Shopee 11.11: Beli Oppo A31 2020

by - 4:20:00 PM

Sebabkan fon sebelum ni skrin retak seribu, dan elaun kerja part time haritu pun dah masuk dan terus fikir nak tukar ke fon baru. Penangan jualan hebat kat Shopee tempoh hari. 

Lepas dua hari, 48 jam menghadap Shopee je, teruskanlah beli. Mulanya teringin nak pakai iPhone, iphone 7Plus pun dah okey tapi paling murah pun RM1300. Tengok balik bajet, tak apa lah. Ukur baju di badan sendiri je. 


Nasib baik dapat fon yang spesifikasi 4GB RAM dan 128GB ROM pada harga RM499 je. Aku tak fikir panjang. Beberapa review kat Youtube pun dah aku tengok, walaupun ada yang puji dan ada yang kata tak berbaloi. Tapi aku terus je ambil sebab asalkan memori besar.

 Nasib baik dapat harga tu. Esoknya aku tengok dah naik jadi RM599 dah. Padahal aku beli tu pun bukan pada Shocking Sale. Dan sebab aku bertangguh tak beli pada 11.11 pun, aku beli pada 13.11, tak ada free shipping. Jumlah dengan penghantaran jadi RM502. Masih berbaloi! 

Ada 3 variasi warna; hitam, putih dan hijau. Sebabkan aku bukan jenis yang rajin nak menjaga, aku ambil yang hitam je. 


Dalam kotak tu cuma dibekalkan dengan charger dan casing lutsinar je. Tak ada free gift lain dah. Tapi okey je dengan harga tu. 

Penghantaran menggunakan J&T, dan sangat cepat. Dua hari je sampai. Kalau Lembah Klang, mungkin esoknya dah sampai. 

Kalau nak tengok-tengok andai kata ada lagi promosi ni, boleh cek kat sini >> OPPO A31

Korang beli apa je waktu sale haritu? Hehe

You May Also Like

3 comments

  1. my 11.11 tak dpt lagi... still process shipping ..gerammmm

    ReplyDelete
  2. fuh, beli tepon di shopee. bagus jugak dengan harga tu.

    ReplyDelete