Drama Korea | 18 Again

by - 9:46:00 PM

 


Drama: 18 Again
Hangul: 18 어게인
Pengarah: Ha Byung-Hoon
Penulis: Kim Do-Yeon, An Eun-Bin, Choi Yi-Ryun
Stesen TV: JTBC
Jumlah Episod: 16
Tarikh Berlangsung: September 7 - November 10, 2020
Bahasa: Korean
Negara: South Korea
Barisan Pelakon:  Kim Ha-neul, Yoon Sang-hyun, Lee Do-hyun dan ramai lagi


Sinopsis: 

Diadaptasi dari series 17 Again lakonan Zac Efron, drama ini berkisahkan tentang Jung Da Jung (Kim Ha Neul) yang berkahwin dengan Hong Dae Young (Yoon Sang Hyun/ Lee Do Hyun) pada usia 18 tahun dan dikurniakan sepasang anak kembar, Hong Si A dan Hong Si Woo. Untuk membesarkan dan menyara anak-anak di usia muda, mereka terpaksa meninggalkan impian dan cita-cita lalu bekerja demi meneruskan kehidupan bekeluarga. Perkahwinan mereka mula bergoyang apabila Da Jung mula tak sanggup untuk meneruskan hidup bersama Dae Young lalu memohon untuk bercerai. Pada masa yang sama, Dae Young diberhentikan dari kerjanya.

Dae Young mula memikirkan kehidupannya dan menyesal dengan kehidupan lalu. Dia juga berharap untuk berpatah balik ke masa muda untuk mengubah masa silamnya. Dengan satu kejadian, badannya terus berubah menjadi Hong Dae Young 18 tahun sedangkan dalamannya masih 37 tahun. Apabila diberi peluang sebegini, dia kembali ke sekolah dan meneruskan cita-citanya sebagai pemain bola keranjang. Namanya juga diubah menjadi Go Woo Young dan kehidupan barunya dimulai. Di sekolah, dia menjadi rapat dengan anak-anaknya yang pada luarannya adalah sebaya dengannya dan membuat anak-anaknya sebagai rakan baiknya.



Pada awalnya, banyak momen-momen yang kelakar, dari mana seorang yang dengan badan berusia 18 tahun tapi perangai seperti pakcik-pakcik. Dia punya 'caring' dekat anak-anak dia memang baik lah. Dengan scene kawan baik Dae Young, Dok Jin yang dijadikan sebagai ayah dia untuk mendaftar ke sekolah tu. Memang kelakar lah.

Banyak lah kebaikan Dae Young yang menjadi Woo Young dapat ubah ketika di sekolah. Daripada seorang pembuli boleh diubahnya jadi budak baik. Anak lelakinya, Si Woo yang tak bergaul di sekolah pun dah mula bergaul dan dapat masuk wakil sekolah untuk bola keranjang. Anak perempuannya pulak, SiA pun sedikit sebanyak dia dah jaga dari ketika SiA sakit sehingga hampir dipukul lah. 



Lama-kelamaan, drama ni makin sedih. Episod 13 & 14 aku menangis beb haha. Part SiA yang selalu salahkan ayahnya sebab tak pernah ambil kisah tentangnya dan waktu SiA dah tahu sebenarnya ayahnya ambil tahu semua tentangnya cuma tak tunjuk je. Daripada perasan SiA yang bencikan ayahnya menjadi rindu. 

Apa pun, drama ni sangat dekat lah dengan kita sebab berkaitan kekeluargaan. Ada la jugak part cintan cintun tu. Dan awas! Part cintan cintun ni agak awkward ya sebab lelaki umur 18 bercinta dengan wanita umur 37 haha. Tapi anggaplah lelaki tu bukan 18 tahun untuk kurangkan awkward tu hahaha



Waktu cuti tak ada pun nak rasa tengok drama apa-apa kecuali yang dekat tv. Dah masuk semester yang makin sibuk haritu baru ada rasa nak tengok drama ni, haa makin sibuk lah. Mula-mula tengok iklan drama ni pun, tak rasa nak tengok. Tapi sejak tengok blogger Cik Roxa selalu update kat Instagram pasal drama ni, macam best pulak. Install iQiyi mulanya sebab nak tengok Kampung People 2, akhirnya Kampung People tak tertengok sampai sekarang, drama lain yang habis tengok haha.

Sekarang ni dah sangkut tengok Start Up pulak. Yang ni best sebab casts dia semua gempak-gempak! Dan semestinya jugak sebab Nations' First Love kita ada jugak, Bae Suzy haha

You May Also Like

7 comments

  1. heroin legend ni..tak sempat nak tengok lagi drama ni, baru je habis tengok record of youth..hehe ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka heroin tu familiar tapi tak pernah tahu pun nama dia n cerita apa dia berlakon haha

      Delete
    2. banyak drama dia yg best, yg saya ingat dia berlakon dgn kwon sangwoo dalam my tutor friend :)

      Delete
  2. Adoo, nak sambung tu macam awkward je. Haha Sis suka more than friends lagi laa..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni yang ong seong woo berlakon tu kan? Hehe tak tengok lagi cite tu. Tunggu habis start up baru nak tngok cite lain haha

      Delete
  3. lepas ni boleh dah la tgk kampung people.... ka ada list byk lagi cita korean?

    ReplyDelete
  4. heroin ni merata drama dlm netflix.

    ReplyDelete