Selepas 3 Bulan Tak Gunting Rambut

by - 6:18:00 PM

Assalamualaikum, 


Salam hari kedua PKP Pemulihan. Apa je aktiviti yang tak boleh buat sebelum ni, korang dah buat?

Tak dapat dinafikan hahaha

Aku harini pergi kedai gunting rambut hahaha. Lama betul tak gunting rambut. Sebelum ni sebulan sekali kena gunting sebab panjang sikit mesti gatal. Tempoh PKP ni bersabar jelah dengan gatal tu. Sebab tak keluar sangat dan kurang berpeluh, gatal tu pun tak rasa sangat.

Semalam aku pergi kedai gunting yang selalu aku pergi. Fuh penuh. Dalam dan luar punya kerusi untuk menunggu pun semua ada orang. Dua kali jugak la pergi jenguk, keadaan sama je. Harini pergi ada 3 org je. Jadi, okey sikit lah. Tadi dalam setengah jam dah sampai turn. 

SOP memang terbaik. Walaupun owner dia aku rasa bukan warganegara. Aku tak sure yang tu. Tapi dorang fasih la bahasa melayu. Sebelum masuk kedai, macam biasa periksa suhu dan sanitize tangan. Isi nama, nombor fon macam biasa lah. Kedudukan kerusi pun jarak-jarak. Dalam kedai ada 4 kerusi je. Kat luar ada 6. 

Bila SOP agak ketat kan. Harga pun naik sikit lah. Harga gunting biasa sebelum ni RM8, tapi sekarang RM12. Aku faham je sebab diorang pun setiap sorang customer, tukar glove baru. Dorang pakai face shield jugak. Dan yang aku rasa makan modal banyak, biasanya kan kain cover badan kita diguna pakai kan. Kali ni setiap orang, mesti tukar. Baguslah macam tu. 

Setiap habis satu atau dua customer, barber tu akan sapu rambut atas lantai tu. Fuh. Nampak la dorang cam penat dari biasa. Tapi itu jelah sumber rezeki dorang kan. Tapi berbaloi lah dengan kenaikan harga tu pun. 

Harini kepala rasa ringan je haha. Gatal-gatal pun dah lega. 

gambar masa raya. dahla makin kembang hahah, rambut pun tak terurus :')


konfiden gais selfie dgn mask ni hahaha

You May Also Like

9 comments

  1. Nampak kacak bila berambut pendek kan?

    ReplyDelete
  2. Belum berani masuk kedai guntung rambut lagi.
    dah 2 kali pn is3 yang potong rambut.

    ReplyDelete
  3. Done follow #226
    pkp sya ptong rmbut sendiri je, tapi potong tepi je la..hehe

    ReplyDelete
  4. nah mesti rasa kepala lebih ringan kan. padahal berat mana je pun rambut tu, tapi typical kita selalu rasa camtu 😁😁

    ReplyDelete
  5. saya pun dah potong time pkp haritu..Bila rambut panjang ni rasa rimas terutamanya bahagian tepi hihi..

    ReplyDelete
  6. bagus lah jenis yang ikut sop dan ada inisiatif gini kan, kalau tak ikut sop tu datang polis ronda sesia je depa kene kompound....

    ReplyDelete
  7. aritu botakkan sendiri kepala masa pkp. hehehe

    ReplyDelete
  8. Izin promo ya Admin^^
    bosan tidak ada yang mau di kerjakan, mau di rumah saja suntuk,
    mau keluar tidak tahu mesti kemana, dari pada bingung
    mari bergabung dengan kami di ionqq^^com, permainan yang menarik dan menguras emosi
    ayo ditunggu apa lagi.. segera bergabung ya dengan kami...
    add Whatshapp : +85515373217 ^_~

    ReplyDelete