Selamat Hari Pekerja Tapi Tak Boleh Bekerja Lagi
Assalamualaikum,
Sedar tak sedar dah PKP Fasa 4, dah hampir 2 bulan kita dalam perintah kawalan pergerakan ni. Sedar tak sedar jugak dah habis bulan April. Sebulan April dekat rumah je. Hari ini dah 1 Mei. Selamat Hari Pekerja! Cuti Umum tapi memang dah cuti pun.
Universiti aku pun dah umumkan kelas atas talian mulai 1 Jun sehingga tamat semester ni. Fuh. Nak bekerja part time tapi tempat yang selalu aku kerja tu tak ambik pekerja waktu tempoh PKP ni. Jadinya, duduk diam-diam jelah kat rumah ni.
Sejarah berkenaan Hari Pekerja (Labor Day)
Sejarah Hari Pekerja (baca: Hari Buruh) diwujudkan bagi memperingati perjuangan buruh yang menuntut hak-hak mereka sebagai pekerja ketika revolusi industri berkembang pesat di Barat.
Perkembangan ekonomi Barat yang bergantung kepada pemodal kapitalis (pemilik kilang) menjadikan kerajaan lemah kerana membiarkan pasaran mengatur dirinya sendiri menerusi amalan ‘laissez faire’ yang menghalang campur tangan aktif kerajaan dalam aktiviti ekonomi dan pasaran.
Akibatnya, pemodal menguasai ekonomi dan mengambil kesempatan ke atas pasaran buruh dengan mengeksploitasi mereka supaya bekerja lebih masa dengan kadar upah yang rendah semata-mata untuk memaksimumkan keuntungan.
Ketika itu, buruh dipaksa bekerja 16 jam sehari. Malah di sesetengah tempat, ada buruh yang bekerja sehingga 19 jam sehari, tanpa cuti. Perkara ini makin serius apabila pemodal sanggup menggunakan buruh wanita dan kanak-kanak sehinggakan ia menjadi biasa dan berleluasa tanpa sebarang kawalan daripada kerajaan.
Disebabkan itu, para buruh terutamanya pekerja kilang bangkit mendesak supaya hak pekerja dijaga bermula dengan demonstrasi besar-besaran bagi menuntut hak, iaitu lapan jam bekerja sehari dan cuti rehat seminggu sekali, di samping turut dibayar upah yang setimpal.
Di peringkat awal, demonstrasi ini dianjurkan oleh kesatuan sekerja dan parti politik yang menyebelahi mereka, tetapi lama kelamaan ia menjadi arus perdana apabila kerajaan pula turut sama menganjurkannya.
Kemuncak kepada perjuangan buruh itu sudah tentulah dikaitkan dengan Rusuhan Haymarket (Haymarket Affair) di Chicago, Amerika Syarikat pada 4 Mei 1886.
Mogok aman para pekerja yang berhimpun untuk menuntut hak-hak mereka berakhir dengan keganasan dan tragedi berdarah yang membawa kepada kematian.
Tragedi inilah yang akhirnya membawa kepada sambutan Hari Buruh Antarabangsa atau May Day (sambutan Hari Mei) yang kemudiannya menetapkan 1 Mei sebagai Hari Buruh. Begitulah hebatnya sejarah perjuangan para buruh dalam memperjuangkan hak mereka dan kita hari ini sebagai pekerja.
Bersempena hari ini, marilah kita sama-sama merenung kembali matlamat asal kepada sambutan Hari Pekerja diwujudkan. Hari ini bukanlah untuk bercuti semata-mata.
Ia diwujudkan untuk mengenang perjuangan menuntut hak dan kesaksamaan satu kelompok yang bernama pekerja. Baik pekerja mahupun pihak majikan, hari pekerja sepatutnya dijadikan renungan dan pedoman kepada kepekaan terhadap aspek-aspek keadilan, kejujuran, amanah dan tanggungjawab dalam konteks bekerja selain daripada memikirkan produktiviti dan keuntungan semata-mata.
Dalam suasana dunia yang makin terbuka dan kompleks, isu-isu pekerja kini tidak lagi berkisar tentang gaji, waktu kerja atau cuti sahaja.
Perkara-perkara seperti jaringan keselamatan sosial, imbuhan dan manfaat sampingan, kebajikan dan persaraan pekerja juga harus diperhatikan dan diperluaskan.
Dengan kebanjiran buruh asing ke dalam negara ini, kerajaan juga harus peka dan pantas bertindak bagi membela nasib pekerja tempatan.
(kredit: Sinar Harian)
5 comments
Cuti dalam cuti.
ReplyDeletebiasa cuti hari ni mmg ditunggu2, kekdg ada aktiviti dgn ofismate, tapi taun ni semua duk rmh je, tambah lagi ramai yg wfh, so dabel cuti lah ni 😍
ReplyDeletebetul tu.. byak lagi pekerja yang tidak diberikan hak yg sepatutnya dan perkara ini haruslah dibendung.. Apapun salam Jumaat, selamat berpuasa dan selamat hari pekerja ..
ReplyDeletebetul, dah boleh aktif hantar balik pendatang tanpa izin ke negara asal. Datang dengan sindiket, sekarang dah makin tak terkawal.
ReplyDeleteNumpang promo ya gan
ReplyDeletekami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*