Review Menu Terbaru Starbucks - Strawberry Dream Cream Frappe

by - Thursday, March 10, 2022

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Seperti yang tertulis dekat tajuk, hari ini aku berkesempatan mencuba menu terbaru dari Starbucks iaitu Stawberry Dream Cream Frappuccino dan Raspberry Cream Ribbon Croissant.


Sejujurnya aku bukan la sejenis ikut trend yang mana setiap kali menu baru keluar akan cuba. Bankrup mat kerap minum Starbucks. Cuma sebulan sekali aku akan self-rewards dengan minum air yang macam ni. Tak kisahla Starbucks ke Zus Coffee ke.

Kembali dengan review tak seberapa aku, aku beli 3 benda ya tadi. Air, croissant dengan chocolate muffin. 


Dimulakan dengan air Strawberry Dream Cream Frappuccino. First impression, cantik elok. First sip, sedap. Lama-lama minum rasa dia dah biasa ja. Ada rasa macam aiskrim yang rainbow Walls/Nestle tu. Dari segi rasa aku boleh bagi 7/10 tapi keseluruhan aku bagi 6/10 je sebab harga dia mahal. Aku tak add-on apa-apa kecuali whipping cream pun dah RM20.50 (saiz Venti).

Yang kedua, Raspberry Cream Ribbon Croissant. Warna dia menakutkan haha merah betul. Tapi banyak kali dah teringin sebab tengok orang lain post croissant ni dan aku pun beli ja la. Croissant ni aku puas hati. Bagi aku, sedap! Dan harganya tak melampau mahal sangat.

Isi raspberry dalam tu pun sedap! Tak manis sangat. Seimbang la dengan croissant tu. Sayang nak habiskan. Untuk seketul croissant ni berharga RM7.90. Croissant ni aku boleh bagi 9/10. Boleh repeat.

Yang terakhir, Chocolate muffin. Ini bukan menu terbaru pun, dan dah pernah rasa pun sebelum ni. Sedap tapi manis sangat. Sesuai nak makan waktu lapar. Aku makan waktu kenyang, kesimpulannya simpan esok jelah. Chocolate muffin ni harga RM8.++

Kesimpulannya, aku belanjakan RM38 untuk tiga benda ni je. Dan sekarang Starbucks kerap buat macam Giveaway yang belanja RM35 ke atas dalam resit boleh berpeluang menang merchandise. Jadi, aku pun join la sekaki. Menang tak menang belakang kira, yang penting perut kenyang, hati senang (sedapkan hati...)

Ada yang dah try jugak ke? Kalau dah try, rating korang berapa haha.


You May Also Like

2 comments

  1. tu dia baru 3 bende..sebulan sekali boleh la

    ReplyDelete
  2. Mengiurkanlah air dengan croissant tu. Jarang beli starbucks. Tapi sekali sekala nak juga repeat beli lagi. Tapi itulah. Bila nak mengoder tu selalu lost. Balik2 air kopi juga yang dibeli. Ha3.

    ReplyDelete