Q&A Mengenai Sains Aktuari (Actuarial Science)

by - Monday, June 14, 2021

 Assalamualaikum,

Baru-baru ini, keputusan SPM Pro Max dah diumumkan. Tahniah diucapkan buat semua calon. Memang terbaik lah dapat menempuh SPM waktu pandemik ni. Apa pun keputusan korang, jangan lupa bersyukur. Ini baru permulaan. 

Tahun lepas, aku ada update post berkenaan Sains Aktuari di posting ini >> Pendedahan Mengenai Sains Aktuari. Tak sangka makin ramai orang sudah mengetahui berkenaan bidang ini. Ramai jugak yang komen dan DM aku untuk bertanyakan soalan mengenai sains aktuari ni. Terharu jap sebab ramai yang perasan post itu.



Di sini, aku akan menjawab beberapa soalan yang diajukan kat aku. Sekali dengan jawapan lah ye. Dan ada beberapa soalan yang berunsur pendapat, jadi aku boleh kongsikan pendapat jelah ye. Korang nak ikut atau tidak, terpulang sebab ini perjalanan korang. Aku cuma bantu sahaja. Dalam post ini, semoga ada pencerahan buat semua yang tercari-cari mengenai Sains Aktuari ni. 


Pertama, mengenai laluan selepas SPM.

Baik, selepas SPM, umum mengetahui ada banyak laluan yang kita boleh pilih. Untuk kos Sains Aktuari ni, laluan utamanya ada 3 ye, iaitu Asasi, Matrikulasi dan Diploma. STPM saya kurang pasti ada ataupun tidak. Sepatutnya boleh saja kalau ambil kursus Sains Tulen.

Untuk Asasi, semua jenis Asasi Sains diterima. Tidak kira Sains Hayat ke Sains Fizikal, asalkan ada subjek Matematik. Begitu juga Matrikulasi bagi Program Sains, semua layak untuk melanjutkan degree sains Aktuari. 

Bagi diploma, setakat ini hanya UiTM sahaja yang menawarkan diploma Sains Aktuari. Aku berkongsi dalam konteks IPTA sahaja ya. Sebab IPTS ni lagi luas skop dia dan aku pun kurang tahu. Maaf. 

Ada juga yang tanya, mana satu lebih baik? Pada pendapat saya, mana-mana pun sama baik. Tiada sesuatu yang lebih baik daripada sesuatu yang lain. Dan mana-mana pun ada baik buruk yang tersendiri. Namun, apa pun bergantung pada diri sendiri. Apa yang aku boleh nasihatkan, kalau korang memang dah tekad untuk ambil sains aktuari ni, aku boleh cadangkan untuk ke diploma. Sebab di diploma ni pendedahan korang kat aktuari dah didedahkan dari awal dan lebih berfokus. 

Kalau masuk Asasi/Matrikulasi, korang akan ada banyak pilihan untuk sambung kos apa. Dan kalau korang nak masuk Sains Aktuari, di matrik/asasi korang masih akan belajar subjek sains yang lain (Bio, Fizik, Kimia) yang mana waktu degree nanti tak guna pun. Tapi bukanlah tak berguna langsung, ilmu tu berguna saja di luar sana. Kalau korang masih ragu-ragu dengan pilihan korang, better pergi matrik/asasi. Dalam tempoh setahun ke dua tahun belajar Sains tu korang masih boleh fikir lagi nak sambung apa untuk degree nanti.

Matrikulasi Perakaunan Boleh Sambung Ke Sains Aktuari?

Ini saya kurang pasti. Bagi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), cuma lepasan Sains sahaja yang boleh meneruskan ke Sains Aktuari. Walaupun nama kos tu Sains Aktuari dan di bawah fakulti Sains, tetapi tak ada sebarang unsur Sains ye dalam pembelajaran kami. Jadi, sepatutnya jurusan akaun pun boleh saja ambil sains aktuari. Tetapi, apa pun bergantung kepada universiti tersebut. Saya tidak berapa pasti. Sekali lagi maaf.


Apa yang dipelajari dalam Sains Aktuari ini?

Banyak ye perkara yang dipelajari sepanjang degree 4 tahun ini. Antaranya, Ekonomi (Microeconomics, Macroeconomics, Econometrics), Matematik (Statistik, Probability, Algebra, Calculus, Differential Equation), Kewangan (Financial Accounting, Financial Management), Insurans (Life & General Insurance, Life Contingencies), Actuarial (Actuarial Model, Actuarial Planning), Pengurusan Risiko (Risk Management, Risk Theory, Financial Risk Management) dan beberapa lagi. Aku pun dah berkarat dah lupa haha.

Dari segi kerjaya, memang luas cabangnya. Semestinya, korang boleh bekerja di semua sektor kewangan. Antaranya, perbankan, insurans, risk manager dan banyak lagi. Mathematician pun boleh!



Untuk soalan ini, math A dan Addmath B tu kira okey sangat dah tu. Memang lepas je kalau nak masuk sains aktuari. Tapi kalau risau persaingan kuat, better pergi matrikulasi atau asasi dulu. Bagi korang biasakan dengan subjek Matematik dulu. Sebab subjek Matematik dekat matrik/asasi ni adalah subjek addmath. Jadinya, kalau waktu asasi, korang cepat fed-up dengan mathematics, agak susah sikit la nak ke sains aktuari nanti.

Untuk akaun tu, tak perlu ada basic pun. Sebab subjek akaun yang diajar dekat degree sains aktuari ni pun cuma basic akaun saja. Memang kami pun majoriti tak ambil pun subjek akaun sebelum ni.


Soalan pertama, aku belum ambik lagi profesional paper. Antara sebab utama adalah kos tinggi dan belum bersedia lagi. Soalan profesional paper ni memang objektif, bulat-bulat je tapi kebarangkalian nak salah pun tinggi. Satu paper tu kos dalam RM800++, jadi kalau gagal tu burned macam tu je haha.

Beberapa company dan universiti sendiri ada jugak tawarkan tanggungan bayaran untuk ambik test ni. Tetapi syaratnya kena lulus. Kalau gagal, kena tanggung sendiri. Sebab tu ramai yang tak ambil lagi.

Soalan yang kedua tu, betul ke dah 6-10 tahun baru boleh dapat kerja? Jawapannya ada dua, YA dan TIDAK.

YA kalau kerja sebagai actuaries. Yakni ahli aktuari, yang mana gajinya tu memang tinggi. Dan syaratnya kena lulus semua paper. Paper profesional ni korang boleh cari info lebih lanjut di soa.org

TIDAK sebab seawal fresh graduate lagi korang dah boleh bekerja di pelbagai sektor, terutamanya sektor kewangan. Hampir semua syarikat pun ada peluang pekerjaan yang berkaitan dapat kita bekerja.


Untuk soalan ni, aku kurang pasti. Tapi aku ada seorang senior yang menyambung pelajaran di UK. Sebelum dia ke UK tu, dia mulakan pelajaran A-Level di INTEC Education College. Untuk segala proses dan syarat kelayakan, saya kurang pasti. Korang boleh cari sendiri dekat website INTEC.


So far okay je degree ni selagi ada kawan-kawan dan lecturer yang banyak sokong perjalanan degree kitorang. Lagi-lagi musim Covid ni. Dua semester kitorang online class, sekarang intern pun WFH. 

Susah tak? Kos mana-mana pun ada susahnya. Tapi kesusahan dalam menuntut ilmu kadang tak rasa sangat pun. Sejujurnya agak susah untuk slow learner macam aku ni. Tetapi tak ada yang mustahil pun. Alhamdulillah result aku tak bagus mana, tapi tak pernah repeat lagi lah. Yang penting kena usaha, doa, tawakal. Jangan lupa niat belajar sebab apa. 

Untuk soalan yang lain, boleh ajukan dekat ruangan komen atau DM di Instagram aku (@aimansallehh)

Goodluck! Jangan lupa, ini masa depan korang. Korang yang perlu tentukan. Jangan nak ikut kawan je. Dekat mana-mana pun boleh jumpa kawan. Peace :D

You May Also Like

3 comments

  1. Hi, maklumat tambahan, ada 6 universiti di Malaysia yang dah dapat exemption dari 5 professional papers iaitu:

    Asia Pacific University
    Heriot-Watt University, Malaysia
    Sunway University
    UCSI University
    University of Malaya
    University Teknologi MARA

    UiTM first batch baru graduate tahun ini dimana 10 pelajarnya dapat exemptions sebab score masa exam. So kena complete another 2 papers, Core Practices Papers, kerja 3 tahun then dapat title Associate.

    Boleh baca lanjut di https://www.actuaries.org.my/route-to-becoming-an-actuary/

    Kalau nak untung dan cepat, masuklah ke UiTM atau UM.

    ReplyDelete