Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Reading slump. Jika diterjemah ke dalam Bahasa Melayu membawa maksud kemerosotan membaca. Secara ringkasnya ia adalah keadaan yang di mana kita mula rasa tidak bersemangat dalam membaca.Sama seperti aktiviti seharian yang lain, membaca juga ada naik turunnya. Ada kalanya sebuah buku dapat dihabiskan pembacaan dalam masa sejam dan ada kala yang lain, sebuah buku boleh mengambil masa sehingga berbulan-bulan untuk...