Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Alhamdulillah, lambat sikit dari orang lain. Tetapi yang penting dah jalankan tanggungjawab haha. 

Setelah beberapa lama menunggu untuk temujanji vaksin, akhirnya dapat tarikh. Itu pun bawah seliaan syarikat. Disebabkan aku bekerja dalam sektor pembuatan, yang mana kluster COVID senang tersebar, jadinya wujudlah inisiatif syarikat untuk memastikan pekerja divaksin.

Gambar random yang ditangkap oleh pekerja kilang mana tah haha


Sebenarnya dah seminggu lebih dah pun dos kedua. Cuma kesan sampingan haritu kena dengan demam, badan lemah lesu semua. Lepas tu kerja pulak non-stop. Sekarang ni pun kita curi masa juga la nak kongsikan pengalaman divaksin.

Aku divaksin di Pusat Vaksin Bukit Jawi Golf Resort. PPV yang aku pergi ni memang khusus untuk sektor ekonomi. Dekat situ, memang banyaklah pekerja kilang, pekerja pasaraya. Kiranya pekerja lah semua tu haha. Aku pula memang bekerja sebagai HR di kilang aku, jadinya, selain divaksin, aku juga kena jaga kaunter untuk pekerja kilang aku.


Proses divaksin ni memang cepat! Dos pertama haritu lama sikit sebab nak kena pergi banyak stesen, pergi consult doktor dulu. Waktu dos kedua, ssupp tetiba dah siap. Laju! Ambil giliran pastu tetiba dah kena panggil untuk divaksin dah. Boleh sambung jaga kaunter balik hahaha.

Penat memang penat. Yang penting dapat claim OT hahaha sebab vaksin aku pada hari Ahad. Dah la tak dapat cuti khas untuk vaksin sebab hujung minggu kan. Nasib la labu. Kena pulak jaga pekerja asing sekali. 

Syukur dapat bos yang baik. OT boleh claim, makan pun dia belanja haha. Tapi, kerja kena dua kali ganda penat lah. Nasib baik Isnin selepas aku divaksin tu, giliran aku untuk bekerja dari rumah. Memang sepanjang hari baring saja. Nak bangun pun rasa lemah je. 

Berkat usaha vaksin ni, sekarang kilang aku punya kadar vaksinasi dah lebih 80%. Maka, tiada lagi bekerja dari rumah. Kapasiti harian ke pejabat adalah 100%. Syukur juga kluster pekerja asing pun dah terlerai. Harapnya dapat la santai sekejap. 

Bagi menyambut seruan kerajaan, selepas ni, kilang aku akan adakan swab test untuk ribuan pekerja dua kali sebulan. Ya, HR yang ini juga la yang kena atur segalanya. Yang penting, minggu depan dah cukup 14 hari nak pergi cari baju! Badan makin naik, baju makin kecik. Hahaha. Selamat Hari Malaysia!


Jom Vaksin Jom! Tak Sakit Pun!

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

Assalamualaikum | Masalah Mulut dan Gigi Selesai dengan Pemutih Gigi Whitekish

Kebanyakan orang akan memperlihatkan imej dan penampilan diri dari pelbagai aspek terutamanya gigi dan mulut. Kalau mulut atau gigi cantik, keyakinan diri pun berganda-ganda meningkat. Kalau gigi kuning atau mulut berbau pasti akan meruntuhkan tembok keyakinan, kan? Begitu juga dengan aku sendiri. Tak yakin nak bercakap dengan orang kalau rasa sesuatu yang tak kena dengan mulut kita. 

Dengan teknologi dan pembangunan hari ini, memang tak dapat dinafikan banyak produk di luar sana yang dapat mengembalikan keyakinan diri kita melalui mulut dan gigi kita. Aku dah cuba satu produk pemutih gigi yang diberi nama Whitekish Magic Charcoal. Diperbuat dari bahan semula jadi, pastinya dapat menghalang keraguan pada pengguna di luar sana termasuklah aku.


Arang bukan hitam ke? Macam mana benda hitam dapat memutihkan gigi? 

Kandungan arang aktif adalah serbuk hitam halus yang dibuat dari pelbagai bahan semula jadi. Antaranya termasuklah batu bara, tempurung kelapa, kayu yang dibakar perlahan, dan gambut. Jadinya arang akan lebih berpori. Pori-pori ini membantu arang "menangkap" bahan kimia aktif, dan ini membantu memberi kesan pada sebarang kerosakan termasuklah di kawasan gigi. Pori-pori ini jugaklah yang membantu untuk membersihkan kuning-kuning pada gigi kita. 

Arang aktif ini mengandungi mineral yang sekaligus membersihkan plak dan sisa makanan yang tertinggal di celahan gigi. Walaupun sifat arang itu berwarna hitam, tapi ia tidak menghitamkan malah memutihkan gigi

Tetapi, kajian menunjukkan penggunaan arang aktif yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan gigi. Oleh itu, untuk produk Whitekish ini, sudah disediakan garis ukur untuk cara penggunaan yang efisien dan optimum. 



FAKTA MENGENAI WHITEKISH MAGIC CHARCOAL:

1. Bahan yang dijamin 100% semulajadi iaitu arang aktif yakni daripada tempurung kelapa yang dibakar dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. 

2. Buatan Malaysia dan pengeluar utama oleh Mazinesor Resources (RKay Empire HQ)

3. Diedar oleh Jamumall Sdn. Bhd.

4. Mendapat lulusan KKM (NOT200700100K) 

5. Kesan penggunaan berbeza mengikut individu dan ada yang seawal penggunaan pun dah nampak kesan.

KELEBIHAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL:

  • Untuk memutihkan gigi
  • Menyingkirkan bakteria penyebab bau mulut
  • Berkesan membersihkan plak dan karang gigi terutamanya pada perokok.
  • Meneutralkan kadar pH pada bahagian dalam mulut
  • Tiada bahan kimia menghakis (peroxide) digunakan



CARA PENGGUNAAN:
  1. Celupkan berus gigi pada serbuk arang. 
  2. Berus gigi dan lidah dengan perlahan.
  3. Kumur dengan air bersih.
  4. Gunakan dua kali sehari untuk minggu pertama dan boleh kurangkan ke dua kali sahaja seminggu untuk minggu seterusnya untuk kesan yang efektif.


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Assalamualaikum,


Tengah scroll Facebook, terjumpa kawan share post ni daripada Facebook Public Health Malaysia, tentang bahayanya minuman tenaga ataupun energy drink. Energy drink ni biasanya orang akan minum untuk kekal segar dan kekal bertenaga terutamanya ketika bersukan, untuk kekal cergas dalam pemanduan yang panjang dan untuk stay up belajar.

Minuman Tenaga merupakan minuman TANPA alkohol yang mengandungi kafien, taurin, vitamin dan bahan bahan tambahan lain.

Minuman tenaga ni mengandungi kandungan kafien yang berlebihan. Berdasarkan kajian, kandungan kafien yang tinggi ni adalah punca utama kepada risiko kesihatan. Biasanya kita tahu, kafein ada dalam kopi dan teh kan. Tapi dalam energy drink ni, kandungan kafiennya sampai tahap overdose. Kesannya, jantung berdegup kencang, menyebabkan tekanan darah tinggi, loya dan muntah, sawan dan boleh menyebabkan kematian.

Selain tu, seperti minuman ringan lain, minuman tenaga mengandungi kandungan gula yang tinggi. Yang jenama popular tu sehingga mencecah 27.5g gula dalam setiap tin. Kesannya boleh menyebabkan kencing manis (diabetes). Pengambilan minuman tinggi gula menyebabkan insulin tidak lagi sensitif.

Bagi wanita hamil, adalah sangat tidak digalakkan untuk mengambil minuman tenaga ni kerana berpeluang untuk mengalami komplikasi kehamilan seperti keguguran, bayi kurang berat dan kematian bayi selepas bersalin.

Dalam kajian terkini, pengambilan Minuman Tenaga juga meningkatkan risiko strok sehingga 5 kali ganda!

Nak ambil boleh tapi jangan amalkan. Kalau boleh elak, kita elak. Ingat! Prevention is better than cure.

✔️ Elakkan pengambilan minuman tenaga secara kerap dan berlebihan
✔️ Kanak kanak, pelajar sekolah dan wanita hamil perlu mengelakkan dari mengambil minuman tenaga

Untuk banyak lagi info kesihatan yang menarik, jangan lupa lawati Facebook Public Health Malaysia

Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum,

Apa khabar semua? Semoga kita semua sihat-sihat belaka. Dalam keadaan dan faktor kesihatan kita hari ini, kita sering didedahkan dengan pelbagai info baharu di laman sesawang dan media sosial. Kadang tu dikongsikan info kesihatan bertujuan semata-mata untuk menjual produk yang belum tentu selamat, dan info yang dikongsikan belum tentu sahih.


Oleh itu, harini aku nak kongsikan satu laman web yang selalu aku jadikan rujukan iaitu laman web Tips Kesihatan. Dekat sini aku boleh dapatkan informasi berkenaan penyakit, jenis rawatan dan yang paling best mestilah sebab ada banyak tips untuk kekalkan gaya hidup sihat. 

Apa yang aku suka tentang web ini adalah sebab penulisannya yang santai, mudah difahami dan kalau ada terma perubatan pun akan diterangkan secara ringkas. Pendek kata, kita yang tak ada background perubatan pun boleh faham terma yang digunakan sebab penulisan yang best ni.

Selain itu, setiap artikel yang ada kat sana boleh dicetak atau print. Bolehlah ditunjukkan dekat mak ayah atau sesiapa saja yang mungkin kurang tahu mengakses ke laman web tersebut. Senang je, cuma perlu tekan ikon 'print' dekat hujung artikel tu je. Format printing pun memang cantik dan tak serabut untuk dibaca.

Menarik kan? Kalau korang nak cari maklumat berkaitan sebarang penyakit atau apa-apa sahaja berkaitan kesihatan bolehlah melawat ke sana ya. Kongsikan kat kawan-kawan semua. Kalau tak ada sakit pun, apa salahnya tambah ilmu kan. Hehe. Klik je Tips Kesihatan okey. 
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    9 Punca Anak Muda Tidak Banyak Simpanan
  • Syazni Rahim Blog
    Bacaan NILAM: Poster Tindakan Semasa Jerebu
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates