Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, 

Dah lapuk dah tapi baru rasa nak share haha! Beberapa minggu lepas (dalam bulan Februari 2024) aku  dapat cuba air Zus Coffee - Watermelon Series. Limited Edition kot rasanya. Ada dua jenis air - Watermelon Latte dan Watermelon Frappe. 


Watermelon Frappe - sedap weh. Rasa tembikai dengan susu tu semua cukup! Pastu whipping cream kat atas tu memang surr. Tapi makin lama bila ais makin cair, makin kurang sedap sebab dah tak manis dah. Overall, 8.5/10 

Watermelon Frappe - 8.5/10


Watermelon Latte. Kopi dan tembikai - kombinasi yang agak pelik tapi not that bad sebenarnya. Tidak terlalu manis dan kopi dia tak kuat sangat. Overall 6/10 !

Watermelon Latte - 6/10

Yang paling utama kenapa aku cuba dua-dua air ni sebab nak dapat keychain free! Terbaca kat Tiktok yang keychain ni dah banyak outlet yang sold out tapi nasib haritu masih aku beli tu masih ada, walaupun aku order waktu petang. Outlet - Gurney Plaza Penang. 

Keychain - 10/10

Selain tu dapat jugak sticker. Sticker ni aku nampak semua order walaupun air kopi selain tembikai ni pun akan dapat jugak. 


Minggu sebelum tu aku beli Spanish Latte dapat Angpao! Yang ni pun lawa jugak. Okay puasa Zus sebulan sebab banyak sangat ni gula hahaha. Btw, order dekat apps gais. Boleh kumpul point pastu boleh redeem Zus free! Sekian. Clear draft bulan 2 hehe.

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Pertama kali tengok menu Mixue ni, peh murah betul. Air yang jual kat mall pun boleh jual harga serendah RM3 sahaja?! 

Aku pun cuba la tengok apa yang best lagi, harini aku beli Lemonade, Boba Milk Tea dan Boba Sundae. Jumlah untuk tiga air dan aiskrim ni cuma RM13.50 sahaja. Lagi murah daripada secawan air yang kita tengah boikot tu. 



Boba Sundae - RM5 sahaja. Rasa aiskrim lebih kurang dengan Sundae McD! Sedap.


Brown Sugar Milk Tea - RM5.50. Rasa sama macam boba milk tea kedai-kedai lain. Sedap jugak, yang penting murah!


Fresh Squeeze Lemonade - RM3. Yang ini paling top seller. Sebab murah sangat dan rasa masam manis semua cukup.

Semua orang boleh maju ke Mixue untuk jimat duit poket korang. Pernah jugak rasa strawberry milk shake dia, pun sedap betul. Bab halal, selepas aku search, daripada 137 outlet di Malaysia, cuma 30 outlet sahaja yang diiktiraf Halal Jakim. Sumber > https://jomhalal.org/mixue-halal-ke/ 

Walaupun outlet yang lain belum diiktiraf Halal Jakim, tapi aku percaya yang tak ada sumber tidak halal dalam bahan-bahan buatan tu. Terpulang pada individu, jika ragu-ragu, jangan cuba. Kerana makan dari sumber yang halal itu wajib bagi orang Islam.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dua tiga minggu ni tiba-tiba teringin nak makan pasta yang dalam kotak macam Pasta Panas tapi tak ada dekat Penang ni. Kebetulan keluar dekat fyp Tiktok, ada satu kedai yang jual pasta macam yang aku teringin tu. Lokasi kedainya tak jauh dah dengan rumah aku. Lepas balik kerja hari Jumaat lepas, terus pergi cari Pasta Port. 


Disebabkan aku pergi seorang dan waktu pun dah masuk Maghrib, aku ambil keputusan untuk 'take-away' saja. Ketika sampai ke kedai tersebut, pelanggan yang makan 'dine-in' pun tak ramai sangat. Mungkin bukan waktu puncak la kot. Tetapi abang Grabfood ramai jugak. Maksudnya, ramai lah yang order melalui Grab. 


Aku cuma pesan dua jenis pasta sahaja. Bolonara dan Aglio Olio. 

BOLONARA

Bolonara ni adalah gabungan bolognese dan carbonara. Unik. Setakat ni aku tak pernah makan lagi pasta yang ada dua gabungan ni. First impression aku, peh berat betul pasta ni. Kotaknya kecik comel ja tapi berat. Memang berkrim lemak semua sedap. Suapan pertama dah puas hati. Cumanya sebabkan aku bukan penggemar carbonara, bagi aku agak muak sikit bila dah banyak kali suap. *tapi habis jugak semua aku makan sorang*

AGLIO OLIO

Yang kedua, Aglio Olio. Aglio Olio ni memang sedap betul. Agak berminyak tapi rasa semua cukup. Tak muak, tak masin sangat, tak pedas sangat. Cuma isi ayam/daging tu je macam tak banyak sangat. Makan pasta kan, memang pasta jelah yang banyak. Untuk semua menu yang ada kat situ, boleh pilih isinya sama ada ayam, daging atau seafood. Makanan yang aku pesan ni aku pilih ayam dan daging. Next time nak try seafood pulak. 


Dari segi tempoh masa makanan siap pun tak la lama mana. Pelanggan yang ada semasa aku kat kedai tu, memang aku seorang saja dan beberapa abang Grab. Aku kena tunggu kurang dari 10 minit je dan Pasta aku dah pun siap. Bagi yang nak dine-in di kedai tersebut, ada juga disediakan set yang didatangi dengan air. Tak silap aku, air yang ada cuma macam air kotak/air tin sahaja. 


Dari segi harga, untuk sekotak pasta tu dalam RM12-RM14. Ini yang aku beli lah. Kalau menu lain, aku tak pasti sebab aku pun tak sempat nak belek semua menu. Tak sabar nak cuba rasa yang lain pulak. Memang akan direpeat! Confirm. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Instagram: https://www.instagram.com/pasta.port/?hl=en

Website: https://pastaport.com.my/

Address: 76, Lorong Perda Selatan 1, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Phone: 017-600 2439

Waktu Operasi: Setiap Hari (11:30am - 10:00pm)

Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Minggu lalu aku berpeluang memenuhi jemputan ke 'Food Review' sempena Buffet Ramadan 2022 di Hotel The Light di Pulau Pinang. Jemputan yang aku peroleh ini bukan atas nama blogger tetapi hadir sebagai wakil syarikat. Tak sangka ramai blogger dan media di kawasan Pulau Pinang yang turut hadir. 

Kembali pada Bufet Ramadan di The Light Hotel. Bertemakan Gurindam Lagenda, bufet Ramadan kali ini menyajikan pelbagai sajian terdiri daripada tradisional, tempatan dan sajian timur tengah. Western pun ada!









Terlalu banyak sangat pilihan yang disajikan dan semuanya sedap-sedap! Aku sendiri pun tak sempat nak rasa semua. Yang sempat aku rasa tu dan yang paling sedap bagi aku dia punya dessert dan lamb shank!






Harga untuk set Bufet Ramadan 2022 di The Light Hotel:

Dewasa : RM118.00+
Warga Emas: RM98.00+
Kanak-Kanak: RM80.00+

Sekarang masih terbuka Early Bird Promo dengan harga RM98.00 sahaja melalui tempahan di +6043821111.

Untuk maklumat lanjut:

Lokasi: The Light Hotel Penang, Lebuh Tenggiri 2, Bandar Seberang Jaya, Penang, Malaysia.

Laman web: thelighthotelpg.com
FB: www.facebook.com/thelighthotelpg
Instagram: www.instagram.com/the_light_hotel
Email: info@thelighthotelpg.com
Call: +6043821111
Share
Tweet
Pin
Share
6 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disebabkan banyak kali masuk fyp tiktok yang Llaollao sekarang collab dengan Boboiboy, aku pun tak ketinggalan untuk cuba! Padahal nak kumpul figura Boboiboy tu ja. 

Aiskrim yang disertakan untuk promosi ni saiz dia lagi kecil dari small. So XS kot? Dan setiap aiskrim yang harga ni boleh pilih satu topping sahaja. Yang aku ambik ni Caramel Biscoff.

Untuk aiskrim dengan figura Boboiboy tu harga RM15.45 ! Kalau nak figura sahaja, harga RM12.45. 


Ingatkan boleh pilih, rupanya seminggu tu mainan yang sama ja. Untuk minggu ni sampai 20 Mac nanti, akan dapat yang hijau ni. Boboiboy Duri!

Minggu depan (21/3 - 27/3) Boboiboy Solar.

Minggu seterusnya (28/3 - 3/4) Boboiboy Ais

Sebenarnya aku tak kenal sangat semua jenis kuasa Boboiboy ni jadi aku rujuk dari posting Instagram Boboiboy yang menyatakan tarikh-tarikh yang terlibat dan jenis boboiboy yang ada! 


Share
Tweet
Pin
Share
3 comments

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang tertulis dekat tajuk, hari ini aku berkesempatan mencuba menu terbaru dari Starbucks iaitu Stawberry Dream Cream Frappuccino dan Raspberry Cream Ribbon Croissant.


Sejujurnya aku bukan la sejenis ikut trend yang mana setiap kali menu baru keluar akan cuba. Bankrup mat kerap minum Starbucks. Cuma sebulan sekali aku akan self-rewards dengan minum air yang macam ni. Tak kisahla Starbucks ke Zus Coffee ke.

Kembali dengan review tak seberapa aku, aku beli 3 benda ya tadi. Air, croissant dengan chocolate muffin. 


Dimulakan dengan air Strawberry Dream Cream Frappuccino. First impression, cantik elok. First sip, sedap. Lama-lama minum rasa dia dah biasa ja. Ada rasa macam aiskrim yang rainbow Walls/Nestle tu. Dari segi rasa aku boleh bagi 7/10 tapi keseluruhan aku bagi 6/10 je sebab harga dia mahal. Aku tak add-on apa-apa kecuali whipping cream pun dah RM20.50 (saiz Venti).

Yang kedua, Raspberry Cream Ribbon Croissant. Warna dia menakutkan haha merah betul. Tapi banyak kali dah teringin sebab tengok orang lain post croissant ni dan aku pun beli ja la. Croissant ni aku puas hati. Bagi aku, sedap! Dan harganya tak melampau mahal sangat.

Isi raspberry dalam tu pun sedap! Tak manis sangat. Seimbang la dengan croissant tu. Sayang nak habiskan. Untuk seketul croissant ni berharga RM7.90. Croissant ni aku boleh bagi 9/10. Boleh repeat.

Yang terakhir, Chocolate muffin. Ini bukan menu terbaru pun, dan dah pernah rasa pun sebelum ni. Sedap tapi manis sangat. Sesuai nak makan waktu lapar. Aku makan waktu kenyang, kesimpulannya simpan esok jelah. Chocolate muffin ni harga RM8.++

Kesimpulannya, aku belanjakan RM38 untuk tiga benda ni je. Dan sekarang Starbucks kerap buat macam Giveaway yang belanja RM35 ke atas dalam resit boleh berpeluang menang merchandise. Jadi, aku pun join la sekaki. Menang tak menang belakang kira, yang penting perut kenyang, hati senang (sedapkan hati...)

Ada yang dah try jugak ke? Kalau dah try, rating korang berapa haha.


Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    Kemeriahan Hari Raya Aidil Adha di Kelantan
  • Syazni Rahim Blog
    Tajuk: Buntu Nak Cuti Di KL?
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates