Shopee, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan, terus mengukuhkan komitmennya sebagai pusat fesyen Muslimah dan inklusif yang berkembang pesat. Kajian Gaya Lagi Lit Fesyen Inklusif Shopee menunjukkan bahawa 9 daripada 10 penjual fesyen kini menawarkan pakaian mesra Muslimah untuk semua saiz di platform ini, dengan 60% daripada penjual ini foud memenuhi tiga perempat inventori dalam memenuhi permintaan dalam kategori yang semakin berkembang ini.
Apabila ditinjau, penjual fesyen mendedahkan lonjakan permintaan untuk fesyen Muslimah dan inklusif. Sebanyak 80% responden melaporkan peningkatan minat pelanggan terhadap pilihan pakaian sopan, bergaya, dan inklusif di platform ini. Data ini menggariskan kepentingan kategori ini dalam landskap fesyen Malaysia, dan kedudukan Shopee sebagai pemain utama dalam memenuhi keutamaan pelanggan yang berubah-ubah ini.
"Shopee aktif memacu gerakan fesyen Muslimah dan inklusif. Kami dapat melihat perubahan permintaan ke arah kategori ini dan komited memupuk keterangkuman di platform kami. Ini dapat disaksikan di mana 70% penjual telah merangkumkan pelbagai saiz dan model. Shopee memperkasa penjual untuk memenuhi permintaan terhadap pelbagai jenis bentuk badan lalu mewujudkan pengalaman membeli-belah yang benar-benar mewakili untuk seluruh rakyat Malaysia di platform ini," kata Ming Kit Tan, Ketua Pemasaran dan Pengurusan Data Shopee Malaysia.
Kajian ini mendedahkan pendekatan berasaskan data penjual Shopee terhadap penawaran fesyen Muslimah dan inklusif. 70% mengutamakan maklum balas pelanggan dan maklumat pesanan untuk inspirasi agar tawaran produk seiring dengan keperluan pelanggan yang berubah. Manakala, 30% penjual menggunakan sumber luar seperti analisis rakan sebaya, trend media sosial, blog fesyen, dan pengaruh pempengaruh tempatan untuk inspirasi.
Fokus terhadap data ini melengkapkan strategi jenama seperti Zoe Arissa. Esther, Pengasas Zoe Arissa, berkata, "Kami menggunakan ulasan pelanggan untuk menambahbaik produk dan perkhidmatan kami, dan menggunakan Shopee Live untuk berinteraksi dan berhubung dengan pelanggan secara langsung. Sebagai jenama fesyen tempatan, kami juga mereka pelbagai gaya mesra Muslimah untuk memastikan produk kami menepati cita rasa rakyat Malaysia."
Hasil kajian selanjutnya menunjukkan bahawa harga, kualiti, dan kepelbagaian adalah keutamaan pelanggan untuk fesyen Muslimah dan inklusif. 80% responden mendapati bahawa dengan menawarkan produk berkualiti tinggi dalam pelbagai warna dan saiz pada harga yang berpatutan adalah pendorong utama untuk menarik perhatian pelanggan. Sementara, lagi 20% membezakan jenama dengan penjual lain melalui reka bentuk unik dan autentik dan kerap memperbaharui koleksi.
ZUCCA, jenama fesyen sopan Malaysia, berkata. "Kami mereka pakaian yang menghormati nilai budaya dan agama sambil menggalakkan gaya peribadi. Dengan menyediakan pelbagai gaya kontemporari dan tradisional, kami memastikan setiap wanita dapat menemui sesuatu yang sesuai dengan citarasa unik mereka. Selain itu, kami komited memastikan kemampuan milik agar semua pelanggan kami dapat menikmati fesyen sopan berkualiti tinggi tanpa mengorbankan gaya atau bajet," kata Nurul Syamira, Pengasas Bersama, ZUCCA.
Komitmen Shopee terhadap keterangkuman membentuk landskap e-dagang Malaysia. Dengan memperkasakan penjual dan memupuk pendekatan berasaskan data, platform ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang pelbagai dan berterangkum. Ini memenuhi permintaan pelanggan yang berubah-ubah dan meletakkan Shopee sebagai peneraju fesyen Muslimah dan inklusif. Dengan perubahan landskap fesyen di mana pengguna mahukan penawaran rangkaian fesyen yang lebih meluas, Shopee akan sentiasa memastikan setiap orang menemui Gaya Lagi Lit mereka.
Ketahui lebih lanjut tentang tawaran fesyen Muslimah dan inklusif Shopee sambil membeli- belah RM1 Super Seringgit Fashion Deals pada 7.7 Jualan Fesyen Mega: https://shopee.com.my/m/7-7
#shopee