Pengalaman Mohon Passport Kali Pertama Secara "Walk-in" Di UTC Komtar Penang

by - Sunday, June 18, 2023

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,


Setelah beberapa kali nak buat passport, akhirnya buat jugak. Ingatkan susah mana, rupanya senang je. Masa yang diambil pun tidaklah lama mana, tapi berdasarkan "luck" jugak sebenarnya.


Kisahnya aku saja jalan-jalan kat Komtar Ahad lepas. Tetiba ternampak Imigresen kat UTC Komtar buka, aku pun cuba nasib  kalau ada kosong lagi untuk walk-in. Nasib aku baik, aku orang terakhir yang diterima untuk walk-in haritu. Tapi aku kena datang balik pukul 2, sedangkan aku tanya tu pukul 12.30 tengah hari. Jadi, aku pun teruskan jalan-jalan kat kawasan Komtar tu dulu.


Pukul 1.45 aku pergi balik UTC, orang dah mula beratur dan nombor giliran pun dah diagihkan dah. Jadinya, terpaksa la aku tunggu 30 giliran sebelum giliran aku. Disebabkan aku tak pasti prosedur semua macam mana sebab tak rancang pun nak daftar haritu, aku tunggu jelah dari pukul 1.55 aku dapat nombor hinggalah pukul 3.40 baru aku dipanggil.


Untuk pendaftaran kali pertama, akan ada 3 kaunter yang perlu dilalui sebelum dapat passport tu. Pertama, untuk pengesahan pendaftaran dan tangkap gambar. Pengesahan pendaftaran tu, pegawai imigresen akan tanya soalan basic macam tinggi, no telefon, alamat. Dekat kaunter tu jugak, kita diarah untuk cap jari kanan dan kiri. Dan lepas tu baru dorang akan tangkap gambar kita. 

Berdasarkan pemerhatian aku, antara etika tangkap gambar tu, rambut tak boleh tutup dahi. Baju kena berkolar, baju tak berkolar wajib pakai blazer yang disediakan. Tudung warna cerah pun ada yang diarah sarung tudung hitam yang juga disediakan oleh dorang.

Selepas selesai urusan di kaunter pertama, ke kaunter juruwang pulak. Kalau di UTC Komtar Pulau Pinang, wang tunai tidak diterima. Cuma boleh buat pembayaran melalui Kad Debit/Kredit sahaja. Selesai pembayaran, pegawai kat situ akan beri arahan pukul berapa passport tersebut akan siap. 

Kebiasaannya, selepas sejam dari urusan di kaunter juruwang tu. Tapi macam kes aku, aku selesai kat kaunter juruwang tu pukul 4 dan pejabat tutup pukul 5 pada hari Ahad. Jadi, pegawai tu bagi masa keesokannya tu. Tapi kalau tak free hari biasa, nak datang minggu depan tu pun boleh. Asalkan tak lebih 3 bulan. Dan yang penting, waktu nak kutip passport tu wajib bawa slip pembayaran tu. 

Disebabkan aku tak free hari biasa, aku pun datang ambil balik passport semalam, Sabtu. Proses ambik passport cepat betul, tak sampai 5 minit. Bagi kat pegawai tu slip bayaran, pastu dia cari passport kita. Thumbprint, pastu sign2 sikit dah siap. 


 Akhirnya, passport pun dah dapat. Alhamdulillah dah boleh keluar negara. Minggu depan dapat gaji terus nak pergi Hatyai dulu. Lepas tu baru kita pergi jauh sikit. 



Passport pun dah ada baju. Beli kat Shopee je. RM15 je dan cepat ya tunggu dia siap dalam 3 hari macam tu. Macam biasa, siapa nak beli klik link ni > Passport Sleeve.


You May Also Like

0 comments