Sale Shopee 2.2: Borong Buku Fixi Serendah RM1.50

by - Saturday, February 19, 2022

 Assalamualaikum

Sempena tahun baru 2022, aku menanam semangat dan azam yang lebih berkualiti. Selain untuk sihat dan dapatkan perut yang flat, aku berazam jugak untuk banyakkan membaca. Sebenarnya aku dah mula berjinak balik dengan membaca buku sejak tahun lepas lagi. Tapi belum konsisten, jadinya harap tahun ni dapat konsisten. Dan aku masih mencari genre yang aku suka untuk membaca. 


Nak dikaitkan pula Shopee Sale 2.2 haritu, aku jenguk balik troli Shopee aku. Banyak jugak eh buku dah ada dalam cart tu. Nak check out terus tapi banyak lagi yang terbaca dekat rak buku tu. Tetiba teringat yang buku Fixi haritu pernah jual buku dengan harga RM2. Aku pun terus usha kedai Buku Fixi dekat Shopee. Dan rezeki, memang diorang tengah sale! Aku pun tanpa berfikir panjang, terus add to cart!

Kesudahannya, aku beli 9 buah buku! Harga dari RM1.50 ke RM3.50 sahaja sebuah! Murah giler. Aku sempat jugak update dekat Instagram Stories aku pasal ni, dan ramai jugak kawan aku yang tanya. Tapi malangnya sale diorang tamat pukul 12 tgh malam haritu. Aku borong 9 buku ni harga tak sampai RM30 pun. 

Tengok sendiri lah range harga buku dia hehe


Rupa-rupanya buku-buku ini dijual murah sebab tak ada sambutan hangat. Buktinya, dekat posting Instagram @bukufixi, diorang umumkan beberapa buku terbitan mereka akan dilupuskan. Sedih jugak tengok industri cetak makin hari makin tiada sambutan sebab ramai dah mengalih arah ke buku elektronik (e-book). 

Legit sebab sampai dalam keadaan yang memang terbaik!

Kalau aku sendiri, bab membaca ni lagi suka baca dari kertas ke kertas sebab lagi puas. Dan yang penting kurang gangguan! Kalau baca dari phone atau laptop, banyak je gangguan nak kena lalui hahaha.


Kembali kepada Fixi tadi, aku dah pun terima semua buku-buku tersebut! Pantas ya. Sepatutnya 3 hari je dah sampai, tapi J&T main pusing-pusing dalam Penang ni so 5 hari baru sampai. Tapi aku tetap berpuas hati. Ini kali kedua sebenarnya aku beli dari Shopee Buku Fixi. Jom follow Shopee dan Instagram @bukufixi untuk nak tahu promosi terbaru! 

Okay bye. Tunggu nanti aku review satu-satu buku yang aku beli ni. InsyaAllah.

Klik > Shopee Buku Fixi

Klik > Instagram Buku Fixi

You May Also Like

1 comments

  1. Lendu tu letih sikit kalau membacanya nanti. Haha..happy readings!

    ReplyDelete