Starbucks Buy 1 Free 1 dan Redeem Kek Birthday Free

by - 1:10:00 PM

Nak throwback 1 November lepas lah sebab tetiba craving. Hari Ahad, sempat pergi tebus kek birthday satu potong di Starbucks walaupun birthday nya bulan Oktober. Alang-alang pergi awal pukul 11, sempat jugak ya beli air yang beli 1 percuma 1. 

Kongsi dengan kakak. Tanpa sengaja, order air green tea sebab kakak dengan abang dah order frappe coffee lain dan taknak sama, kita order saja la. Untuk kek tu, kena beli air dulu dalam bulan lahir kita baru melayakkan untuk dapat tebus apa-apa perisa kek yang ada (tapi sepotong jelah..)


Keseluruhan, sedap! Kek blueberry creamcheese (kalau tak silap), sedap giler. Sepotong kecil tu harganya RM13.90. Mahal kan? Tapi ni sebab free je dapat merasa haha. Green Tea Frappe tu pun sedap! Whipped cream dia pun lain, warna hijau. Tak macam whipped cream untuk coffee tu. 

Waktu ni, aku sekeluarga pergi Design Village Penang sebab ada opening Burger King. Dan ada free burger untuk 100 pelanggan pertama. Kami gagahi jugak ok beratur dari 10.15, pukul 11 baru kedai buka :D sebenarnya sebab semua sangka kedai buka pukul 10. Tak baca iklan betul-betul. Tapi kami dikira awal juga la. 

Tak sempat nak tangkap gambar makan burger :( Yang penting burger king punya besar jugak, puas la makan. Padan la beratur lama tu. Sekarang pulak PKPB, Design Village jauh sangat walaupun satu negeri jugak. Malas nak bersoal jawab dengan polis, kita duduk rumah jelah. 

You May Also Like

13 comments

  1. waaaa thanks for sharing this info!

    ReplyDelete
  2. Wah! berbaloi-baloi beli 1 percuma satu.
    Anyway happy belated birthday

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. sedappp! yee jimat jugak, kira macam hadiah la gitu hahaha

      Delete
  4. bestnya dapat free kek lagi , never taste cheese blueberry cake just curious how it taste

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa dia masam2 gitu dicampur dengan cheese tu.. perfect! hehe sedap

      Delete
  5. Saya peminat kek blueberry! Sedapnya!

    ReplyDelete
  6. lama tak layan green tea. nk pi starbucks e-gate ni malas sbb ramai sgt melepak

    ReplyDelete