Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Punya lama peram post ni. Sehari sebelum Raya Aidiladha tahun ini yang lalu, bersamaan 9 Julai 2022, aku singgah Cameron Highland sekejap dengan kakak dan abang ipar aku. Alang-alang balik kampung di Perak, singgah naik Cameron kejap.
Disebabkan kami pun singgah tak sampai setengah sehari, kami pergi ke tempat-tempat yang tak berapa ramai dan yang tak pernah jejak lagi je.
Lokasi The Sheep Sanctuary ni betul-betul dekat Kea Farm. Kiranya lepas main-main dengan biri-biri, boleh la singgah makan dan beli strawberi.
Setibanya ke situ, akan ada satu kaunter bayaran sebelum masuk ke dalam kawasan kandang tersebut. Di depan kaunter tersebut, terdapat harga yang dikenakan untuk pelawat ke situ.
Harga tiket bayaran mungkin berbeza pada masa hadapan |
Seperti dalam gambar, harga tiket masuk seperti berikut:
- Dewasa (12 tahun ke atas): RM8
- Kanak-kanak (3 tahun ke 12 tahun): RM5
Untuk tiket tersebut adalah termasuk dengan makanan kambing biri-biri untuk diberi kepada biri-biri di situ.
Selepas bayar tiket, kami perlu beratur untuk masuk ke kawasan kandang tersebut. Tak lama pun beratur, dalam 5-10 minit je walaupun ramai juga kat situ.
Jangan risau sebab biri-biri dekat sini semua ternak dan tak gigit orang. Cuma agak besar dan menakutkan je hahaha. Dan kena hati-hati sebab diorang berak kencing semua tanpa isyarat. Tiba-tiba basah.
Yang kena tahan juga adalah hidung. Dah nama pun kandang, memang agak berbau la dengan kencing dan tahi semua. Tapi ada masa-masa yang staf di situ akan bersihkan juga.
Berbaloi tak harga RM8 untuk tengok biri-biri? Agak berbaloi. Sebab banyak biri-biri kat situ. Comel tapi busuk je lah dan kotor sikit. Lagi best kalau bawa budak-budak, bagi dorang kenal dengan haiwan.
Jom singgah sini. Memang best! Nak tangkap gambar pun cantik kat sini.
2 comments
Ada tarikan baru di Cameron Highland. Dulu selalunya pergi ke ladang teh dan strawberi je.
ReplyDeletepeh gambar mcm kat oversea
ReplyDelete