Pengalaman Kerja Part Time Billboard Promoter

by - Monday, July 08, 2019

Assalamualaikum,
Bismillah

Selesai sudah first job untuk cuti sem ni. 3 hari je. Kerja as promoter tapi, kena galas billboard(papan iklan) sambil edar flyers. Rasa seronok pulak nak share pengalaman agak pahit (sebab penat gila) tapi menarik dan baru untuk aku.

Actually aku banyak join group event promoter dekat Facebook dan Whatsapp tapi macam most of the events nak Chinese dan perempuan. Tapi this job dia tawarkan untuk Malay/Indian dan lelaki. Nak dijadikan cerita at first aku perkenalkan diri dan profile semua, dia accept jelah. Dan masa ni aku taktahu pun skop kerja macam mana, aku mai ambik je asalkan ada gaji hahaha

Keesokannya, tetiba dia (si pengiklan) tu dm Facebook aku balik, tanya tinggi aku berapa and I said la the truth yang tinggi aku 162 cm je (ye aku pendek :P) Pastu dia reply panjang gila cakap sorry la apa la sebab management dorang nak yang tinggi dan aku di'reject'.

Tetiba, hari first day sepatutnya aku kerja tu, aku bangun pagi sebab ada orang call tersilap bank in duit kat aku tau. rm320, pastu nasib baik dia pun kenal aku semua. dan dalam pukul 9 pagi, si pengiklan tu dm balik kat aku tanya free tak, sebab ada orang cancel kerja last minute. dalam hati aku haritu, "time senang dibuang je aku, time susah baru nak cari hahaha". Tapi sebab aku pun bosan kat rumah, aku join je lah kerja tu tanpa mengetahui apa sebenarnya aku kena buat kat tempat kerja nanti, yang aku tau kena distribute flyers je.

Pastu aku naik grab dari rumah aku ke masjid area 25km away dari rumah aku sebab event tu kat kawasan masjid. Nasib baik dorang claim duit grab. Sampai sana, dorang suruh galas billboard yang aku anggar berat dia dalam 10kg dan panjang dia lebih kurang tinggi aku. rupanya aku kena galas tu dan pusing ke satu tapak event tu sambil distibute flyers. nasib baik ada lagi 2 orang kerja sekali.

memang aku kat situ macam menagih simpati pun ada, berat weh pastu panas terik. sunburn teruk aku (walaupun memang dah sunburn hahaha). tapi nasib baik kami galas tu dalam sejam pastu rehat 15-30 minit pastu seterusnya. cam penat gila tapi cam best lak. ok sebenarnya tak best pun, aku kerja pun untuk dapat gaji ja yang ni. nasib la budak-budak dok tanya mak dorang, "mak, abang tu kena buli ke? cam kena buli je." aku tebal muka jelah.

Alhamdulillah la payment okay la. Tapi yang aku macam tak berapa nak okay sikit sebab baru tahu yang geng promoter satu lagi, pakai baju bebas pastu takyah galas papan iklan tu gaji dorang beza sikit ja dengan kami. Tu ja la macam tak puas hati sikit, tapi dah habis pun, aku okay jelah. Harap payment full masuk la esok. aku nak berjimba weekend ni pegi Cameron dgn family yeayyy

by the way, kitorang promoter untuk jual rumah.... so nak expect semua orang nak beli rumah ke? hahaha tapi it was fun la jugak. esok malam kerja stock take pulak kat Tesco lessgo!!!

*saja pun type panjang2 taknak bagi orang baca, sebab bosan haha
*sesapa tahu kerja part time yang macam 3hari ke seminggu area Penang atau KL, roger haha.

You May Also Like

5 comments

  1. pengalaman tu penting. tapi kalau bayaran sesuai dan adil, kira ok la kan

    ReplyDelete
  2. bagus, belia mcm ni la yg negara nak, bukan bila cuti j, melpak..keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe thanks. lagi pun memang tengah target nak guna duit untuk cover banyak benda nak beli semua.. so apa salahnya, pengalaman dapat, duit dapat, masa pun tak habis camtu je :D

      Delete
  3. Baguslah isi masa lapang untuk buat kerja part time. Saya duduk rumah je masa cuti๐Ÿ˜…. Banyak habiskan masa dengan blog & mengajar math. Tak pernah lagi kerja dengan orang. Saya suka kerja dari rumah. Contohnya, jadi tutor. Btw sy dah follow blog ni. Thanks follow blog saya.

    ReplyDelete