Trip Bajet Langkawi 2020 : Day 2

by - Tuesday, February 25, 2020

Assalamualaikum


Dah seminggu berlalu cewah. Nak sambung perjalanan hari kedua kat Langkawi. Yang belum baca perjalanan hari pertama, boleh tengok kat sini - Trip Bajet Langkawi 2020 - Day 1.

Kami start pagi dengan sarapan dulu. Mama dah siap bawak bekal dari rumah, roti canai instant dengan ayam masak merah. Lepas dah kenyang semua, kami start dengan pergi island hopping. Untuk nak ke jeti, boleh pilih untuk van datang ambil kat hotel ataupun pergi sendiri. Kami pilih nak pergi sendiri sebab takut terkejar-kejar pulak nanti.


Pukul 9.30 start naik bot. Island hopping ni macam biasa lah. Ada 3 tempat akan pergi, Pantai Beras Basah, Eagle Feeding dan Tasik Dayang Bunting. Harga untuk package yang kami ambik ni RM40. Beli dekat Shopee, package ni ada sekali dengan Cable car jadi RM80, dan ada free entrance muzium upside down.
Jangan percaya aku flawless macam tu haha. Effect camera je tu

Pantai Beras Basah
Pantai Beras Basah ni tempat untuk mandi. Hati-hati, monyet di mana-mana. Kami dahla siap bawak nasik semua. Nasib baik, dah siap makan apa semua baru sekumpulan monyet datang serang haha. Pantai sini bersih. Tapi tak la bersih perfect sangat tapi still boleh la untuk mandi. Lepak sini 45 minit.

Eagle Feeding
Lepas tu, naik bot pastu pergi satu spot untuk eagle feeding. Memang banyak la helang dekat sini. Sini kejap ja dalam 5-10 minit camtu ja.


Selesai eagle feeding, sambung pergi Pulau Dayang Bunting pulak. Untuk masuk dayang bunting ni kena bayar RM3 pulak.
Dapat tag tu baru boleh masuk tasik dayang bunting
Sini kena panjat tangga sikit la. Dalam tasik tu, ada aktiviti lain jugak boleh buat. Ada pakej life jacket + Kayak + Swan Paddle harga RM10. Kami ambik jugak la pakej tu sebab dah alang-alang datang kan.
First time kayak. Best weh! Tak puas.
Swan Paddle. Yang ni tak best haha. Paddle dia karat pastu susah nak kayuh.
Lepas tu kami mandi tasik dia. Yang tu takda gambar. Aku ni tak reti berenang. Jadi takut nak turun tasik tu haha. Pastu gigih jugak turun pelan-pelan. Best pulak. Dah taknak naik lepas tu haha. Kami ada masa sejam ja untuk buat aktiviti semua tu, memang tak puas lah dan macam agak rushing. Nanti kalau datang lagi, nak ambik life jacket je (RM5) pastu mandi tasik tu je. Kayak dengan paddle tu tak payah la haha

Dah selesai semua tu dalam pukul 2 camtu. Kitorang balik ke homestay balik. Mandi, rehat kejap. Petang dalam pukul 4 lebih camtu. Kami pergi Upside Down pulak.

Eh nama dia Upsidow.
Tiket masuk tu RM18. Tapi kami dapat free je sebab package RM80 (Island Hopping + Cable Car) free tiket Upsidow ni. Beli kat Shopee. Sebelum nak booking tu, compare dulu antara Shopee, Lazada, Klook, Traveloka ataupun walk-in.

Dalam Upsidow ni, untuk yang suka bergambar sesuai lah. Sebab banyak jugak figura dalam ni. Tapi macam aku yang tak berapa suka nak bergambar muka sendiri ni, aku rasa tak berbaloi lah kalau kena bayar RM18 untuk masuk ni.

Mama 'paksa' bergambar jugak. Kita ikutkan jelah haha
Lepas dah bosan dalam Upsidow ni, kami pergi Dataran Lang pulak. Baru lepas hujan. Dari pagi kami island hopping tu cuaca mendung. Petang baru hujan. Alhamdulillah.


Makan aiskrim dulu. Pastu bergambar. Lepas bergambar tu, kitorang pergi pasar basah untuk masak-masak pulak. Mama aku ni sejenis yang susah nak makan makanan luar, so kami masak-masak jelah. Buat telur asam viral tu, tapi tak beli asam. Sebab tu tak tangkap gambar. Tapi still sedap sebab lapar. Malam tu tak keluar mana. Tidur awal. Selesai hari kedua.


You May Also Like

1 comments

  1. Permisi Ya Admin Numpang Promo | www.fanspoker.com | Agen Poker Online Di Indonesia |Player vs Player NO ROBOT!!! | Kesempatan Menang Lebih Besar,|| WA : +855964283802 || LINE : +855964283802

    ReplyDelete