10 Tips Berguna Sepanjang Tempoh Latihan Industri (Internship)

by - Friday, November 20, 2020

Assalamualaikum dan Hai. Sempena semester depan aku akan menghadapi latihan industri atau internship atau praktikal ni, pensyarah aku ada kongsikan 10 tips yang berguna untuk menempuh internship dengan jayanya


Dalam post ini, aku akan terangkan satu persatu dalam Bahasa Malaysia. Contoh yang diberi pun secara umum dan tidak tertumpu pada kursus-kursus tertentu.

1. Buat Ulangkaji



Seperti kelas biasa atau kuliah, kita pasti akan diuji dengan pelbagai ujian atau peperiksaan. Tetapi, di industri, kita pastinya akan diuji dengan ujian yang lagi serius dan lebih realistik. Jadi, ulangkaji sangat penting agar setiap ujian yang diberi dapat diselesaikan dengan mudah.


2. Berpenampilan Kemas 


Perkara pertama yang sesiapa pun akan tengok pada kita semestinya penampilan kita. Penampilan ni merangkumi setiap inci diri kita. First impression lasts. Orang akan lebih senang dengan kita apabila penampilan kita terjaga rapi dan bagi mengelakkan ketidak selesaan pada orang lain. Antara etika yang perlu dijaga termasuklah antaranya pakaian tidak berkedut, kasut yang sesuai, rambut disikat rapi atau diikat dan kebersihan kuku pun perlu dijaga. Kebersihan sebahagian daripada iman, kan? Tak kacak tak apa, asalkan sedap mata memandang. 


3. Anggaplah Internship Seperti Pekerjaan Sebenar


Walaupun kita masih bergelar pelajar di industri, tetapi anggaplah tempoh latihan industri seperti pekerjaan sebenar. Apabila kita dah anggap latihan industri seperti pekerjaan sebenar, kita akan berasa sangat menghargai segala-galanya di tempat kerja kita dan persembahan kita dalam menyelesaikan kerja kita akan lebih berkualiti. Mana tahu, dengan kualiti kerja kita tu dapat menarik perhatian majikan dan diserap terus sebagai pekerja tetap. Sekarang ni susah nak dapat pekerjaan setaraf dengan kelayakan kita, kan? Jadi, jangan sia-siakan peluang keemasan ni.


4. Amalkan Pengurusan Masa Yang Baik


Masa itu emas. Mahal! Jangan sesekali datang lewat ke tempat kerja. Jangan sesuka hati tak datang kerja. Kalau ada hal, beritahu majikan atau penyelia. Sertakan sebab atau surat sakit kalau sakit. Kalau saja-saja taknak datang tu, pandai-pandailah survive dalam alam pekerjaan. Sikap kita menunjukkan kualiti kerja kita. Kalau diberi tugasan pun, jangan sesekali bertangguh. Orang bertangguh selalu rugi!


5. Bersosial

Di tempat kerja, jangan terlalu senyap dan jangan terlalu banyak cakap. Jangan jadi seperti katak di bawah tempurung. Bertanya kalau tak faham atau tak tahu. Tetapi jangan pula terlebih peramah sampai orang pun boleh meluat. Penting ni. Sikap mencerminkan diri kita.


6. Tanya Soalan/Maklum Balas


Dalam sesi internship, kita masih baru dalam pekerjaan. Tidak salah kalau kita mengaku yang kita tak tahu. Rajin bertanya. Tapi nak tanya pun mestilah berfikir dulu. Fikir yang pertanyaan kita tu penting tak? Atau pertanyaan kita tu remeh sangat tak? Selepas selesai suatu tugasan, sentiasa tahu maklum balas dari pekerja lain atau penyelia kita. Dari segala maklum balas yang diperolehi, kita dapat perbaiki untuk tugasan lain pada masa hadapan.


7. Beri Solusi/Cadangan Jika Perlu


Dalam sesuatu organisasi atau industri pasti ada kelemahan mereka. Jika kita rasa kita tahu sesuatu perkara yang mungkin organisasi itu tak tahu, kita boleh selitkan beberapa info. Kita sesama pekerja perlu ada komunikasi untuk mencapai objektif dalam pekerjaan tersebut. Tetapi, jangan sesekali merendah-rendahkan pekerja lain! Atau macam 'buat pandai' sebab kadang-kadang, perkara sebegitu akan memakan diri sendiri pada masa akan datang.


8. Networking



Dalam alam pekerjaan, networking sangatlah penting kerana orang lebih percayakan kenalan yang dipercayai daripada orang luar. Daripada networking ni, kita lebih terbuka kepada banyak peluang dalam pekerjaan dan apa-apa pun. Contohnya, kita intern dekat sebuah syarikat tetapi disebabkan pekerja di situ dah ramai dan kita tak dapat teruskan sebagai pekerja tetap di situ. Dengan adanya network, peluang kita untuk bekerja di syarikat lain yang mungkin boleh dicadangkan oleh majikan tempat intern kita tu. Pada zaman teknologi ni, akaun LinkedIn sangat penting untuk dapatkan lebih banyak networks dalam kalangan pakar di industri. LinkedIn ni sesuatu yang WAJIB ada untuk semua graduan.


9. Ambil Inisiatif/Nasihat


Kita masih baru dalam alam pekerjaan perlu bersikap terbuka dengan apa jua nasihat. Atau kritikan pun. Jangan biarkan perkara seperti ini menjatuhkan kita, tetapi untuk membaiki kesalahan atau masalah kita untuk keputusan yang lebih baik pada masa depan. Orang kata "It's Okay To Not Be Okay". Kehidupan ni adalah suatu proses yang tak akan pernah berhenti daripada pelajaran dan pengajaran. Segala nasihat yang diterima perlu diterima dan dibaiki, jangan pula masuk telinga kanan, keluar telinga kiri


10. Cabar Diri Sendiri

Untuk kekal produktif dan kreatif, cabaran sangatlah membantu. Dengan adanya cabaran untuk diri sendiri, kita takkan rasa terlalu selesa dalam apa-apa yang kita lakukan. Segala cabaran pasti didatangi dengan kebaikan yang takkan kita peroleh ketika kita berada di zon selesa.  


Begitulah saja tips yang aku peroleh daripada pensyarah aku. Kalau korang yang baca ni ada tips lain yang berguna jugak, boleh kongsikan di ruangan komen. Mana tahu kalau berguna juga untuk orang lain dan saya sendiri. Saya pun tak pernah ada pengalaman bekerja secara profesional. Pengalaman bekerja part time banyaklah. Terima kasih sudi membaca :)

You May Also Like

20 comments

  1. good sharing utk smua yg nak masok intership ni.. ask a lot its okay :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank youuu. Yes, org kata "Tak tahu sesat jalan" kan

      Delete
  2. goodluck intern, sentiasa willing to learn dan jaga nama institusi ya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyouuu. Ya lupa nak mention yang kita bawa nama institusi belajar kita.. Jangan sampai kena blacklist :)

      Delete
  3. Thanks for the useful tips. Undergraduates will surely appreciate these tips especially the part on networking which I think is the most important.

    ReplyDelete
  4. Tips ni sangat berguna. Tetiba teringat masa internship dulu. Yang penting nak berjaya memang kena cabar diri sendiri.

    ReplyDelete
  5. Good luck intern. Dan jaga nama baik institusi ye. Cekalkan semangat ketika menempuhi alam pekerjaan. Jangan terikut dengan sikap negatif intern lain. Akak dah jadi follower blog. Nanti jemput follow blog akak juga ye.

    ReplyDelete
  6. These guidelines are not just for interns even for long time worker I think these really remind me to look into these parts .

    ReplyDelete
  7. good article for all internship. adik2 yang nak intern tu, jangan malu bertanya tau. anddd critical thinking penting ye bukan teori je hehe

    ReplyDelete
  8. good luck intern. nice sharing untuk orang lain juga. bagus tu..jangan segan nak tanya jika tak tahu,

    ReplyDelete
  9. wow I remember being an Intern was so nervous haha. But it's a good experience before going to real working life as as Intern. Thanks for your tips

    ReplyDelete
  10. Tips yang sangat berguna untuk budak2 interns. Sebab kadang2 freshies ni masih dibuai mimpi lagi, tak sedar dah masuk alam pekerjaan.

    ReplyDelete
  11. Sangat bermanfaat tips yang di komgsikan ni.. Sis nak share pada anak-anak Sis..

    ReplyDelete
  12. Bagus tips ni semua. Nad ingt lagi mas anad intern memng kene padai beegaul dan beecakap.huhuhu..masa ni la kita beljar cara bekerja kan.

    ReplyDelete
  13. these are some great and highly beneficial advice. thanks for sharing your knowledge :)

    ReplyDelete
  14. Teringat zaman intern dulu. Sis berpeluang 2x intern. Satu time diploma kat Gov & satu lagi time degree kat comp swasta. 2 pengalaman berbeza tp best 🤗

    ReplyDelete
  15. Intership ni satu pengalaman yang best, lagi2 kalau dapat company besar memang kena jaga attitude. Boleh dapat kerja terus kalau ada rezeki kan?

    ReplyDelete
  16. This will be great for my sister! She is having intern, gotta share this to ask her read ! hahaha! TQ

    ReplyDelete
  17. Bagus tip2 utk intern yg baru menapak teringat masa time keja dulu mmg seronok dpt byk pengalaman

    ReplyDelete
  18. bina networking..tu mmg paling kena buat. masa ni la nk kenal2 dengan orang yang dah bpengalaman. sharing yg sangat menarik untu para intern :-)

    ReplyDelete