Salam Nuzul Quran dan Happy Mother's Day

by - Sunday, May 10, 2020

Assalamualaikum,


Pejam celik pejam celik sekejap je dah 17 Ramadhan. Laju je rasa. Puasa semua Alhamdulillah tak tinggal lagi cuma ibadah sunat tu la kan asyik on and off. Kadang-kadang terlebih rajin, kadang-kadang tu sampai tak buat apa-apa. Sempena hari ini dah 17 Ramadhan dan hari Nuzul Quran. Semoga kita sama-sama perbanyakkan bacaan Al-Quran. 


Hari ini jugak Hari Ibu Sedunia. Hari-hari pun sebenarnya hari ibu. Jadi, keluarga aku macam tak amal sangat sambutan hari ibu ni. Tapi dalam kesempatan ini, nak ucap jugak lah Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia ini terutamanya ibu saya. Seorang yang sangat kuat, sangat tabah. Dah 60 tahun dah mama. 6 tahun jadi ibu tunggal. Alhamdulillah sekarang cuma tanggung aku sorang je, yang lain semua dah bekerja bekeluarga. Moga panjang umur, murah rezeki dan sentiasa sihat :) Amiin :D

 


You May Also Like

5 comments