Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum,

Alhamdulillah selepas seminggu politik negara kita terumbang-ambing, dan hari ini dah dimuktamadkan dengan pengisytiharan Perdana Menteri Ke-8. Sebagai rakyat, ye kita ada hak untuk bersuara tapi adalah lebih baik kita terima dahulu apa pun keputusan dari Yang Dipertua Agong.

Ada kawan saya kata, "bila kita taksub memang kita tak boleh nak terima keputusan dengan hati yang terbuka. sebagai rakyat biasa, kita tetap kena beri sokongan kepada pemimpin yang dipilih walaupun itu bukan pilihan kita."

Jangan sampai menghina Agong. Berita tadi dah jadi kes polis akibat hina Agong di media sosial.


Dan.. Sudah-sudah la sebar berita palsu. Tak pasti jangan kongsi. Pihak kerajaan tak ada keluarkan apa-apa kenyataan yang menyatakan cuti umum pada esok hari.

Penafian Pengisytiharan Cuti Umum Pada Hari Isnin, 2 Mac 2020

Aku lain la. Cuti umum ke tak, aku tetap cuti hehe. Esok memang takde kelas. Tapi siap la Selasa sampai Jumaat jadual packed :')
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum


Jawab soalan ini: Apa yang anda tahu tentang Muamalat dalam Perbankan?

Tak berapa sure sangat. Tapi ni sama kan dengan Islamic Banking kan? Ke lain. Kalau sama, perbankan tu mestilah shariah compliance. Segala proses dalam perbankan tu semua kena patuh shariah. Bukan conventional. Sebagai muslim, kita digalakkan buat urusan jual beli/perbankan berpandukan shariah. Elakkan perkara yang syubhah. 

Further details tak sure la. Cuma dulu masa belajar subjek bisnes, pernah la diterangkan perbezaan perbankan islam dan konvensional ni tapi ingat-ingat lupa. Yang penting, beza paling utama dia shariah compliance tu lah. Hehe betulkan kalau ada tersilap. 

Tempoh segmen: 20/2/2020 hingga 30/3/2020   
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum,

Semester baru dah start. Dah semester 6 gais, nanti sem 7 pastu intern pastu habis. Kejap je rasa. Okay bukan itu aku nak ulas.


Bila masuk sem baru ni, memang kena kembali kepada fitrah la gittew, kena start berjimat, start kurangkan makan. Jadi, aku mulakan sem ni dengan beli barang kat Shopee. Tambahan pula, duit pinjaman dah masuk hehe.

Aku ada pergi supermarket dekat-dekat rumah sewa aku ni. Ye aku memang jenis fikir tiga empat kali untuk beli sesuatu barang tu, dan pastinya aku kena compare dulu banyak tempat. Nak jadikan cerita, lepas dah pusing supermarket tu. Last-last aku cuma beli satu keperluan asas ja iaitu air mineral.


Tengah-tengah bosan pulak, aku scroll shopee. Tengok shocking sale, wow banyak jugak barang murah. Tapi macam bukan keperluan sangat pun. Last-last nampak ada ShopeeMall yang jual macam barang dapur dengan sabun. Dan yang aku suka lagi sebab ada free shipping untuk pembelian atas RM 40, dan penghantaran 24 jam bagi kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka. Pastu, aku tak fikir panjang, terus scroll-scroll Shopee Mall tu sambil add to cart. Jadi, dapat la barang-barang ni. Total harga semua barang ni RM41.38

Semuanya di beli kat Shop atas ni. Klik ke shop.


First, aku usha shocking sale dulu. Tengok Maggi ayam RM 1.75 je. Murah la tu. Aku tak gemar sangat tapi boleh jela makan perisa ayam ni. So boleh la buat stok bila sesak takde duit nanti.
Harga asal RM4.75 jadi RM1.75

Pastu teruskan cari toiletries dengan sabun basuh. So, aku beli sabun mandi, sabun basuh, downy dengan mouthwash. Tapi still tak cukup RM40 sebab nak dapatkan free shipping
Harga asal RM4.90 jadi RM3.90
Harga asal RM6.51 jadi RM5.61
Harga asal RM8.68 jadi RM7.80
Harga asal RM2.99 jadi RM2.84

Pastu aku start la add to cart jajan-jajan, aku beli pringles yang macam rare sikit, maggi cup yang baru ni jugak dengan susu. Kisahnya masa add to cart tu, aku dah tambah coco crunch mini tu, murah jugak la dalam RM2 je, tapi bila nak bayar, katanya coco crunch tu dah habis stok. Pastu aku beli susu saje, dua kotak pulak tu.
Harga asal RM4.74 jadi RM3.88
Harga asal RM2.06 jadi RM1.80
Harga asal RM6.20 jadi RM4.72

Aku tambah biskut ape ni. Bagi aku tak berbaloi, sebab biskut ni kecik je tapi harga RM2 lebih. Tapi sedap je rasanya, tapi tak puas la dengan RM2 lebih tu. Dah la aku pegi beli benda ni dua, dah jadi RM5 untuk benda yang tak mengenyangkan ni.

Harga asal RM2.60 jadi RM2.47
Harga asal RM19.90 jadi RM0.75

Last sekali, aku tambah washing machine cleaner ni sebab tak sampai RM1. Lagipun washing machine rumah sewa ni tak pernah cuci, so nak try la. Tapi tak reti nak pakai, dahla tulisan jepun je semua. Kena cari tutorial dalam youtube ni hahaha

Pandai abang tu sorokkan kotak ni. Btw ye compound rumah sewa aku memang semak ya amat. Rumah bujang kan.
Secure ye. Takde damage walaupun maggi dengan biskut tu senang pecah, tapi selamat tak pecah langsung.

Lastly, aku puas hati la sebab box ni secure sangat. Dan abang shopee express tu pun baik je. Aku takde kat rumah, dia tinggalkan je kat celah-celah yang tersorok sikit. Cuma 24-hour delivery tu tak la betul-betul 24 jam. Actually 2 hari baru sampai. Tapi okey la, sebab free delivery kan. Sekian.

Berbelanjalah dengan berhemah. Pesanan untuk diri sebenarnya tu hahaha
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments



SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI bermula dari saat ini, 12.00 tengahari 24 February 2020 sehingga 11.59 malam 24 March 2020. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput join. 4 pemenang bertuah dicari.
Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Ombak Bergigi dan Follow Instagram @ombakbergigi 
  1. Buat entri bertajuk SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
  2. Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen 
  5. Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 24 March 2020.
  6. Pemilihan pemenang akan berpandukan En.Random.org atau terpulang kepada OM jika tiba-tiba rajin nak pilih secara manual.

JAWAPAN UNTUK SOALAN 2:
Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?

Januari tahun ni rasa lama sangat kan. Daripada aku start final exam, cuti sem, buat part time masa cuti sem.

Awal bulan Januari tu kat universiti, tak ceria sangat sebab asyik kena study je haha. Tapi bila dengan kawan-kawan kat sini, Alhamdulillah perjalanan study dan exam tu semua smooth je. Makan sama-sama, study sama-sama.

Pertengahan bulan Januari start cuti sem. Mesti paling ceria hari-hari. Sebab bangun pagi tengok muka mak, mak masakkan nasik, pastu free. Cuti sem lepas memang bahagia je. Makan tidur je. Pastu ada beberapa part time event yang aku join. Memang tak berapa best sangat, tapi bila dapat gaji tu peh ceria balik. 

Sekarang dah back to reality, dah masuk semester baru. Masih mencari mood belajar lagi. Haa btw impact keceriaan bulan Januari tu, aku naik berat 3kg gais haha. Bahagia mak masak sedap sangat :'D


GIVEAWAY TAMAT PADA 24 MARCH 2020.
Share
Tweet
Pin
Share
10 comments
Assalamualaikum


Dah seminggu berlalu cewah. Nak sambung perjalanan hari kedua kat Langkawi. Yang belum baca perjalanan hari pertama, boleh tengok kat sini - Trip Bajet Langkawi 2020 - Day 1.

Kami start pagi dengan sarapan dulu. Mama dah siap bawak bekal dari rumah, roti canai instant dengan ayam masak merah. Lepas dah kenyang semua, kami start dengan pergi island hopping. Untuk nak ke jeti, boleh pilih untuk van datang ambil kat hotel ataupun pergi sendiri. Kami pilih nak pergi sendiri sebab takut terkejar-kejar pulak nanti.


Pukul 9.30 start naik bot. Island hopping ni macam biasa lah. Ada 3 tempat akan pergi, Pantai Beras Basah, Eagle Feeding dan Tasik Dayang Bunting. Harga untuk package yang kami ambik ni RM40. Beli dekat Shopee, package ni ada sekali dengan Cable car jadi RM80, dan ada free entrance muzium upside down.
Jangan percaya aku flawless macam tu haha. Effect camera je tu

Pantai Beras Basah
Pantai Beras Basah ni tempat untuk mandi. Hati-hati, monyet di mana-mana. Kami dahla siap bawak nasik semua. Nasib baik, dah siap makan apa semua baru sekumpulan monyet datang serang haha. Pantai sini bersih. Tapi tak la bersih perfect sangat tapi still boleh la untuk mandi. Lepak sini 45 minit.

Eagle Feeding
Lepas tu, naik bot pastu pergi satu spot untuk eagle feeding. Memang banyak la helang dekat sini. Sini kejap ja dalam 5-10 minit camtu ja.


Selesai eagle feeding, sambung pergi Pulau Dayang Bunting pulak. Untuk masuk dayang bunting ni kena bayar RM3 pulak.
Dapat tag tu baru boleh masuk tasik dayang bunting
Sini kena panjat tangga sikit la. Dalam tasik tu, ada aktiviti lain jugak boleh buat. Ada pakej life jacket + Kayak + Swan Paddle harga RM10. Kami ambik jugak la pakej tu sebab dah alang-alang datang kan.
First time kayak. Best weh! Tak puas.
Swan Paddle. Yang ni tak best haha. Paddle dia karat pastu susah nak kayuh.
Lepas tu kami mandi tasik dia. Yang tu takda gambar. Aku ni tak reti berenang. Jadi takut nak turun tasik tu haha. Pastu gigih jugak turun pelan-pelan. Best pulak. Dah taknak naik lepas tu haha. Kami ada masa sejam ja untuk buat aktiviti semua tu, memang tak puas lah dan macam agak rushing. Nanti kalau datang lagi, nak ambik life jacket je (RM5) pastu mandi tasik tu je. Kayak dengan paddle tu tak payah la haha

Dah selesai semua tu dalam pukul 2 camtu. Kitorang balik ke homestay balik. Mandi, rehat kejap. Petang dalam pukul 4 lebih camtu. Kami pergi Upside Down pulak.

Eh nama dia Upsidow.
Tiket masuk tu RM18. Tapi kami dapat free je sebab package RM80 (Island Hopping + Cable Car) free tiket Upsidow ni. Beli kat Shopee. Sebelum nak booking tu, compare dulu antara Shopee, Lazada, Klook, Traveloka ataupun walk-in.

Dalam Upsidow ni, untuk yang suka bergambar sesuai lah. Sebab banyak jugak figura dalam ni. Tapi macam aku yang tak berapa suka nak bergambar muka sendiri ni, aku rasa tak berbaloi lah kalau kena bayar RM18 untuk masuk ni.

Mama 'paksa' bergambar jugak. Kita ikutkan jelah haha
Lepas dah bosan dalam Upsidow ni, kami pergi Dataran Lang pulak. Baru lepas hujan. Dari pagi kami island hopping tu cuaca mendung. Petang baru hujan. Alhamdulillah.


Makan aiskrim dulu. Pastu bergambar. Lepas bergambar tu, kitorang pergi pasar basah untuk masak-masak pulak. Mama aku ni sejenis yang susah nak makan makanan luar, so kami masak-masak jelah. Buat telur asam viral tu, tapi tak beli asam. Sebab tu tak tangkap gambar. Tapi still sedap sebab lapar. Malam tu tak keluar mana. Tidur awal. Selesai hari kedua.


Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • ABAM KIE : The Man of The House
    Masjid: Tempat Menenangkan Hati yang Sarat Dengan Ujian Dunia
  • Syazni Rahim Blog
    Apa Itu Micellar Water Wipes?
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates