Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum
Bismillah


Last day of July already. August, please be nice. Please make more money than usual as preparation for next semester uses. Amiin :)
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum
Bismillah

Haritu tetiba viral kan di Twitter tentang '55th Most Difficult Courses in the World'. Rasanya dah lama orang viralkan ni, tapi tetiba je isu ni naik balik. Katanya, kajian ni daripada Harvard University.


Untuk course aku, entahla di ranking berapa. Actuarial Science takde dalam list, tapi kitorang belajar maths, economics, statistics, accounting pun hahaha. Walau di mana pun ranking untuk course aku, tetap susah pada aku hahaha.

Tak kisahlah di ranking berapa pun kesusahan sesuatu course tu, yang penting kita belajar untuk ilmu dan semoga ilmu yang kita peroleh tu boleh digunakan sebaiknya untuk masa depan, baik untuk diri sendiri, keluarga ke masyarakat.

Sekian. Course korang berada di ranking berapa? Hehe :)
Share
Tweet
Pin
Share
11 comments
Assalamualaikum
Bismillah


Masih tengah cuti semester. Kebetulan pulak, Astro bagi channel movie free (HBO, Fox Movies, TVN Movies dan beberapa lagi channel). Jadi untuk sementara ni memang takde buat part time ke apa, so menghadap tv jelah. Pastu terbukak cerita ni.

Ni pelakon utama, Kang Ye Won as Jang Young Shil
Ni detektif lawa tapi ganas haha. Han Chae Ah as Na Jung An

Movie ni bertemakan action-comedy. Pelakon pun aku tak kenal sangat, tapi layan teruk sebab kelakar. Cerita ni berkisahkan dua orang wanita ni jadi spy dan bekerja dekat tempat scammer melalui voice phishing. Sebelum ni selalu dengar pasal scam phishing ni, tengok cerita ni baru tahu macam mana phishing tu haha.

Mula-mula kedua-dua wanita ni tak kenal satu sama lain pun. Sorang detektif, memang untuk nak tangkap scammer ni la. Yang lagi sorang pulak, cuma pekerja kontrak untuk ejen dalam Agensi Keselamatan Negara, dan dia diperdaya untuk jadi spy supaya boleh dapat jawatan tetap dalam Agensi Keselamatan Negara tu.

Jadi, diorang jadi spy dengan menjadi pekerja dalam syarikat scammer tu. Diorang kena call orang ramai untuk pancing orang ramai untuk bagi no akaun bank dengan password, dan diorang memang dah ada maklumat peribadi orang yang diorang call tu. Masa tengok tu memang baru rasa macam "ohh.. macam ni la scammer buat kerja eh hahaha"

Ni ketua scammer tu, dan ni aku pernah tengok dia berlakon. Memang layak ah jadi jahat haha.
Namgoong Min as president Minseok.

Dalam diorang buat spy masing-masing, diorang dapat tahu yang diorang tu adalah spy untuk menangkap scammer. So, sejak dari tu baru diorang kerjasama untuk tangkap ketua scammer tu. Yang best bagi aku sebab tengok perempuan lawa belasah geng laki macam tu je haha.

Takleh nak explain panjang-panjang, kena tengok sendiri baru best. Bagi yang ada astro tu pergi je tengok channel free sementara ada ni (tak silap sampai awal Ogos kot). Overall, aku bagi rating cerita ni 4.3/5 hehe. Ok next cerita apa pulak?


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum,
Bismillah,

Hari ini aku masih bercuti semester dan sambil belek-belek blogwalking, aku terjumpa artikel menarik ni yang dishare oleh Blogger Tashira . Dan aku pun rasa terpanggil nak share jugak kat sini sebab aku memang suka recycle barang hehe :)


Okay aku pun sebenarnya baru pertama kali dengar brand produk ni dan aku rasa dengan adanya program macam ni lagi menaikkan jenama diorang tau. Jadi program ni salah satu inisiatif lah untuk kurangkan penggunaan bekas plastik. Sebab apa? Sebab ni lah...


L'Occitane En Provence dengan kerjasama iCycle buat program ni yang mana, kita kumpul bekas produk yang terpakai (sebaiknya basuh bersih-bersih dan keringkan), pastu cukup sampai beberapa bekas, ada la free gift diorang nak bagi.

Daripada kita buang kat tong sampah, pastu masuk tempat pelupusan sampah pastu nak lupuskan plastik ni kena 500 tahun tahu, lebih baik kita bagi kat diorang ni dan terpulanglah diorang nak buat apa, tapi untuk tujuan kitar semula lah. Kita sama-sama lah untung, kita dapat free sample, pelupusan plastik pun dapat berkurang.

Jadi, ni senarai barang yang boleh dikitar semula dan apa yang kita dapat daripada program ni.

Diorang terima je tau any brand of bekas untuk dikitar semula. Jangan risau.

ACCEPTED PACKAGING INCLUDES:

a. Beauty packaging such as lip balm tubes, makeup remover bottles and pumps, fragrances bottles and pumps, and deodorant sticks. 
b. Skin care packaging such as face care packaging, refill pouches, and dispensers and tubes for shower gels, facial cleansers and body lotions. 
c. Hair care packaging such as pumps and caps from shampoo and conditioner bottles, hair care dispensers and containers, hair product trigger heads, and refill pouches.

For further details, untuk FAQ ke, outlet kat mana apa semua boleh layari laman web official L'Occitane
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Assalamualaikum,
Bismillah

Selesai sudah first job untuk cuti sem ni. 3 hari je. Kerja as promoter tapi, kena galas billboard(papan iklan) sambil edar flyers. Rasa seronok pulak nak share pengalaman agak pahit (sebab penat gila) tapi menarik dan baru untuk aku.

Actually aku banyak join group event promoter dekat Facebook dan Whatsapp tapi macam most of the events nak Chinese dan perempuan. Tapi this job dia tawarkan untuk Malay/Indian dan lelaki. Nak dijadikan cerita at first aku perkenalkan diri dan profile semua, dia accept jelah. Dan masa ni aku taktahu pun skop kerja macam mana, aku mai ambik je asalkan ada gaji hahaha

Keesokannya, tetiba dia (si pengiklan) tu dm Facebook aku balik, tanya tinggi aku berapa and I said la the truth yang tinggi aku 162 cm je (ye aku pendek :P) Pastu dia reply panjang gila cakap sorry la apa la sebab management dorang nak yang tinggi dan aku di'reject'.

Tetiba, hari first day sepatutnya aku kerja tu, aku bangun pagi sebab ada orang call tersilap bank in duit kat aku tau. rm320, pastu nasib baik dia pun kenal aku semua. dan dalam pukul 9 pagi, si pengiklan tu dm balik kat aku tanya free tak, sebab ada orang cancel kerja last minute. dalam hati aku haritu, "time senang dibuang je aku, time susah baru nak cari hahaha". Tapi sebab aku pun bosan kat rumah, aku join je lah kerja tu tanpa mengetahui apa sebenarnya aku kena buat kat tempat kerja nanti, yang aku tau kena distribute flyers je.

Pastu aku naik grab dari rumah aku ke masjid area 25km away dari rumah aku sebab event tu kat kawasan masjid. Nasib baik dorang claim duit grab. Sampai sana, dorang suruh galas billboard yang aku anggar berat dia dalam 10kg dan panjang dia lebih kurang tinggi aku. rupanya aku kena galas tu dan pusing ke satu tapak event tu sambil distibute flyers. nasib baik ada lagi 2 orang kerja sekali.

memang aku kat situ macam menagih simpati pun ada, berat weh pastu panas terik. sunburn teruk aku (walaupun memang dah sunburn hahaha). tapi nasib baik kami galas tu dalam sejam pastu rehat 15-30 minit pastu seterusnya. cam penat gila tapi cam best lak. ok sebenarnya tak best pun, aku kerja pun untuk dapat gaji ja yang ni. nasib la budak-budak dok tanya mak dorang, "mak, abang tu kena buli ke? cam kena buli je." aku tebal muka jelah.

Alhamdulillah la payment okay la. Tapi yang aku macam tak berapa nak okay sikit sebab baru tahu yang geng promoter satu lagi, pakai baju bebas pastu takyah galas papan iklan tu gaji dorang beza sikit ja dengan kami. Tu ja la macam tak puas hati sikit, tapi dah habis pun, aku okay jelah. Harap payment full masuk la esok. aku nak berjimba weekend ni pegi Cameron dgn family yeayyy

by the way, kitorang promoter untuk jual rumah.... so nak expect semua orang nak beli rumah ke? hahaha tapi it was fun la jugak. esok malam kerja stock take pulak kat Tesco lessgo!!!

*saja pun type panjang2 taknak bagi orang baca, sebab bosan haha
*sesapa tahu kerja part time yang macam 3hari ke seminggu area Penang atau KL, roger haha.
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum
Bismillah

Jom join segmen ni.. JMBelog dah capai 3M Pageview dan nak bagi topup RM10 tu untuk 5 orang.. Jom jom https://belogsjm.blogspot.com/2019/07/segmen-3-000-000-pageview-jmbelog.html


**maafla blog saya ni dah macam chipsmore, kejap ada kejap takda.. sebenarnya masih mengumpul duit untuk laptop yang lebih elok.. ni pun nasib baik laptop lama tak bukak dan masih berfungsi walaupun sangat slow... tapi boleh je untuk blogalking lagi ni heheh

memang dah target bila dah cukup duit simpanan, beli laptop baru yang lebih mesra alam hehe, memang nak aktif balik kat sini. lagipun tengah cuti sem ni. rasa macam nak join bisnes ke apa2 yang mendatangkan income la.. any idea?
Share
Tweet
Pin
Share
8 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    Facts about animals that we should know
  • Syazni Rahim Blog
    Jenis-Jenis Rabun
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ▼  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ▼  July 2019 (6)
      • Wordless Wednesday
      • Most Difficult Courses in the World
      • K-Movie : Part Time Spy (2017)
      • Recycle Your Empty Plastic Beauty Products & Colle...
      • Pengalaman Kerja Part Time Billboard Promoter
      • Segmen 3000000 Pageview #JMBelog
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates