Bas CAT Bridge, Bas Percuma Melalui Jambatan Pulau Pinang

by - 12:52:00 PM

 Assalamualaikum | 1 Oktober lepas aku cuba naik perkhidmatan baharu dari Rapid Penang iaitu bas CAT Bridge. Untuk pengetahuan, bas CAT (Central Area Transit) merupakan satu inisiatif Rapid Penang dalam menyediakan bas shuttle percuma untuk semua. Jadi, kalau nampak ada perkataan CAT kat bas tu tak perlu susah-susah nak keluarkan duit pulak.

Terbaru daripada CAT ni adalah bas perjalanan dari Seberang Perai ke belah pulau. Yang menarik lagi adalah sebab bas ni melalui Jambatan Pulau Pinang yang pertama. Boleh la relaks sambil jimat duit dan tenaga kalau nak tengok laut kat Jambatan tu. 


Ini adalah peta laluan bas CAT Bridge. Laluan bas percuma tu yang warna oren kat tengah tu je. Kalau macam nak pergi tempat lain pun boleh tapi ada la caj dia dan kena tukar bas lain lah. Kekerapan bas CAT Bridge ni dari pemerhatian aku memang tepat macam dalam jadual yang disediakan.


Daripada laluan bas tu, aku tahu yang destinasi terakhir tu ke kawasan kilang (kalau tak silap). Aku naik haritu sampai ke Queensbay Mall je. Aku mulakan perjalanan dari Penang Sentral. Dari sini, memang kena naik bas berbayar dulu. Tapi ada dua pilihan sama ada nak ke Hotel The Blanket atau Megamall. Bas dari Penang Sentral ke Hotel The Blanket tu RM2 tambang manakala ke Megamall RM1.40 je. 



Aku naik dari Hotel The Blanket. Perjalanan dari Hotel The Blanket ke Queensbay Mall mengambil masa cuma 40 minit. Memang tepat jam 10 pagi, bas terus bergerak. Pukul 10.40 tepat sampai depan pintu Queensbay Mall. Bilangan penumpang pun tak ramai mana. Boleh kata tak sampai 10 orang pun. 



Nasib baik jugak jalan atas Jambatan haritu agak lengang tak macam biasa. Sampai je belah pulau terus hujan lebat. 

Untuk info lanjut mengenai bas CAT Bridge dan Rapid Penang, boleh tengok kat laman web rasmi dorang kat sini >> Rapid Penang

Sorang-sorang pun sebolehnya pakai mask gais!

Lepas habis kat Queensbay Mall, aku pergi Komtar naik bas Rapid no 401E. Tambangnya RM2. Dari Komtar ke Jeti Feri pulak ada disediakan bas CAT tapi bukan CAT Bridge lah. Jimat dah kat situ. Balik ke Seberang Perai naik feri pulak. Perjalanan Feri dari Pulau ke Seberang Perai pun sentiasa percuma. 

Habis sudah. Sekian. Ke mana nak jalan dalam negara ni, teruskan jaga SOP. Mask jangan tanggal. Jarak fizikal kena perhati jugak. Hehe.  

You May Also Like

5 comments

  1. baru lagi yek? dulu, (2016) kot, mcm tak ada. heeee

    ReplyDelete
  2. laa,tak pernah tau pun ada bus ni... nice!!!

    ReplyDelete
  3. bagusnya ada bas mcm ni . senang dah

    ReplyDelete
  4. wah macam2 kemudahan yg dibuat untuk memudahkn orang awam..

    ReplyDelete