Air Tin Starbucks Di 7Eleven: Berbaloi ke Minum Selalu?

by - 14:56:00

Belek-belek galeri jumpa gambar ni pulak. 7 November haritu ternampak iklan promosi 7Eleven di Facebook. Ada promosi dua tin air Starbucks yang dijual berharga RM11. Pertama kali tau yang air ni ada kat 7Eleven. Terus macam nak cuba sebab sebelum ni pernah tengok dekat vending machine, satu tin pun dah RM10. Tapi biasala kan, vending machine punya mark up harga kan memang mahal dari biasa. Bagi harga biasa tanpa promosi dekat 7Eleven pula, satu tin dalam RM7 lebih. 

Gambar dari IG Story aku. Follow lah @aimansallehh
Ditangkap sejurus keluar dari kedai 7 Eleven :D


Aku ni nak kata suka kopi tu taklah sangat. Tapi sesekali tu ada la rasa nak minum tu. Aku ambil dua tin yang berbeza perisa. Dark Mocha dan Americano. Lepas beli terus cuba Dark Mocha, sedap! Tapi rasanya macam Nescafe Mocha Latte tu. Jadinya, aku rasa kurang berbaloi sikit untuk beli tu. Sebab mahal. Padahal Nescafe boleh dapat dalam RM2 ke RM3 je. 

Tin kedua, Americano Doubleshot. Aku minum air ni beberapa hari lepas beli. Rasanya biasa saja. Tak ada yang menarik, bagi aku la. Aku tak perasan berkenaan Doubleshot tu, aku ingatkan air ni tak berkesan sangat untuk berjaga malam. Sebab aku biasanya pun tak ada kesan sangat kalau minum kopi waktu malam. Tapi air ni pertama kali aku tak boleh tidur malam padahal aku tak ada apa nak dibuat pun malam tu. 

Kesimpulannya, air ni boleh dicuba saja. Untuk ulang minum, kemungkinan besar tidak akan! Hahaha. Kalau ada promosi lagi, akan dipertimbangkan tapi mungkin tak ulang dah la kot. Rugi. Lebih baik pergi ke Nescafe, Wonda Cofee atau Old Town. Lebih murah dan rasa hampir sama. 

Tapi ni pendapat aku je. Kalau korang pernah rasa, rasa-rasa sedap tak hehe

You May Also Like

5 comments

  1. Hahahaha aku pun selalu rasa benda yang sama, kalau nak try boleh ah. Untuk continue minum, lagi worth it try wonda ke apa sebab banyak kah kah

    ReplyDelete
  2. pada yg mmg obsess dgn starbucks .. mmg perlu beli

    ReplyDelete
  3. doubleshot ni kan, kalau tak tahan, nanti jantung debar2..huhu.. betul tu, macam mahal sikit, mungkin sebab brand hihi

    ReplyDelete
  4. tktau kalau 7e kat sini adake ke tak hm

    ReplyDelete
  5. Biasa brew sendiri di rumah. Cuba juga yang ini hari tu. Rasa macam Nescafe. Hihi. Kalau selalu beli kopak oi!

    ReplyDelete