempatan, mereka juga banyak memesan hidangan seperti Strawberry Chocolate Chip Almond Milk Frappe, Sushi, Matcha Boba Tea dan bahan makanan berasaskan Pasta.



Kenneth Soh, Ketua Kempen Pemasaran di Shopee Malaysia berkata, “Kami amat berbesar hati kerana dapat memainkan peranan dalam membantu penjual tempatan di platform kami mencapai tahap peningkatan jualan yang signifikan semasa 9.9 Hari Pembelian Hebat. Kami dapat menyaksikan bahawa alat pemasaran dan ciri penglibatan penjual (seller engagement features) kami memperkasakan PMKS untuk menerokai peluang pertumbuhan dalam ekonomi digital. Shopee berasa teruja untuk terus meningkatkan jualan mereka semasa tempoh akhir tahun, sambil membolehkan rakyat Malaysia menikmati penjimatan terbaik di platform kami.”
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

 Setelah 5 tahun, Anugerah Industri Muzik kini kembali bersiaran pada 11 September 2022. Berikut merupakan pencalonan untuk anugerah yang dipertandingkan berserta pemenangnya.



KATEGORI ANUGERAH UTAMA
Lagu Nasyid Terbaik
  1. Shuhud Qalbu - Fitri Haris dan Zarul Umbrella
  2. Thank You Allah - Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris (Pemenang)
  3. Selimut Kasih - Inteam 
  4. Hasbunallah - One Path
  5. Lingan Laduni - Darwish

Lagu Pop Etnik Terbaik
  1. Anakanda - Dato' Sri Siti Nurhaliza
  2. Kucuma - Wany Hasrita dan Dato' Jamal Abdillah
  3. Intan Payung - Bunga ft. Noraniza Idris
  4. Adat Kasih - Ziha Salleh (Pemenang)
  5. Sang Purnama - Wany Hasrita dan Wani Syaz

Artis Baru Terbaik
  1. Rian Shain - Kesumat
  2. Aufahanie - Geming Jiwa
  3. Vanessa Reynauld - Buat Ku Sempurna (Pemenang)
  4. Iss Arffan - Tiada Bernoktah
  5. Ahmad Syafiq - Duri

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem/Drama
  1. Coretan Pilu - Awie
  2. Khila Asmara - Shila Amzah
  3. Memandangmu - Aidit Alfian & Tegu Budiman
  4. Cinta - Marsha Milan
  5. Bahagiakan Dia - Shila Amzah & Liza Hanim (Pemenang)

Video Muzik Terbaik
  1. SonaOne (Sape Kata) - ATG & SonaOne
  2. Janna Nick (Gatal) - Chuan Looi (Pemenang)
  3. Joe Flizzow (CIAO) - Shahrin Bahar
  4. Kmy Kmo, Luca Sickta, Hazama (Makuta) - Yunus Yunus
  5. Daiyan Trisha ft. Tuju (Penat) - Jasmine Wong dan Daiyan Trisha

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik
  1. Tak Sangka - Yonnyboy, Zynakal & Asyraf Nasir
  2. CIAO - Joe Flizzow (Pemenang)
  3. Orang Lain - A.Nayaka, Joe Flizzow, Yonnyboii
  4. Tunggu - VE
  5. Disentuhi Cinta - Suzanne Low

Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
  1. Narsis - Elizabeth Tan ft. Zynakal
  2. Fun, Lust, Love - Late Night Frequency (Pemenang)
  3. VETO - DJ CZA ft. TUJULOCA & MK
  4. Amaran - Siti Nordiana & Bunga
  5. Panggil Sayang - Syeera Aziz

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
  1. So In Love - TY:Del
  2. My World Too - Fatia
  3. Game of Charades - Sophia Zuhri (Pemenang)
  4. Acknowledge - Astor Walk
  5. We Go Up - Athalia

Lagu Cina Tempatan Terbaik
  1. Yu Ni - FS (Fuying & Sam)
  2. Suan Shen Me - Uriah
  3. Zhi Dao Wo Men Yu Jian Ai - Suzanne Low
  4. Wu Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah (Pemenang)
  5. Someday - Suzanne Low ft. Gaston

Lagu Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
  1. Masih - Rossa
  2. Tak Ingin Usai - Keisya Levronka (Pemenang)
  3. Bismillah Cinta - Ungu & Lesti
  4. Terlalu Berharap - Rossa
  5. Memilih Aku - Arsy Widianto, Tiara Andini

Lagu Rock Terbaik
  1. Toxic - Alif Satar & The Locos
  2. Tugu Ugut - Sekumpulan Orang Gila (Pemenang)
  3. Korang - Bunkface
  4. DUIT! - Stacy
  5. I Miss You - Bunkface

Lagu Pop Terbaik
  1. Alah Bisa - Faizal Tahir dan Amira Othman
  2. Penat - Daiyan Trisha ft. Tuju
  3. Goodbye Hello - Syamel dan Ernie Zakri (Pemenang)
  4. Perpisahan - Khai Bahar
  5. Kelentong Kelentong - Hael Husaini

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
  1. Da Unknown - Tersakiti
  2. Dolla - Berani
  3. Blvckmind Squad - Sembelih
  4. V.E - Tunggu (Pemenang)
  5. Zayne - Kaulah Cinta

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
  1. Hafiz Suip & Ernie Zakri - Berakhirlah Pencarianku
  2. Syamel & Ernie Zakri - Goodbye Hello
  3. Shila Amzah & Liza Hanim - Bahagiankan Dia (Pemenang)
  4. Lah Ahmad ft. Aina Abdul - Tunggu Kamu
  5. Shuib & Siti Sarah - Semakin Benci Semakin Cinta

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)
  1. Hafiz Suip - Takluk Cinta
  2. Alif Satar & The Locos - Anugerah Terindah
  3. Syamel - Bila Kau Tiada
  4. Arddley Nicholas - Pilu (Pemenang)
  5. XPOSE - Jejak

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)
  1. Vaneesa Reynauld - Buat Ku Sempurna
  2. Ernie Zakri - Sinar Mata Hati (Pemenang)
  3. Aina Abdul - Nada Kalbu
  4. Idaya - Jangan Menangis Cinta
  5. Marsha Milan - Cinta

Album Terbaik
  1. Ramayan (Di Persiaran Cakrawala) - Ramayan
  2. Tuju (Tuju Untuk Kamu 18/19) - Mingaling, Saucie J, Meerfly
  3. Sekumpulan Orang Gila, SOG (Second Voyage) - Bert Poncet
  4. Yonnyboii (Yonny, Deluxe Version) - Wolfy (Pemenang)
  5. A. Limin (Sesudah Melakar Langir) - Amerul Ishraf Adri

Lagu Terbaik
  1. Thank You Allah - Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris
  2. Adat Kasih - Ziha Salleh
  3. Game of Charades - Sophia Zuhri
  4. Goodbye Hello - Syamel dan Ernie Zakri (Pemenang)
  5. Wu Ren Qian Shou De Xin Fu - Uriah

KATEGORI PRA ANUGERAH
  1. Kulit Single/Album Terbaik - Adat Kasih (Ziha Salleh)
  2. Lagu Paling Tinggi Distrim - Lotus (ForceParkBois)
  3. Rakaman Album Terbaik - Belagu (Dayang Faizah)
  4. Rakaman Lagu Terbaik - Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)
  5. Susunan Terbaik Dalam Lagu - Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)
  6. Lagu Nada Dering Jualan Paling Tinggi - Adakah Ini Mimpi (Reedzwan)
  7. Video Muzik Rasmi Malaysia Paling Tinggi Ditonton Di Youtube - Malam Semakin Dingin 

ANUGERAH KHAS
Anugerah Sri Wirama - Tan Su Loke (Suria Records)




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    My Life As A Teacher At SMK Ladang Kerilla
  • Syazni Rahim Blog
    Apakah Itu Muzik Rap?
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ▼  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ▼  September 2022 (4)
      • Giveaway Suka-Suki Mamapipie
      • Singgah The Sheep Sanctuary, Cameron Highlands
      • Peniaga Malaysia yang menyertai Shopee 9.9 Hari Pe...
      • Senarai Pemenang Anugerah Industri Muzik 23 (AIM23...
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates