Cuba Makanan Korea di Meokja Cafe, Seberang Jaya

by - Saturday, March 05, 2022

 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dua minggu lepas, aku dengan kakak-kakak aku berpeluang mencuba makanan korea di kafe terbaru di Seberang Jaya, MEOKJA. Secara asasnya, Meokja merupakan perkataan Korea yang bermaksud makan! Kafe ini dimaklumkan baru mula beroperasi 1 Februari 2022 yang lalu.

Konsep kafe ni memang menarik! Ala-ala kafe hipster macam tu. Setibanya kami di depan kedai, pelayan semua ramah betul. Terasa diraikan sangat dekat kafe tu. Diorang escort dari mula kami masuk pintu sampailah ke tempat duduk. 

Kami bertiga dewasa dan dua orang anak buah aku makan kenyang teruk. Puas hati betul. Antara menu yang kami pesan hari tu:

1) Kimbap Beef Bulgogi (RM18) : 8/10


Sedap! Isinya padat. Agak mahal bagi aku tapi okey la dengan portion yang agak banyak.


2) Chicken Mix Flavour (RM35) : 6.5/10


Terdapat 9 ketul ayam goreng dengan 3 perisa dalam satu hidangan tu. Ada Honey Butter, Korean Sauce dan Soy Garlic. Secara keseluruhannya, manis sangat. Even Korean Sauce tu pun manis gais. Yang tu potong sikit tapi masih boleh dihabiskan.


3) Jjajangmyeon (RM23) : 7.5/10


Sebelum pesan tu macam ragu-ragu nak ambil sebab macam mahal je tapi sebab teringin, pesan juga lah Jjajangmyeon ni. Portion dia besar giler. Memang patut la harga dia agak mahal. Aku rasa kalau aku makan seorang mungkin tak habis sebab rasa dia agak manis. Pedas pedas manis. Tapi sedap!


4) Mango Bingsu (RM15) : 9/10


Yang ni la paling sedap dalam semua yang kami pesan haritu. Portion dia just nice. Tak sebanyak Mykori, dari segi rasa tak pasti mana lagi sedap sebab tak pernah rasa bingsu dekat MK. 


5) Double Chocolate Frappe (RM13) : 9/10


Sedap jugak frappe dia! Manis pun just nice. Tak over dan tak tawar. 


6) Cheezy Fries (RM10) : 8.5/10

Macam fries yang digoreng kat rumah je. Dan dicicah dengan cheese. Yang ni tak ada dalam menu tau tapi kami tanya waitress kat situ dan diorang ada sebab nak bagi anak-anak buah aku makan yang ni. Portion pun penuh semangkuk tu.


7) Oreo Cheesecake (RM12) : 8/10



Kek pun tak ada dalam menu tapi ada dekat kaunter. Saja je aku jalan-jalan depan kaunter tu dan Oreo Cheesecake ni menarik perhatian. Tak ada yang tak sedap pun dekat kek ni cuma harga dia macam mahal sikit. 


Itu sahaja yang kami pesan haritu. Total semua kami makan tu berjumlah RM129. Ingatkan nak paywave je guna kad kredit kakak aku tapi sebab restoran ni masih baru, mesin pembayaran untuk kad kredit/debit belum ada lagi. Jadi, kami terpaksa lakukan pembayaran secara transfer ke akaun bank mereka. 


Secara keseluruhannya, dari segi makanan di restoran tersebut, sedap tetapi tak la sedap sampai teringat-ingat. Biasa-biasa sahaja. Tetapi, bagi suasana dan pengalaman dengan pekerja dan restoran itu sendiri membuatkan aku rasa nak repeat lagi dan nak cuba makanan lain pulak! Hee~

Untuk maklumat lanjut, boleh layari: 

Instagram : meokja.hq / meokjacafe

Alamat: No.11, Jalan Todak 3, Seberang Jaya, 13700 Perai, Penang (landmark: bersebelahan ASNB Seberang Jaya, sederet CIMB) 

Waktu Operasi: 11am - 10pm (tutup hari Isnin)

You May Also Like

3 comments

  1. Memang cantik dan nampak best suasana kafe tu. Rindunya nak makan makanan Korea.

    ReplyDelete
  2. Geram pula tengok Kimbap Beef Bulgogi tu

    ReplyDelete
  3. boleh tahan harga dia, tapi yang penting puas hati

    ReplyDelete