Drama: Twinkling Watermelon (English title) / Sparkling Watermelon (literal title)
Revised romanization: Banjjakyineun Watermelon
Hangul: 반짝이는 워터멜론
Network: tvN / Viu
Jumlah Episod: 16
Tarikh tayangan: September 25 - November 14, 2023
Barisan Pelakon: Ryeo Un, Choi Hyun Wook, Seol In Ah, Shin Eun Soo
Sinopsis:
Drama ini mengenai seorang pelajar sekolah, Ha Eun Gyeol (Ryeo Un) yang datang dari keluarga yang mempunyai masalah pendengaran (pekak). Dia sempurna fizikal manakala ibu, bapa dan abangnya pekak. Datang dari keluarga yang serba kekurangan, Eun Gyeol tetap menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga berbakat dalam bermain gitar yang melayakkan dia menyertai sebuah band. Namun, ayahnya tidak bersetuju untuk dia menyertai band dan berharap anaknya itu menjadi seorang doktor.
Pada suatu hari, rahsianya menyertai band diketahui ayahnya dan mereka bertengkar. Tiba-tiba, dia menjumpai sebuah kedai alat muzik misteri dan tiba tiba juga dia tiba di suatu tempat lain. Ketika menyedari tempat tersebut adalah tahun 1995. Time travel. Pada tahun itu, Eun Gyeol bertemu Ha Yi Chan (Choi Hyun Wook), Choi Se Gyeong (Seol In Ah) dan Yoon Chung Ah (Shin Eun Soo). Rupa-rupanya Yi Chan dan Chung Ah adalah ibu bapanya ketika berumur 18 tahun dan ketika itu Eun Gyeol juga pada umur yang sama.
Ha Yi Chan dilahirkan sempurna, namun dia menjadi pekak selepas satu kemalangan. Eun Gyeol menyatakan hasrat untuk melindungi Yi Chan dari sebarang kemalangan supaya ayahnya kekal sempurna sehingga mereka kembali ke tahun 2023. Pada tahun 1995 juga Eun Gyeol dan Yi Chan bersama-sama rakan lain bersatu dalam satu band yang menampilkan Yi Chan sebagai frontman.
Seol In Ah sebagai Choi Se Gyeong / On Eun Yu |
Selain itu, Eun Gyeol sedar yang cinta pertama Yi Chan bukanlah Chung Ah tetapi Se Gyeong. Namun, kisah Se Gyeong agak lain dari yang benar terjadi pada tahun 1995. Eun Gyeol perlu berusaha lebih untuk memastikan Yi Chan dan Chung Ah bersatu sebagai pasangan. Namun Se Gyeong tetap berkeras untuk tetap menerima cinta Yi Chan (walhal kisah sebenarnya Se Gyeong menolak cinta Yi Chan).
Shin Eun Soo sebagai Yoon Chung Ah |
Personal View:
Lama ya tak tulis review drama kat sini. Tapi drama yang ini aku terasa nak tulis sebab aku menangis (haha) dekat episod 15 dan 16. (**spoiler: aku nangis sebab ingatkan Yi Chan takkan pekak sebab rancangan Eun Gyeol dan Se Gyeong dah berjaya dah, tapi ada unexpected scene yang menyebabkan kemalangan tu terjadi jugak. lagi sedih part nenek Yi Chan cakap dengan Yi Chan tapi Yi Chan tak boleh dengar.)
Pelakon semua best-best! Underrated. Paling sedih tengok muka Chung Ah walaupun tak bercakap tapi ekspresi muka dia saya suka :'(
Tapi jangan risau, tetap happy ending! Pengajaran yang aku belajar dari drama ni;
1. Kalau takdir telah tertulis, sebaik mana pun rancangan kita sebagai manusia, tetap tak boleh mengubah takdir.
2. 'When life gives you lemon, make lemonade'. Walaupun keluarga Eun Gyeol ditakdirkan serba kekurangan dari fizikal, mereka berjaya jugak dalam hidup sebab mereka ubah nasib mereka melalui cara semampu mereka.
3. Bahasa isyarat sangat indah. Walaupun tanpa telinga dan mulut yang baik, melalui bahasa isyarat, semua mesej masih boleh disampaikan dengan baik. (rasa macam nak belajar bahasa isyarat!)
Akhir sekali, tolong tengok drama ni dekat Viu, dah ada full episod dah :) Sangat recommended. 9/10.
0 comments