Assalamualaikum,
Wah kawasan Nilai dah masuk hari kedua yee IPU melebihi 200. Sejak semalam sekolah-sekolah dah ditutup, tapi harini baru uni saya ditutup sehingga esok. Pastu dah alang-alang kelas Jumaat batal, kita balik kampung kejap lah hehe. Asalnya nak balik last week, tapi tiket habis. So sekarang ni bukan musim cuti, banyak je tiket.
Awal-awal ni boleh la nak rilek dulu, nanti dah pertengahan ke hujung semester tu.. Sakit la nak kena ganti kelas balik aisehh. Tadi sebelum balik dari Nilai, Alhamdulillah sempat hujan sekejap walaupun bacaan IPU macam tak berubah sangat pun.
Dah sampai Pulau Pinang ni tengok-tengok sama je jerebu nya, tapi tak teruk sangat kot sebab belah Butterworth ni tak seteruk belah pulau. Apa-apa pun, jaga-jaga ya dalam buat apa-apa aktiviti pun. Pakai mask bila keluar, banyakkan minum air masak untuk kekal hidrat :)
Bye.
2 comments
sama-sama jaga kesiahtan di musim jerebu teruk ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat balik kampung. Semoga jerebu ni cepat pergi...
ReplyDelete