Akhirnya Survived Minggu Ke-14 Kuliah, Minggu Paling Stress

by - Thursday, August 06, 2020

Assalamualaikum,


Lama betul tak update blog ni walaupun ada juga kadang tu tengok-tengok blog ni. Minggu 14 dah nak habis. Alhamdulillah survive jugak la semester online ni. Sem ni challenging tu luar biasa betul. Dengan buat proposal, term papernya lagi. Semua tu tak diajar dgn details, banyak tengok google je. Online class ni Mr Google ni cikgu terbaik sekali hahaha. Nak stress pun sorang-sorang, seronok habis exam dan siapkan assignment pun sorang-sorang. Kalau dulu mesti tengah stay up sama-sama member sambil singgah McD la Family Mart la untuk dapatkan mood study tu hahaha. 

Yang bestnya sem ni sebab takda final exam. Tak perlu lah sangat nak study nak hafal formula yang banyak giler. Setakat ni, semua assignment dan test yang individu semua dah siapkan so kita self-reward sikit dengan minum air mahal sikit hahaha pastu Sabtu ni pegi tengok wayang. Semuanya pun free of charge, hasil menang giveaway dari Instagram dan Facebook. 
Tak reti minum starbucks ni, barista tu promote kita ikut je sekali mahai nak. Nasib cukup duit dalam kad tu.

Dua minggu ni memang tiap hari ulang alik pergi library dekat rumah ni sebab nak jimat duit nak topup beli data. Buat assignment atau study dekat library ni feeling lain macam sikit baru semangat nak siapkan. Alhamdulillah semua siap sebelum due date. 
Lepas ni boleh datang sini lagi untuk wifi lajuuu hahah

Lepas ni nak blogwalking balik untuk yang komen kat post segmen sebelum2 ni. InsyaAllah harap rajin hehehe. 

Sekarang nak kena fikir cuti semester sebulan lebih ni nak buat apa pulak. Harap ada kerja part time nak kumpul duit bayar hutang ni hehe. 
Terimalah muka survived week14. Jangan lupa pakai mask gais hehe :)

You May Also Like

3 comments