Cuba Minuman dan Aiskrim di Mixue - Murah dan Sedap!

by - Sunday, January 28, 2024

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,



Pertama kali tengok menu Mixue ni, peh murah betul. Air yang jual kat mall pun boleh jual harga serendah RM3 sahaja?! 

Aku pun cuba la tengok apa yang best lagi, harini aku beli Lemonade, Boba Milk Tea dan Boba Sundae. Jumlah untuk tiga air dan aiskrim ni cuma RM13.50 sahaja. Lagi murah daripada secawan air yang kita tengah boikot tu. 



Boba Sundae - RM5 sahaja. Rasa aiskrim lebih kurang dengan Sundae McD! Sedap.


Brown Sugar Milk Tea - RM5.50. Rasa sama macam boba milk tea kedai-kedai lain. Sedap jugak, yang penting murah!


Fresh Squeeze Lemonade - RM3. Yang ini paling top seller. Sebab murah sangat dan rasa masam manis semua cukup.

Semua orang boleh maju ke Mixue untuk jimat duit poket korang. Pernah jugak rasa strawberry milk shake dia, pun sedap betul. Bab halal, selepas aku search, daripada 137 outlet di Malaysia, cuma 30 outlet sahaja yang diiktiraf Halal Jakim. Sumber > https://jomhalal.org/mixue-halal-ke/ 

Walaupun outlet yang lain belum diiktiraf Halal Jakim, tapi aku percaya yang tak ada sumber tidak halal dalam bahan-bahan buatan tu. Terpulang pada individu, jika ragu-ragu, jangan cuba. Kerana makan dari sumber yang halal itu wajib bagi orang Islam.


You May Also Like

2 comments

  1. Masih ramai tak Q nya kak? Kalo di Indonesia dah sepiiii 😅. Soalnya ada banyak competitor dia yg muncul, dengan rasa lebih sedap. mixue ini bagi saya kurang cocok, soalnya susu sangaaat rasanya. Sementara saya memang tak suka susu 😅

    Karena itu pas banyak muncul kompetitor sejenis dengan rasa yg tak terlalu susu, saya beralih ke mereka . Dan sepertinya banyak yg begitu juga di sini.

    ReplyDelete