Beli Llaollao x Boboiboy!

by - Wednesday, March 16, 2022

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Disebabkan banyak kali masuk fyp tiktok yang Llaollao sekarang collab dengan Boboiboy, aku pun tak ketinggalan untuk cuba! Padahal nak kumpul figura Boboiboy tu ja. 

Aiskrim yang disertakan untuk promosi ni saiz dia lagi kecil dari small. So XS kot? Dan setiap aiskrim yang harga ni boleh pilih satu topping sahaja. Yang aku ambik ni Caramel Biscoff.

Untuk aiskrim dengan figura Boboiboy tu harga RM15.45 ! Kalau nak figura sahaja, harga RM12.45. 


Ingatkan boleh pilih, rupanya seminggu tu mainan yang sama ja. Untuk minggu ni sampai 20 Mac nanti, akan dapat yang hijau ni. Boboiboy Duri!

Minggu depan (21/3 - 27/3) Boboiboy Solar.

Minggu seterusnya (28/3 - 3/4) Boboiboy Ais

Sebenarnya aku tak kenal sangat semua jenis kuasa Boboiboy ni jadi aku rujuk dari posting Instagram Boboiboy yang menyatakan tarikh-tarikh yang terlibat dan jenis boboiboy yang ada! 


You May Also Like

3 comments