TAMHIDI ? Apa tu?

by - Sunday, May 07, 2017



Tengok tajuk tu. TAMHIDI ? Apa tu? Haa okay sini aku nak bagitau, Tamhidi tu perkataan arab yang maksudnya Persediaan. Benda ni ada kat usim (to be clearer, tamhidi tu ASASI laa)

Sini aku nak share sikit pengalaman aku setahun belajar kat Tamhidi USIM ni. Okay kalau taktahu, USIM is Universiti Sains Islam Malaysia, located in Nilai, Negeri Sembilan. *saja nak habaq dgn spesifik sebab banyak org taktau USIM tu universiti apa? kat mana?*

Aku nak cerita ni sbb memandangkan bebudak SPM 2016 tak lama lagi keluaq result UPU kan. So, kalau dapat Tamhidi, firsty congrats ! Mcam kat tempat-tempat belajaq lain, mesti ada 'pros and cons' dia kan. So far aku rasa okay ja dok sini. Cuma ada la certain benda tak puaih hati sikit HAHAHA.


SILIBUS

Ok, FYI aku ambik course Sains dan Teknologi kat sini. *ingatkan Sains Teknologi dh takdak bio* rupanya sains teknologi tu nak bagi sedap nama ja. Dia sama ja mcm Asasi Sains Uni lain. Firstly, nak share sikit subjek apa aku blajaq setahun kat sini. Ok setahun belajar kat sini, ada 2 sem basically.

Sem satu kami belajaq :
1) Mathematics I
2) Biology I
3) Physics I
4) Chemistry I
5) English I (Speaking Listening)
6) English II (Reading Writing)
7) Bahasa Arab
8) Quranic and Hadith in Science

Sem dua pulak :
1) Mathematics II
2) Biology II
3) Physics II
4) Chemistry II
5) English III (Speaking Listening)
6) English IV (Reading Writing)
7) Bahasa Arab
8) ICT

* haa pointer sem mmng dia kira kelapan-lapan subjek. Dia tak mcm some other uni / matrik yg ambik certain subjects je utk pointer.
* tapi lek je. drpd 8 subjek ni, 6 je yg masuk final. English I dgn English III tu assignments je smua, bahasa arab pulak lisan ja. Ada la kena debat, berlakon, buat video, dialog arab dan sebagainya. Subjek ni la nk tolong kita naikkan pointer sbarnya. Yg penting utk subjek mcmni, kna buat baik dgn lecturer.

KOLEJ KEDIAMAN

Okay, habis kat silibus, cerita pasal kolej. Nanti bebudak tamhidi akan duduk kat Kolej Kediaman Nilam Court (kolej paling jauh dgn kampus induk). Kolej ni actually flat/apartment (taktahu la) tapi best la sbb satu rumah tu dok 8 org, and selesa la rumah tu (rumah ok, bukan bilik) . Jgn risau, ada ja bas tiap hari pegi kelas. TAPI, isu bas ni yang ramai kami tak puaih hati HAHAHA. (dah kolej kami paling jauh tapi bas kami paling jarang ada) and sbgai lelaki, lagi tak puaih hati. Bas dh la jrg ada, bila ada, ladies first. K.


Sadly, batch kami yg terakhir boleh bawak kenderaan pegi kolej and kampus (kereta dgn moto) , start batch 2017/2018 dah takleh bawak kereta, motor tak pasti boleh ka tak bawak.


KAMPUS BARAKAH

Sebabkan universiti ini mmng Islamik habis, so hg jarang la nak jumpa sosial. Alhamdulillah la baiah solehah masih terjaga. Sem satu hgpa kat sini, mmng study ja all time sbb time sem satu, bebudak degree cuti and mcm takdak aktiviti yg best ada. sem dua best sikit, ada sukan tamhidi, sukan kolej, sukan fakulti, pastu bnyakla aktiviti usim buat time sem dua ni.

Tambahan : Once an usimian, forever an usimian. So bila hg dah masuk tamhidi, hg dah takleh pindah IPTA lain utk degree. *ada ja cara dia nk pindah tapi sulit sikit, aku pun taktau camana* , kalau nak pindah IPTS bolehlaa.


PAKAIAN

Kalau perempuan, pakai jelah apa pun asalkan menutup aurat *stokin jgn tak pakai, aurat tu* .
Lelaki pulak, hari biasa pakai kemeja *tshirt takleh*. hari rabu pakai baju korporat (optional) , jumaat baju melayu (optional jugak) .


nota kaki : pointer sem satu hancur hancur akuuuu, harapnya pointer sem dua ni better la. doakan.
and doakan jugak aku berpeluang sambung degree dlm course pilihan aku. (antara actuarial science, financial mathematics dgn applied physics)




You May Also Like

3 comments

  1. Semoga berjaya dan teruskan berusaha. InsyaAllah pasti dpt apa yg di impikan.

    ReplyDelete
  2. Good info on Tahmidi!

    www.lakiterok.com

    ReplyDelete