Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dokumentari “Shopee Rai Lokal” dilancarkan pada 14 Disember 2023 di Shopee Super Awards 2023, yang dilangsungkan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Filem ini membawakan kisah tiga penjual tempatan yang telah menembusi halangan dalam talian dan mencipta kejayaan di e-dagang.


“Filem ini merupakan warkah cinta buat usahawan tempatan,” kata Ketua Pemasaran, Kenneth Soh. “Kami mahu membawakan kesedaran kepada pengguna tempatan bahawa di belakang setiap kedai dalam talian, terdapat ramai tanggungan dan komuniti yang disokong oleh penjual, dan dokumentari ini merupakan bukti kecerdasan, daya tahan, dan nilai murni mereka.”

"Shopee Rai Lokal'' mempertontonkan cabaran dan kejayaan yang membawa inspirasi dalam perjalanan penjual dalam mencari ceruk perniagaan dalam talian mereka. Filem ini mempertengahkan temubual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dengan sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing. 

Dokumentari ini yang julung-julung kali dilancarkan Shopee di Malaysia, diterbitkan dengan kolaborasi bersama Khairil M. Bahar, pengarah filem indie yang terkenal dengan filem Ciplak (2006), Relationship Status (2012), Cuak (2014) dan Kickflip (2020). Filem Khairil telah dipersembahkan di pelbagai festival filem, televisyen, dan rangkaian penstriman. 

“Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” kata Soh. 

Shopee Super Awards 2023 merupakan anugerah industri e-dagang terunggul yang dilangsungkan secara tahunan di Kuala Lumpur, yang mempamerkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang membolehkan pemacuan ini. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Ainul Aishah, Ceddy Ang, Dato' Jovian, Dato' Siti Nurhaliza, Dolla, Neelofa, Nuex Rosli, Zoey Rahman, dan ramai lagi meraikan kejayaan 100 jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat dalam mencapai peningkatan jualan cemerlang dalam talian.

Pemenang anugerah cemerlang dalam e-dagang dengan mengambil bahagian dalam program peningkatan kemahiran Shopee, menyertai kursus percuma di Shopee Universiti, berhubung kenal dengan penjual lain di Shopee Seller Summit, menggunakan Shopee Marketing Solutions, mengambil bahagian dalam kelas pendidikan pempengaruh percuma, bertukar idea di Shopee House, dan mengembangkan jenama mereka melalui Shopee Live. 

 

Edward Wong dari HomeDecoStore

Edward Wong, pengasas HomeDecoStore, terpanggil untuk menceburi bidang perniagaan apabila beliau terpaksa berhenti kerja sebagai instruktor penerbangan disebabkan pandemik COVID-19. Edward belajar sendiri setiap cara untuk mengendalikan perniagaannya. Edward meneroka pelbagai usaha niaga dalam talian sebelum menemui peluang unik apabila beliau bekerjasama dengan Pembantu E-dagang, Asmanissa Kamaruzaman: mini sejadah. 

Cara Edward berhubung dengan pelanggan dalam Shopee Live melangkaui halangan budaya, membolehkan beliau untuk mengintegrasikan citarasa pelanggan kepada rekaan sejadahnya sambil menghormati sensitiviti agama. HDS Sejadah Muka telah menjadi produk terlaris HomeDecoStore dengan pesanan pukal diterima sehingga 10,000 helai dalam dua ke tiga minggu sesuai untuk majlis istimewa seperti kenduri. Buat Edward, sejadah merupakan penghargaan simbolik buat kepelbagaian budaya dan tradisi Malaysia. 

“Saya mahu menunjukkan bahawa graduan baharu juga berusaha untuk mencapai kerjaya jangka panjang dengan bergantung kepada kuasa pemasaran dalam talian. Namun, kami masih dalam kategori penjual yang kurang dihargai berbanding syarikat terkemuka. Saya berharap kami mencetus perbincangan yang lebih meluas tentang bagaimana pengusaha tempatan diwakili di depan kamera. 

Perjalanan setiap orang adalah sama penting dengan destinasi matlamat masing-masing, kita perlu menikmati perjalanan itu dan membuat penyesuaian terhadap apa jua yang bakal tiba. Sokongan dan pengiktirafan yang kami terima dari Shopee amat bermakna dalam kami menerima pesanan pukul dalam 200 ke 300 helai, dan anggaran 1,000 helai dalam seminggu. Kejayaan ini merupakan bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami,” Edward Wong, pengasas HomeDecoStore.

Felicia Tan of Mamami Shoppe

Pada 2008, Mamami Shoppe ditubuhkan sebagai sebuah penghormatan kepada arwah ibu Felicia Tan yang juga dikenali mesra sebagai "Mama," yang menanam penghargaan mendalam terhadap gaya hidup sihat kepada keluarganya. Diinspirasikan oleh tunjuk ajar Mama, Felicia memulakan misinya untuk berkongsi gaya hidup sihat menyeluruh kepada komuniti yang lebih meluas. Percubaan Mamami Shoppe menyertai e-dagang pada 2017 merupakan peristiwa penting dalam perjalanan perniagaan Felicia. 

Dengan kewujudan di Shopee, syarikat ini mencipta akses kepada  khalayak yang lebih meluas, membolehkan Felicia berhubung dengan pengguna yang mementingkan kesihatan dari seluruh Malaysia. Trajektori pertumbuhan syarikat ini digalakkan oleh cadangan mulut ke mulut positif pelanggan setia mereka. Terkini, Mamami Shoppe mengambil 50% pekerja wanita dan telah membawa impak positif kepada sara hidup lebih kurang 30 penduduk tempatan, 20 pembekal tempatan, dan tanggungan mereka.

“Dalam kehidupan masyarakat sekarang, sukar untuk kita mendengar cerita tentang tiga penjual tempatan, bukan? Saya rasa bertuah kerana pasukan Shopee yang penuh empati mendekati kami dan memperceritakan kisah perjalanan kami dalam perubahan perniagaan dari tradisional ke digital… Kami tidak menyediakan apa-apa, cuma bercerita kepada mereka dan mereka menemui keistimewaan kami,” kata Felicia Tan, pengasas dan pemilik Mamami Shoppe.

“Saya bersyukur kerana disokong oleh keluarga tercinta yang membolehkan saya berkembang dalam perniagaan yang hanya bermula dari rumah dalam saya menyeimbangkan kesibukan perniagaan dan hubungan keluarga. Terkini, kami telah berkembang sehingga memiliki enam gudang, dan kami berharap untuk terus berkembang kepada peluang baharu di Amerika Latin dan Timur Tengah pada masa hadapan,” tambah Felicia.


Mohd Zaid (kanan) dari Lampu Cherita

Setelah sembilan tahun mencari tujuan kerjaya sebenarnya, Mohd Zaid dari Lampu Cherita sentiasa memberanikan diri dan tidak berputus asa setelah beberapa kali mencuba untuk berniaga dalam talian sebelum menemui ceruk perniagaannya dalam mencipta lilin. Didorong oleh pemerhatian beliau yang menyaksikan rakyat Malaysia berbelanja ratusan ringgit untuk lilin pewangi, dan tiada pilihan yang lebih mampu milik dalam pasaran, Mohd Zaid mengasaskan Lampu Cherita. Dengan sokongan keluarga dan dua perkerja sambilan, mereka mencipta khas tuang tangan secara teliti 50 ke 100 lilin setiap hari dari rumahnya di Kajang. Walaupun Mohd Zais hilang inventori berharga disebabkan banjir dan kekangan wang yang memaksanya untuk beroperasi dari rumah, beliau kekal bersemangat, berinteraksi dengan pelanggan di Shopee sambil mengumpul maklum balas, dan mengambil pesanan khusus di Shopee Live. Tambahan lagi, beliau juga aktif berinteraksi dan menyokong penjual lain sebagai ahli Shopee Bintang.

“Ianya merupakan kuasa penceritaan. Saya mengambil masa beberapa tahun berfikir tentang kenapa perniagaan yang saya mulakan gagal sambil saya bekerja di Astro sebelum menemui ceruk perniagaan dalam talian dengan lilin. Saya telah mengalami banjir yang merosakkan inventori saya dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk bangun kembali. Saya faham erti menggunakan strim langsung dan penceritaan dalam talian untuk menempuhi masa sukar. 

Ianya merupakan impian saya di mana setiap rumah di Malaysia dipenuhi dengan bauan wangian lilin Lampu Cherita,” kata Mohd Zaid, pengasas Lampu Cherita.

Shopee Rai Lokal merupakan sebuah siri kisah asli yang diceritakan dalam pelbagai saluran untuk meraikan penjual tempatan dan meningkatkan kesedaran untuk membeli lokal. Ianya merupakan sebahagian daripada komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran yang lebih meluas dan menggunakan teknologi untuk membantu membina komuniti. 



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments

 Dagangan strim langsung dan affiliate telah memacu keterangkuman pasaran lebih baik terhadap penjual dan bakat tempatan di platform Shopee pada 2023. Sepanjang tahun lalu, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan ini menyaksikan rakyat Malaysia menonton strim langsung lebih 34 juta jam di Shopee Live dan berinteraksi dengan pempengaruh tempatan sebanyak 3.5 billion kali. Buat penjual yang mencapai lebih RM500,000 dalam jualan tahun ini, pesanan strim langsung mewakili 10 - 40% jumlah pesanan platform. Berbanding 2022, Shopee menyaksikan pesanan yang melibatkan affiliate meningkat 420%, dengan penglibatan lebih 20,000 ahli affiliate baharu dalam ekosistem Shopee. 

“Ini menunjukkan kejayaan bermakna dalam perjalanan transformasi digital Malaysia. Trend ini telah merevolusikan cara rakyat Malaysia membeli-belah, belajar, dan berinteraksi dengan jenama yang mencipta landskap dalam talian dinamik dan interaktif. Ianya juga menunjukkan e-dagang kini lebih hiperlokal; rakyat Malaysia di platform kami memilih ahli strim langsung dan ahli affiliate tempatan, manakala penjual tempatan kami pula menaiktaraf kemahiran untuk menjadi lebih relevan dengan penonton mahir digital,” komen Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia. 

Konsert Shopee Live 9.9 Countdown Concert mengetengahkan hos dan bakat tempatan


Strim langsung di mana penonton boleh membeli-belah dan integrasi lancar e-dagang terhadap sesi strim langsung telah menawan pengguna tempatan bak tua atau muda dengan membekalkan pengalaman membeli-belah berinteraktif dalam mereka mencari pelbagai jenis produk termasuk motorsikal, keropok lekor, coklat, barangan kemas, atau barangan dapur.  60% peminat Shopee Live membeli barangan kecantikan dan fesyen, 20% membeli barangan dapur dan produk bayi, 10% mencari peralatan rumah dan elektronik, sementara selebihnya membeli barangan automotif, sukan, dan aktiviti luar pada tahun lalu. 

Perluasan Shopee Live kepada pasaran vertikal baharu telah membuka banyak peluang kepada penjual tempatan. 60% penjual Shopee Live terbaik dari segi jualan pada 2023 merupakan penjual dan jenama tempatan seperti PHINIX STORE, Momo House, Elgini Apparel, MYDIN, dan HABIB. Penjual tempatan bukan sahaja menggunakan fungsi lelong dan permainan interaktif di Shopee Live untuk memahami citarasa penonton dengan lebih baik tetapi mereka juga memanfaatkan sokongan yang boleh dipercayai daripada selebriti Malaysia seperti Elfira Loy, Najiah Hassan, Sherry Alhadad, Syamira Zahar, dan Zoey Rahman. 

Jenama dan penjual Malaysia bekerjasama dengan ahli affiliate Shopee yang menghubungkan mereka dengan pelanggan tempatan, memberikan cadangan dan ulasan jujur, dan memacu trafik. Berdasarkan pesanan affiliate sepanjang 12 bulan yang lalu, pelanggan ahli affiliate Shopee kebanyakannya membeli barangan Rumah dan Gaya Hidup (30%), diikuti Kesihatan dan Kecantikan (25%) and Telefon dan Aksesori (25%). 70% daripada produk terbaik yang dibeli rakyat Malaysia adalah melalui pautan affiliate Shopee yang memanfaatkan penjual tempatan. Lebih kurang dua pertiga pautan Shopee yang dijana tahun ini membawa trafik untuk menaikkan penjual tempatan seperti B.S.B (Bed Sheet Bestseller), Momo House, dan Myfooyin.

Shopee House 2023 merupakan acara yang dianjurkan untuk mempromosi keterlibatan antara jenama tempatan dan pempengaruh serta ahli ‘affiliate’ 


“Kerjasama ini memanfaatkan semua pihak,” kata Soh. “Ahli affiliate tempatan mendapat manfaat dari format interaktif dan bermakna yang membolehkan pembelian segera dan memaksima keuntungan mereka, berdasarkan usaha mereka. Manakala, penjual tempatan mendapat manfaat dari ahli affiliate yang mempunyai pengikut setia dan reputasi untuk mencadangkan produk berkualiti; mereka juga boleh membawa asosiasi positif dengan jenama dan penjual strim langsung.”

Kejayaan dagangan strim langsung dan ahli affiliate seperti yang disaksikan oleh Shopee pada 2023 mencorak langkah kepada perkembangan digital untuk tahun-tahun seterusnya. Dengan kemajuan berterusan teknologi dan citarasa berubah pengguna tempatan, trend ini bakal memainkan peranan penting dalam memacu keterangkuman penjual tempatan dalam pasaran. 

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    My Life As A Teacher At SMK Ladang Kerilla
  • Syazni Rahim Blog
    Apakah Itu Muzik Rap?
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Dapat Replacement Car / Courtesy Car Etiqa Insurance Sepanjang Kereta di Bengkel
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ►  2025 (5)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ▼  2023 (15)
    • ▼  December 2023 (2)
      • Dokumentari "Shopee Rai Lokal" Dilancarkan di Shop...
      • Dagangan Strim Langsung dan Affiliate Capai Kemunc...
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates