Tips Fokus Dalam Kelas Atas Talian (Online Class)

by - Wednesday, April 15, 2020

Assalamualaikum,


Salam PKP Fasa 3. Salam 8 hari lagi nak Ramadhan.

Rata-rata pelajar universiti dah mula kelas atas talian. Universiti aku tidak hehe tapi nanti cuti dipendekkan dan kuliah akan diadakan direct 10 minggu tanpa sebarang cuti. Fuh.


Di sini aku nak kongsikan tips untuk fokus dan berjaya dalam kelas atas talian. Tidak dinafikan, untuk fokus 100% dalam kelas atas talian memang agak mustahil. Kelas dalam dewan pun tak boleh fokus sangat, ini pula kelas atas talian dengan pelbagai rintangan, kan. Tapi mana tahu ada sedikit sebanyak perkara yang aku kongsikan ni berguna ke untuk kelas atas talian.

Tak kisahlah kelas diadakan di aplikasi Zoom, Google Hangouts atau lain-lain, bahkan di Whatsapp sekalipun. Kita sebagai pelajar kena selalu ambil tahu dan fokus sebab ini antara proses yang penting untuk masa depan kita.

1) Objektif Pelajaran Haruslah Jelas


Kita sebagai pelajar ni memang tak boleh jangka apa yang nak dipelajari hari tersebut kan. Apa kata, sebelum mulakan kelas atas talian, tanya pensyarah/guru topik apa yang akan dipelajari hari tu. Dan minta pensyarah/guru untuk terangkan objektif pembelajaran sebelum masuk ke isi pelajaran tu. 

Dengan cara ini, pensyarah/guru sebenarnya lagi suka dan bersemangat untuk mengajar sebab mereka akan nampak keterujaan kita sebagai pelajar ni untuk belajar walaupun atas talian. Dengan cara ni, kita akan lebih tahu tujuan pelajaran kita pada masa tu dan boleh la juga buat rujukan sebelum kelas mula.

2) Wujudkan Pelajaran Dua Hala


Sebagai pelajar, kita jangan biarkan pensyarah/guru mengajar sorang-sorang. Kalau dalam apps yang perlukan video call tu, selalu lah bertanyakan secara direct. Kalau kat Whatsapp tu, kenalah sentiasa respon apa-apa yang diterangkan. Baru pensyarah/guru kita tak bosan mengajar kita.

3) Minta Pensyarah/Guru Buat Aktiviti 


Pensyarah/Guru ni sebenarnya lebih arif dari kita. Dan mereka ni biasanya lebih tahu kehendak kita dan cara apa yang boleh membuatkan kita tak bosan dengan lecture semata-mata. Jadi, bila pensyarah/guru kita buat sebarang aktiviti tu, kita kenalah ambil peduli. Kena aktif memberi idea dan jawapan pada setiap soalan mereka.

4) Asingkan Tempat Belajar di Dalam Bilik


Ini antara cabaran utama. Sebagai pelajar, kita kena tahu tempat mana yang boleh meningkatkan fokus kita untuk belajar. Jangan pulak belajar depan televisyen, nanti apa pun tak dapat. Elakkan juga katil, sebab ini punca untuk kita tidur dengan lebih cepat haha. Nak bawak makanan ringan bersama sangat digalakkan, untuk hilangkan mengantuk dan terus cergas dalam pembelajaran.

5) Minta Tugasan Ringan Untuk Disiapkan


Pelajaran takkan mudah untuk diingati atau difahami tanpa sebarang latihan tugasan. Pensyarah/Guru biasanya memang akan sediakan tugasan untuk dilengkapkan tapi kadang-kadang tu, mereka pun ada belas kasihan tahu keadaan pelajar kat rumah ni macam mana. Kalau diberi, buat tugasan yang diberi terlebih dahulu. Kalau tak diberi, cari latihan atas talian dari sumber lain untuk tajamkan pemahaman.

6) Rakam Kelas, Ulang Dengar dan Buat Nota


Segalanya atas talian. Dengan telefon pintar kita boleh record pembelajaran atas talian untuk didengar lagi sekali di masa lapang. Ini antara kelebihan kelas atas talian, kita boleh ulang banyak kali apa yang telah dirakam. Buat nota sendiri daripada rakaman tersebut. Kalau ada yang kurang faham, boleh tanya secara personal pada guru kita. Mereka pasti akan sentiasa terbuka untuk menjawab. 

Dari tips semua ni, memang tak dinafikan ada susah dan senangnya kelas atas talian. Apa pun, semuanya bergantung pada diri kita sendiri. Alang-alang daripada tak berbuat apa-apa cuti ni, lebih bagusnya untuk diadakan kelas online. Sudah semestinya tak sama dengan kelas biasa, tapi lebih baik daripada masa disia-siakan. 

Aku yang tak ada kelas online ni pun sekarang tengah mencari kelas online yang bukan dalam silibus aku. Ilmu baru. Belajar ilmu baru takkan rugi lah. Sekarang aku tengah mencari kelas Bahasa Asing yang percuma pulak (Bahasa Jepun/Mandarin/Perancis) ke. Sesiapa tahu, boleh roger hehehe. 

Terima kasih. Jaga Diri. Jaga Kesihatan. Duduk Rumah. Jangan Keluar. 

You May Also Like

21 comments

  1. 2 points yg aida nampak penting.
    sediakan tempat online kelas asing dari suasana lain dlm rumah.
    rakam. bole dgr semula, kan.
    penting tu. sekolah pun dah buat online kelas. memandangkan pkp ni ntah sampai bila, kan.

    ReplyDelete
  2. Betul. Anak za pun diasingkan ke bilik yg senyap dan terang supaya dia tak terganggu n fokus pada kelas online. Kalau adik kacau habis dia hilang fokus.

    ReplyDelete
  3. Tips yang bagus,,,yang penting keselesaan tempat belajar sebab kita belajar di rumah , so perlukan suasana yang sesuai dengan keselesaan kita...macam anak Sis lebih suka dalam bilik mereka..katanya tenang dan bebas...

    ReplyDelete
  4. Ini untuk pelajar universiti atau sekolah menengah kan? Kalau prasekolah dan sekolah rendah yang tak tau arah tuju dan fokus tak sampai 5 minit ada tips tak? Ibu bapa dah fokus, bebudak ni yang tak fokus. hahaha

    ReplyDelete
  5. Bagus juga ada alternatif pensyarah buat online learning. Suasana yang tenang di rumah juga kena sesuai selain internet yang laju. Kalau internet macam siput alehaiiii payah nak belajar. Tak pun line terus putus.

    ReplyDelete
  6. Good tips for studying at home. It’s good we have internet now. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  7. teringat zaman belajar part time dulu, memang ada % untuk online classes. lecturer selalu bagi tugasan ringan siap duedate/timing. nak tak nak memang kena fokus

    ReplyDelete
  8. Tips yg sangat bagus. PKP ni telah menjadikan pembelajaran melalui online diperkenalkan dengan lebih meluas. Mungkij di masa depan kelas hanya melalui online sahaja.

    ReplyDelete
  9. Zaman sekarang dah siap belajar online ya. Zaman dulu nak buat assigntment pun berebut pergi CC. Hehe. Setuju kena asingkan tmpt belajar dan bilik tidur. Nanti senang seran menghasut. Hehe.

    ReplyDelete
  10. Cik Fatin memang dah mula kelas online minggu pertama PKP sebab dia Diploma tahun ini, saya tak ganggu dia sangat sebab Isnin-Jumaat online class Sabtu hari untuk submit tugasan... Mood study dia yang cari/pilih sendiri di bilik tidur dan diaturkan sendiri janji dia selesa dan internet laju

    ReplyDelete
  11. Mungkin daripada PKP ini kita akan mula beralih kepada sistem pembelajaran secara dalam alam maya. Kalau tidak mungkin sampai sekarang negara kita masih guna cara pembelajaran tradisional kena hadir kelas. Negara maju dah lama guna cara ini. Tiber tapi betul bila belajar online ni lebh fokus dan relax tak stress...

    ReplyDelete
  12. Tips yang bagus untuk sesi pembelajaran secara dalam talian semasa musim pkp ni😊😊

    ReplyDelete
  13. Kalau kelas online ni, nak tanya macam cuak je..ahhaha..Sebab sorang2 kan..hahaa. Tapi bagi nad beljar dlm bilik siap ada meja la lagi better. Kalau tempat lain, duduk dalam rumah tak ramai orang takpe, ni dengan family ramai..huhu..

    ReplyDelete
  14. Anak sis pun dah buat class online ni kat rumah. Memang selalu dengar cikgu dok jerit2 tanya budak2 ni..hahaha, malas betul diorg nak jawab soalan cikgu. Lepas tu pelajar bukan semua masuk, dari 40 org..adalah dlm 15 ke 6 org je join. Mayb diaorg tak cukup datang atau malas nak belajar..:D

    ReplyDelete
  15. Sekarang ni banyak sistem pembelajaran online ketika time PKP, jadi kita memang perlu lebih fokus dan susun semula strategi pembelajaran

    ReplyDelete
  16. thanks tips ni, memang diperlukan dalam keadaan homescholling sekarang ni. 3 orang anak kena belajar di rumah

    ReplyDelete
  17. Thanks for the tips, time MCO ni memang banyak kelas and meeting thru online jer so we have to adapt and most important sedia tempat khas for work from home to stay focus.

    ReplyDelete
  18. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete