Perpustakaan Awam Pulau Pinang Dibuka Pada Tempoh PKPP Dengan Ketetapan SOP

by - 1:34:00 PM

Assalamualaikum,


Sedar tak sedar, hari ini (9 Jun 2020) dah hari terakhir Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Esok pula dah mula PKP Pemulihan. Banyak dah kelonggaran yang akan diberi mulai esok. Yang paling ditunggu mestilah kebenaran merentas negeri kan. Macam aku pun. Sebab nak ambil barang kat rumah sewa. Banyak tertinggal. 

Selain tu, aku macam teruja jugak sebab library pun dah dibuka. Aku baru tahu yang sebelum ni pun memang dah buka tapi sebab tak keluar sangat, macam taktahu pun. Harini baru nak search internet sama ada buka ke tak sebab belajar kat rumah ni kurang efisien lah. Study kejap, pastu tidur. 

Aku dah semak portal rasmi library Penang, dan sejak haritu lagi memang dah dibuka. Namun dengan SOP yang perlu dipatuhi. Takpa lah, asalkan boleh masuk library. Sekali nak cari buku untuk bahan thesis ni. Boleh usha portal rasmi kat sini Penang Library


Antara SOP yang perlu dipatuhi:
  • Memakai Penutup Muka (Face Mask) Sewaktu Berada di Perpustakaan
  • Pastikan Penjarakan Sosial dan Duduk di Tempat Yang Telah Disediakan
  • Anda Perlu Menjalani Saringan di Kaunter Yang Disediakan (Pemeriksaan Suhu, Pembersih Tangan, Rekod Kehadiran dan Nombor Giliran)
  • Makan, Minum dan Tidur TIDAK DIBENARKAN di dalam Perpustakaan
  • Pengguna yang Melebihi 37.5 Darjah Celcius Tidak Dibenarkan Memasuki Perpustakaan
  • Kanak-kanak di bawah 12 Tahun Perlu Ditemani Ibubapa/Penjaga
  • Perkhidmatan Beroperasi Seperti Biasa Mengikut Peraturan Yang Telah Ditetapkan
  • 2 JAM SAHAJA untuk Setiap Pengguna Dan Tempat Adalah Terhad
Ok lah tu, 2 jam pun jadi lah asalkan dapat luangkan kat library. Lama sangat tak masuk library ni. Semoga semua pengguna dapat patuhi SOP yang ditetapkan. InsyaAllah 

You May Also Like

6 comments

  1. Orang penang jugak ye rupanya. Sorry, baru follow sini. I already watch The Busted you suggested recently! Super nice, paling penting ada lee seung gi. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. yess orang Penang jugak haha. Best kan Busted tu. Lawak dan menguji minda jugak hahaha

      Delete
  2. apa pun sop perlu dipatuhi... kita jaga kita

    ReplyDelete
  3. Kita semua kena follow sop, amalkan self-hygiene dan jangan lupa penjarakkan sosial. #Staysafe always ya!

    ReplyDelete
  4. kat mana2 pun sikap tu yg penting.. ada kedai yg dah ikut sop tapi customer pula tak tau nak jaga jarak.. siap borak2 rapat2 ngan member masa berbaris. hurmm

    ReplyDelete
  5. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    ReplyDelete