Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

 Shopee menganjurkan acara pencipta kandungan affiliate terbesar setakat ini pada Sabtu lalu, menghimpunkan lebih 2,000 affiliate dan lebih 80 jenama dalam edisi terbaharu Shopee House iaitu sebuah platform utama secara fizikal yang menyatukan affiliate, jenama, dan ekosistem Shopee untuk berhubung, belajar, dan berkolaborasi menjelang Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun. Acara ini memperkasa affiliate untuk memacu penemuan produk sambil membantu rakyat Malaysia berbelanja Lagi Murah dan Lagi Cepat.



Edisi kali ini diterajui oleh penaja utama seperti Kiehl’s, La Roche-Posay, Kérastase, dan Maybelline, bersama jenama tempatan kegemaran ramai seperti Naelofar, The Pastels Shop, ALARD, Bateri Hub Official, ZUS Coffee, dan banyak lagi. Jenama-jenama ini berinteraksi dengan affiliate melalui demo langsung, pameran produk, dan peluang penciptaan kandungan secara spontan. Hasilnya: kandungan yang lebih kaya dan bersifat lokal, daripada tutorial kecantikan dan nyahkotak gajet hinggalah ke sesi soal jawab secara langsung yang membantu pengguna menemui pilihan dipercayai dengan nilai yang Lagi Murah dan servis yang Lagi Cepat menjelang kempen 7.7.

Edisi Shopee House pada bulan Jun ini mencatat kehadiran lebih daripada dua kali ganda berbanding edisi Februari, yang menghimpunkan lebih 2,000 affiliate, menunjukkan komitmen Shopee untuk memperkasa perdagangan yang dipacu komuniti pencipta. Acara ini menggabungkan pelaksanaan kempen dengan pembangunan komuniti melalui sesi panel, masterclasses, dan reruai jenama. Affiliate turut menyertai padanan strim langsung di mana mereka berganding dengan penjual dalam sesi strim langsung untuk meningkatkan pendedahan menjelang kempen 7.7.


Shopee House turut menampilkan sesi pembelajaran berimpak tinggi bersama beberapa pencipta kandungan berjaya di Malaysia. Dalam panel “Content with Purpose”, pencipta kandungan Muhamad Zaki bin Saidatul Akmal (Brozaki), Syakirah Al-Edrus (JoyahSiKepoh), dan Fatimah Az Zahraa' Binti Jamil (FHStore) berkongsi bagaimana keaslian, kejujuran, dan konsistensi membina kepercayaan serta mendorong pembelian.

“Bukan soal menjadi viral, tetapi tentang menyampaikan kandungan yang tulus dan berintegriti,” kata Brozaki. “Pengikut mengikuti kita kerana keaslian, dan mereka membuat pembelian apabila mereka percaya kepada apa yang disampaikan. Dengan Shopee Live dan Shopee Video, saya dapat menunjukkan pengalaman sebenar dengan produk, dan itu yang benar-benar memberi impak.” JoyahSiKepoh menambah, “Kandungan yang berkesan tidak semestinya sempurna, tetapi ia mesti jujur. Shopee memudahkan saya berkongsi minat terhadap produk dengan menggunakan pautan yang boleh dijejak, baucar, serta label ‘Shopee Lagi Murah’ yang membolehkan pengikut membuat pilihan lebih bijak sambil saya turut menjana pendapatan.” Buat FHStore, konsistensi adalah kunci:. “Kandungan yang ringkas tetapi konsisten boleh membina momentum dan kepercayaan, asalkan kita faham dengan keperluan pelanggan. Ciri-ciri Shopee memudahkan saya untuk memuat naik, tag, dan fokus dalam menyampaikan mesej dengan berkesan.”


Dalam sesi Masterclass Shopee Live, penstrim langsung cemerlang Norazlina Binti Azmi (Mekallynashop) berkongsi panduan praktikal untuk melaksanakan kempen secara berkesan. “Kejayaan dalam penstriman langsung tidak bergantung kepada saiz pasukan, tetapi pada strategi yang tepat dan penggunaan ciri-ciri platform secara optimum. Fungsi seperti komen yang dipin, baucar masa nyata dan tag produk membolehkan saya membimbing penonton dari minat terus ke pembelian.”

Sementara, dalam sesi Masterclass YouTube, pencipta kandungan teknologi Muhammad Najmi Abdul Rahman (TheKampungNerd) berkongsi cara membina kandungan jangka panjang daripada strim langsung, soalan lazim, dan ulasan pembeli – satu pendekatan lestari bagi pencipta dengan sumber terhad. “Tak perlu produksi hebat untuk beri nilai. Asalkan kita dengar kehendak penonton dan terangkan dengan jelas, walaupun hanya melalui tutorial ringkas atau video perbandingan, itu sudah cukup membina kepercayaan.”


“Menjelang Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun, Shopee House mencerminkan komitmen berterusan kami terhadap perdagangan digital yang dipacu oleh kandungan,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia. Kami terus berusaha memperkasa pencipta kandungan melalui inisiatif seperti Content Creator Club, Livestream Ads Incentives, dan kerjasama strategik dengan YouTube yang membolehkan affiliate menukar video dan Shorts menjadi kandungan yang boleh dibeli secara langsung. Disokong oleh Affiliate Marketing Solution serta komitmen kami terhadap tawaran ‘Lagi Murah dan Lagi Cepat’, kami menyediakan lebih banyak peluang kepada pencipta untuk menjana pendapatan, berhubung dengan jenama, dan membantu pengguna membuat keputusan pembelian yang lebih bijak melalui suara yang mereka percayai.”



Kini, Program Affiliate Shopee merangkumi lebih 500,000 pencipta kandungan dari pelbagai latar belakang di seluruh negara, daripada suri rumah dan pelajar universiti, hinggalah ke pakar kandungan niche dan penggiat strim langsung sepenuh masa, yang membantu pengguna membuat keputusan lebih bijak melalui ulasan sebenar, demo produk dan cadangan berperibadi. 

Shopee House adalah strategi jangka panjang Shopee untuk membina ekonomi digital yang inklusif dan dipacu pencipta kandungan. Dengan menggabungkan insan, alat dan wawasan, ia mentransformasikan kandungan kepada jualan dan hubungan kepada hasil. Menjelang kempen 7.7, rakyat Malaysia boleh nantikan tawaran eksklusif, demo masa nyata dan ulasan dipercayai oleh affiliate di Shopee Live dan Shopee Video. Sama ada anda mencari cadangan dipercayai, pandangan tentang produk tempatan, atau nilai yang sukar ditandingi, komuniti affiliate Shopee sedia membantu anda berbelanja Lagi Murah dan Lagi Cepat semasa Shopee 7.7 Jualan Tengah Tahun yang bermula 25 Jun 2025. 

Layari https://shopee.com.my/m/7-7 untuk maklumat lanjut.

Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Dalam landskap digital Malaysia yang semakin berkembang pesat, penjual tempatan kini mentakrifkan semula cara untuk berkembang dan berhubung secara dalam talian melalui pendekatan jualan yang lebih inovatif. Penjual tempatan seperti Arwaafood, JK Biscuits, dan Hollywood MotorSport memanfaatkan sepenuhnya rangkaian alatan perniagaan yang ditawarkan oleh Shopee dengan menggunakan Shopee Live untuk bercerita secara autentik dan berinteraksi secara langsung, Shopee Video untuk mempamer dan menerangkan produk, Shopee Affiliates untuk dorongan penemuan produk, dan label ‘Lagi Murah’ untuk menunjukkan nilai yang berdaya saing. Dengan menggabungkan ciri-ciri ini mengikut kesesuaian jenama dan matlamat mereka, mereka bukan sahaja membina jualan tetapi juga membina kepercayaan, keterlihatan dan komuniti.

Arwaafood: Membina Kepercayaan Melalui Penceritaan dan Kandungan ‘Mukbang’

Diasaskan oleh Hadi Kaderi, Nizar Mustafa, Ardell Aryana dan Nadzmi Adhwa, Arwaafood menawarkan makanan segera bebas bahan pengawet yang berasaskan resipi tradisional. Sesi Shopee Live mereka bukan sekadar promosi, ia membawa penonton menyelami kisah di sebalik ramuan dan nilai mereka lalu menjalin hubungan yang mendalam dengan mereka yang mementingkan kesihatan. “Banyak makanan segera mengandungi bahan tambahan yang tidak bernutrisi,” kata Hadi. 

“Kami ingin mengubahnya dengan menggunakan bahan makanan semula jadi yang mencerminkan akar budaya dan nilai kesejahteraan kami.”

Pendekatan yang mengutamakan penceritaan ini telah membantu Arwaafood membina komuniti setia dan mencapai hasil perniagaan yang ketara. Dalam masa tiga bulan sahaja, sesi Shopee Live mereka berjaya menarik lebih 660,000 tontonan, manakala video Shopee yang dihasilkan oleh affiliate, terutamanya kandungan “mukbang”, membantu membuktikan kualiti dan rasa produk, terutamanya kepada pembeli baharu.

Hubungan erat dengan komuniti ini turut mempengaruhi strategi promosi Arwaafood. “Pelanggan kami bijak, mereka menanti hari kempen dan baucar,” jelas Hadi. “Kami perhati bahawa mereka akan ‘top-up’ produk kami semasa waktu ini, jadi kami buat pakej untuk beri lebih nilai.” Dengan menyelaras promosi mereka mengikut kempen besar Shopee, Arwaafood memaksimumkan keterlihatan dan kadar pembelian semasa waktu puncak.

Ketika Shopee 5.5 Festival Fesyen & Kecantikan baru-baru ini, strategi ini menghasilkan peningkatan pesanan sebanyak 144% dari hasil gabungan penstriman langsung harian, pakej strategik, dan baucar pada waktu strategik. Menariknya, usaha dari ahli affiliate Shopee menyumbang lebih 40% daripada jumlah pesanan yang membuktikan kemampuan mereka dalam menukar minat kepada tindakan. 

JK Biscuits: Dari Gerai Buah ke Kejayaan Dalam Talian

Inovasi tidak terhad kepada produk makanan berpek. Di Bidor, Perak, Madam Lai Nyuk Ling dari JK BISCUITS membuktikan bagaimana penjual hasil tani boleh berinovasi melangkaui gerai tradisional melalui e-dagang dan penglibatan digital. Perniagaan buah-buahan yang bermula secara sederhana ini kini berkembang menjadi kedai dalam talian yang menghantar jambu batu dan buah naga segar ke seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.

Cabaran terbesar bagi Madam Lai ialah bagaimana untuk membawa pengalaman memilih buah secara fizikal, yang biasanya melibatkan deria dan sentuhan, ke dalam ruang dalam talian. Shopee Live menjadi platform utama beliau untuk melakukannya. Dengan memotong buah secara langsung semasa siaran dan menunjukkan proses pembungkusan, beliau memberi gambaran telus tentang kualiti dan perhatian yang diberi pada setiap pesanan. “Pelanggan tahu dengan jelas apa yang mereka akan terima,” katanya. Interaksi masa nyata ini membantu meningkatkan keyakinan terhadap kesegaran, kemanisan dan kualiti buah-buahan yang dijual.

Pendekatan interaktif ini bukan sahaja meyakinkan pelanggan, malah turut menghasilkan keputusan perniagaan yang ketara dengan jualan mencecah sehingga RM4,000 sehari melalui sesi Shopee Live. Kejayaan Madam Lai turut memberi inspirasi kepada komuniti setempatnya untuk meneroka dunia e-dagang, membuktikan bahawa penjual hasil tani tradisional juga boleh menggunakan teknologi digital untuk membina kepercayaan dan berhubung secara bermakna dengan pengguna moden.

Hollywood MotorSport: Membawa Kepakaran Luar Talian ke Platform Dalam Talian dan Meluaskan Kecapaian Pelanggan

Sektor tradisional seperti automotif juga menemui cara berkesan untuk berkembang dengan menggabungkan kepakaran kedai fizikal bersama sentuhan digital. Hollywood MotorSport, nama yang dipercayai dalam penjualan alat ganti dan aksesori motosikal menggunakan Shopee untuk menyalurkan pengalaman servis peribadi kedai fizikal kepada pelanggan dalam talian di seluruh negara.

Menerusi Shopee Live, mereka mencipta semula pengalaman rundingan secara bersemuka dengan menunjukkan cara pemasangan produk secara langsung, menjawab soalan pelanggan, dan membuat perbandingan visual untuk membantu pembeli membuat keputusan tepat. Kandungan Shopee Video pula menjelaskan ciri-ciri produk yang rumit dengan cara yang mudah difahami menjadikan pembeli kali pertama lebih yakin.

“Dari dahulu lagi, kami amat menitikberatkan layanan peribadi kepada pelanggan di kedai fizikal kami. Sekarang kami boleh tawarkan pengalaman yang sama kepada lebih ramai pelanggan dalam talian,” kata Simon Tan, Pengarah Hollywood MotorSport. “Shopee membantu kami berkembang melangkaui trafik fizikal melalui pemasaran affiliate, data, dan interaksi masa nyata. Kini, kami mencipta perkembangan baharu tanpa perlu mengorbankan operasi sedia ada kami di kedai fizikal.”

Pendekatan hibrid ini membuahkan hasil. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, mereka mencatat momentum yang kukuh menerusi penstriman langsung dan usaha ahli affiliate. Setiap bulan, hampir 1 dalam 5 pesanan bulanan diperoleh melalui ahli affiliate, yang dimana apabila digabungkan dengan pesanan melalui penstriman langsung, ianya menyumbang hampir suku daripada jumlah keseluruhan pesanan bulanan. Kandungan Shopee Video juga mencatat peningkatan sepuluh kali ganda dari segi penglibatan yang membantu pembeli memahami produk rumit seperti kit brek atau alat gantung (suspension parts) motor. Ianya bukan sahaja memacu jualan, malah turut mengukuhkan reputasi Hollywood MotorSport sebagai kedai pakar yang dipercayai untuk keperluan automotif. 

Shopee Syokong Jualan Bijak

Di sebalik semua kisah kejayaan ini ialah komitmen Shopee untuk memperkasa peniaga tempatan dengan alat dan data perniagaan yang mereka perlukan untuk mengadaptasi ke landskap e-dagang yang berubah-ubah ini. 

“Peniaga Malaysia kini lebih bijak dalam cara mereka memasarkan dan berhubung dengan pembeli,” kata Tan Ming Kit, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia. “Mereka tidak hanya bersaing dari segi harga, tetapi menumpukan kepada nilai sebenar melalui inovasi dan penglibatan yang tulen. Kami menyokong mereka dengan data dan alat untuk merancang pendekatan tersendiri, membina hubungan jangka panjang dan berkembang secara berterusan lalu membentuk ekosistem e-dagang yang lebih sihat untuk semua.”

Sama ada Arwaafood yang berkongsi kisah di sebalik ramuan semula jadi mereka, JK Biscuits yang membawa pengalaman membeli buah secara langsung ke dalam talian, atau Hollywood MotorSport yang memberi panduan langkah demi langkah tentang produk automotif, para peniaga ini menunjukkan bahawa nilai bukan sekadar nombor. Ia tentang pendekatan inovatif yang membina hubungan bermakna dengan setiap transaksi. 




Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. 26 year old. Actuarial Science graduates. Full time employee of private sector. Click my picture to my Instagram.

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Bila Spotify Mula dan Bagaimana Ia Menjadi Gergasi Penstriman Muzik Dunia
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Bermalam di Purple Cube @ Lumut Cube Homestay Kontena Lumut, Perak
  • ABAM KIE : The Man of The House
    My Nostalgic Souvenirs from University of Malaya – A Shopee Find
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Untuk Bantu Rakyat Malaysia Dapatkan Tawaran Terbaik Kempen 7.7
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2025 (5)
    • ▼  June 2025 (2)
      • Acara Terbesar Shopee Himpunkan 2,000 Affiliate Un...
      • Penjual Tempatan Berinovasi Dalam Landskap E-Dagan...
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates