Masalah Mulut dan Gigi Selesai dengan Pemutih Gigi Whitekish

by - Sunday, November 29, 2020

Assalamualaikum | Masalah Mulut dan Gigi Selesai dengan Pemutih Gigi Whitekish

Kebanyakan orang akan memperlihatkan imej dan penampilan diri dari pelbagai aspek terutamanya gigi dan mulut. Kalau mulut atau gigi cantik, keyakinan diri pun berganda-ganda meningkat. Kalau gigi kuning atau mulut berbau pasti akan meruntuhkan tembok keyakinan, kan? Begitu juga dengan aku sendiri. Tak yakin nak bercakap dengan orang kalau rasa sesuatu yang tak kena dengan mulut kita. 

Dengan teknologi dan pembangunan hari ini, memang tak dapat dinafikan banyak produk di luar sana yang dapat mengembalikan keyakinan diri kita melalui mulut dan gigi kita. Aku dah cuba satu produk pemutih gigi yang diberi nama Whitekish Magic Charcoal. Diperbuat dari bahan semula jadi, pastinya dapat menghalang keraguan pada pengguna di luar sana termasuklah aku.


Arang bukan hitam ke? Macam mana benda hitam dapat memutihkan gigi? 

Kandungan arang aktif adalah serbuk hitam halus yang dibuat dari pelbagai bahan semula jadi. Antaranya termasuklah batu bara, tempurung kelapa, kayu yang dibakar perlahan, dan gambut. Jadinya arang akan lebih berpori. Pori-pori ini membantu arang "menangkap" bahan kimia aktif, dan ini membantu memberi kesan pada sebarang kerosakan termasuklah di kawasan gigi. Pori-pori ini jugaklah yang membantu untuk membersihkan kuning-kuning pada gigi kita. 

Arang aktif ini mengandungi mineral yang sekaligus membersihkan plak dan sisa makanan yang tertinggal di celahan gigi. Walaupun sifat arang itu berwarna hitam, tapi ia tidak menghitamkan malah memutihkan gigi

Tetapi, kajian menunjukkan penggunaan arang aktif yang berlebihan akan menyebabkan kerosakan gigi. Oleh itu, untuk produk Whitekish ini, sudah disediakan garis ukur untuk cara penggunaan yang efisien dan optimum. 



FAKTA MENGENAI WHITEKISH MAGIC CHARCOAL:

1. Bahan yang dijamin 100% semulajadi iaitu arang aktif yakni daripada tempurung kelapa yang dibakar dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. 

2. Buatan Malaysia dan pengeluar utama oleh Mazinesor Resources (RKay Empire HQ)

3. Diedar oleh Jamumall Sdn. Bhd.

4. Mendapat lulusan KKM (NOT200700100K) 

5. Kesan penggunaan berbeza mengikut individu dan ada yang seawal penggunaan pun dah nampak kesan.

KELEBIHAN WHITEKISH MAGIC CHARCOAL:

  • Untuk memutihkan gigi
  • Menyingkirkan bakteria penyebab bau mulut
  • Berkesan membersihkan plak dan karang gigi terutamanya pada perokok.
  • Meneutralkan kadar pH pada bahagian dalam mulut
  • Tiada bahan kimia menghakis (peroxide) digunakan



CARA PENGGUNAAN:
  1. Celupkan berus gigi pada serbuk arang. 
  2. Berus gigi dan lidah dengan perlahan.
  3. Kumur dengan air bersih.
  4. Gunakan dua kali sehari untuk minggu pertama dan boleh kurangkan ke dua kali sahaja seminggu untuk minggu seterusnya untuk kesan yang efektif.


You May Also Like

3 comments