Setelah beberapa tahun tak kongsi apa-apa berkenaan drama/filem Korea. Kali ini, aku nak kongsi satu filem yang aku baru habis tonton secara kasual kat apps Viu. Single in Seoul. Lakonan utama Lee Dong Wook.
Filem ini ditayangkan pada tahun 2023 iaitu tahun lepas. Kira baru jugak la filem ni.
Filem ini berkisarkan dua orang iaitu Park Yeong-ho (Lee Dong Wook) dan Joo Hyeon-jin (Im Soo-jung) yang sangat berbeza dari perangai dan gaya hidup. Yeong-ho merupakan seorang pengajar tentang esei dan juga pempengaruh yang mempunyai kira-kira 300 ribu pengikut, manakala Hyeon-jin adalah junior Yeong-ho di kolej dulu dan kini bekerja sebagai ketua editor sebuah syarikat penerbitan.
Takdir menemukan mereka kembali apabila syarikat penerbitan Hyeon-jin memerlukan seseorang untuk menerbitkan sebuah buku esei. Dan buku esei yang bakal diterbitkan oleh Yeong-ho bertajuk 'Single in the City' yang mana menceritakan tentang kehidupan bujangnya.
Personaliti mereka sangatlah berbeza di mana Yeong-ho seorang yang sangatkan cinta hidup sendirian manakala Hyeon-jin seorang yang benci hidup sendirian dan giat mencari pasangan kekasihnya. Dari kerja penerbitan esei tersebut mereka semakin rapat dan akhirnya mereka menjadi kekasih.
Personal Review
Jalan cerita yang sangat ringkas, konflik pun tak pecah kepala nak fikir sangat. Disebabkan plot yang terlalu simple, aku tengok dari sisi lain pulak iaitu kualiti video dia. Kerja kamera dia cantik, setting tempat dia pun cantik! Aesthetic gitu. Terselit juga bahagian humor di situ. Secara keseluruhannya, aku bagi rate 7/10 :)
Dah banyak tempat yang boleh ditonton, dan aku tonton secara legal di aplikasi Viu hehe. Tonton trailer Youtube di link bawah ini.
1 comments
Aisssh jadi teringin nonton. Biasanya nonton drama Lee dong Wook. Jarang nonton film dia. Yg ini kliatan menarik pula. Ada esom juga yg main 😍
ReplyDelete