Cuba Makan Pasta Port, Bandar Perda, Pulau Pinang

by - Monday, July 04, 2022

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dua tiga minggu ni tiba-tiba teringin nak makan pasta yang dalam kotak macam Pasta Panas tapi tak ada dekat Penang ni. Kebetulan keluar dekat fyp Tiktok, ada satu kedai yang jual pasta macam yang aku teringin tu. Lokasi kedainya tak jauh dah dengan rumah aku. Lepas balik kerja hari Jumaat lepas, terus pergi cari Pasta Port


Disebabkan aku pergi seorang dan waktu pun dah masuk Maghrib, aku ambil keputusan untuk 'take-away' saja. Ketika sampai ke kedai tersebut, pelanggan yang makan 'dine-in' pun tak ramai sangat. Mungkin bukan waktu puncak la kot. Tetapi abang Grabfood ramai jugak. Maksudnya, ramai lah yang order melalui Grab. 


Aku cuma pesan dua jenis pasta sahaja. Bolonara dan Aglio Olio

BOLONARA

Bolonara ni adalah gabungan bolognese dan carbonara. Unik. Setakat ni aku tak pernah makan lagi pasta yang ada dua gabungan ni. First impression aku, peh berat betul pasta ni. Kotaknya kecik comel ja tapi berat. Memang berkrim lemak semua sedap. Suapan pertama dah puas hati. Cumanya sebabkan aku bukan penggemar carbonara, bagi aku agak muak sikit bila dah banyak kali suap. *tapi habis jugak semua aku makan sorang*

AGLIO OLIO

Yang kedua, Aglio Olio. Aglio Olio ni memang sedap betul. Agak berminyak tapi rasa semua cukup. Tak muak, tak masin sangat, tak pedas sangat. Cuma isi ayam/daging tu je macam tak banyak sangat. Makan pasta kan, memang pasta jelah yang banyak. Untuk semua menu yang ada kat situ, boleh pilih isinya sama ada ayam, daging atau seafood. Makanan yang aku pesan ni aku pilih ayam dan daging. Next time nak try seafood pulak. 


Dari segi tempoh masa makanan siap pun tak la lama mana. Pelanggan yang ada semasa aku kat kedai tu, memang aku seorang saja dan beberapa abang Grab. Aku kena tunggu kurang dari 10 minit je dan Pasta aku dah pun siap. Bagi yang nak dine-in di kedai tersebut, ada juga disediakan set yang didatangi dengan air. Tak silap aku, air yang ada cuma macam air kotak/air tin sahaja. 


Dari segi harga, untuk sekotak pasta tu dalam RM12-RM14. Ini yang aku beli lah. Kalau menu lain, aku tak pasti sebab aku pun tak sempat nak belek semua menu. Tak sabar nak cuba rasa yang lain pulak. Memang akan direpeat! Confirm. 

Untuk maklumat lanjut, boleh layari:

Instagram: https://www.instagram.com/pasta.port/?hl=en

Website: https://pastaport.com.my/

Address: 76, Lorong Perda Selatan 1, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Phone: 017-600 2439

Waktu Operasi: Setiap Hari (11:30am - 10:00pm)

You May Also Like

3 comments