Rekaan Praktikal Liyanacollection Menyerlah di Shopee Live
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Rekaan Praktikal Liyanacollection Menyerlah di Shopee Live: Platform Penstriman Langsung Memainkan Peranan Penting untuk Menonjolkan Fungsi & Nilai Produk
Shopee Live telah menjadi alat perniagaan penting buat Liyanacollection, jenama fesyen Muslimah tempatan yang menawarkan rekaan sedia pakai dengan sentuhan buatan khas. Diasaskan oleh Norliyana Abdul Ghani, seorang pereka fesyen yang belajar sendiri tentang rekaan fesyen dan mempunyai minat mendalam tentang fungsi pakaian, Liyanacollection mengutamakan keselesaan dan kepraktisan untuk wanita Muslimah moden. Pakaian mereka menampilkan rekaan mesra wudhu, mesra penyusuan dengan zip tersorok, dan fabrik berkualiti tinggi dan tebal yang direka elegan — semuanya pada harga yang berpatutan.
Mengintegrasikan Shopee Live ke dalam operasi harian Liyanacollection sejak tahun 2021 terbukti menjadi batu loncatan buat mereka. Semasa penstriman langsung, penonton berpeluang melihat butiran terperinci yang direka khas dalam setiap pakaian. Hos menunjukkan bagaimana zip yang tersembunyi dengan bijak pada kedua-dua lengan memudahkan untuk berwudhu dan zip tersorok untuk memudahkan ibu menyusu dan ciri-ciri lain yang menjadikan pakaian ini sesuai untuk pemakaian harian. Interaksi secara langsung ini amat penting dalam memacu kejayaan Liyanacollection. Ia membolehkan pelanggan melihat kepraktisan dan kecantikan rekaan mereka secara langsung, sekali gus mengukuhkan kepercayaan pelanggan.
0 comments