Peniaga Malaysia yang menyertai Shopee 9.9 Hari Pembelian Hebat buat kali pertama capai lebih 5 kali ganda peningkatan jualan
Shopee terus menawarkan lebih nilai dan keseronokan untuk para pembeli dan penjual sepanjang 9.9 Hari Pembelian Hebat. Permulaan musim Jualan Akhir Tahun disempurnakan dengan jayanya, dengan penjual tempatan di Malaysia yang mengambil bahagian dalam 9.9 Hari Pembelian Hebat buat kali pertama mencapai purata peningkatan jualan sebanyak lebih daripada 5 kali ganda pada 9 September, berbanding hari biasa.
Kesihatan dan Kecantikan, Kelengkapan Rumah dan Kehidupan serta Barangan Mudah Alih dan Aksesori muncul sebagai kategori paling popular semasa hari kemuncak festival membeli-belah tersebut.
Menariknya, walaupun dengan pengumuman baru-baru ini bahawa pemakaian pelitup muka tidak lagi diwajibkan di dalam bangunan kecuali dalam situasi tertentu, pelitup muka masih merupakan salah satu produk yang paling banyak dibeli pada 9 September. Makanan dan snek untuk kucing serta produk penyimpanan seperti kotak lipat, kotak kek dan beg kertas turut popular dalam kalangan pengguna. Barangan penyimpanan ini mungkin adalah tanda bahawa para penjual tempatan sedang membuat persiapan untuk pesanan yang bakal diterima dalam beberapa bulan akan datang.
0 comments