Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dokumentari “Shopee Rai Lokal” dilancarkan pada 14 Disember 2023 di Shopee Super Awards 2023, yang dilangsungkan di Majestic Hotel, Kuala Lumpur. Filem ini membawakan kisah tiga penjual tempatan yang telah menembusi halangan dalam talian dan mencipta kejayaan di e-dagang.
“Filem ini merupakan warkah cinta buat usahawan tempatan,” kata Ketua Pemasaran, Kenneth Soh. “Kami mahu membawakan kesedaran kepada pengguna tempatan bahawa di belakang setiap kedai dalam talian, terdapat ramai tanggungan dan komuniti yang disokong oleh penjual, dan dokumentari ini merupakan bukti kecerdasan, daya tahan, dan nilai murni mereka.”
"Shopee Rai Lokal'' mempertontonkan cabaran dan kejayaan yang membawa inspirasi dalam perjalanan penjual dalam mencari ceruk perniagaan dalam talian mereka. Filem ini mempertengahkan temubual bersama Edward Wong dari HomeDecoStore, Felicia Tan dari Mamami Shoppe, dan Mohd Zaid dari Lampu Cherita. Mereka berkongsi kisah peribadi mereka dalam menembusi halangan, bermula secara kecil-kecilan, dan mencipta kejayaan dengan sentiasa berkembang dalam bidang masing-masing.
Dokumentari ini yang julung-julung kali dilancarkan Shopee di Malaysia, diterbitkan dengan kolaborasi bersama Khairil M. Bahar, pengarah filem indie yang terkenal dengan filem Ciplak (2006), Relationship Status (2012), Cuak (2014) dan Kickflip (2020). Filem Khairil telah dipersembahkan di pelbagai festival filem, televisyen, dan rangkaian penstriman.
“Dengan perkongsian dokumentari ini, kami berharap ianya dapat memberi inspirasi kepada yang lain untuk mencapai impian dalam talian mereka. Kami juga memudahkan rakyat Malaysia untuk membeli lokal dengan meraikan penjual terbaik dan menceritakan kisah mereka,” kata Soh.
Shopee Super Awards 2023 merupakan anugerah industri e-dagang terunggul yang dilangsungkan secara tahunan di Kuala Lumpur, yang mempamerkan hubungan sinergi antara komuniti dalam talian dalam memacu keterangkuman ekonomi dalam e-dagang dan peranan Shopee sebagai platform yang membolehkan pemacuan ini. Majlis ini yang turut dihadiri oleh Ainul Aishah, Ceddy Ang, Dato' Jovian, Dato' Siti Nurhaliza, Dolla, Neelofa, Nuex Rosli, Zoey Rahman, dan ramai lagi meraikan kejayaan 100 jenama kegemaran, penjual tempatan dan bakat hebat dalam mencapai peningkatan jualan cemerlang dalam talian.
Pemenang anugerah cemerlang dalam e-dagang dengan mengambil bahagian dalam program peningkatan kemahiran Shopee, menyertai kursus percuma di Shopee Universiti, berhubung kenal dengan penjual lain di Shopee Seller Summit, menggunakan Shopee Marketing Solutions, mengambil bahagian dalam kelas pendidikan pempengaruh percuma, bertukar idea di Shopee House, dan mengembangkan jenama mereka melalui Shopee Live.
| Edward Wong dari HomeDecoStore |
Edward Wong, pengasas HomeDecoStore, terpanggil untuk menceburi bidang perniagaan apabila beliau terpaksa berhenti kerja sebagai instruktor penerbangan disebabkan pandemik COVID-19. Edward belajar sendiri setiap cara untuk mengendalikan perniagaannya. Edward meneroka pelbagai usaha niaga dalam talian sebelum menemui peluang unik apabila beliau bekerjasama dengan Pembantu E-dagang, Asmanissa Kamaruzaman: mini sejadah.
Cara Edward berhubung dengan pelanggan dalam Shopee Live melangkaui halangan budaya, membolehkan beliau untuk mengintegrasikan citarasa pelanggan kepada rekaan sejadahnya sambil menghormati sensitiviti agama. HDS Sejadah Muka telah menjadi produk terlaris HomeDecoStore dengan pesanan pukal diterima sehingga 10,000 helai dalam dua ke tiga minggu sesuai untuk majlis istimewa seperti kenduri. Buat Edward, sejadah merupakan penghargaan simbolik buat kepelbagaian budaya dan tradisi Malaysia.
“Saya mahu menunjukkan bahawa graduan baharu juga berusaha untuk mencapai kerjaya jangka panjang dengan bergantung kepada kuasa pemasaran dalam talian. Namun, kami masih dalam kategori penjual yang kurang dihargai berbanding syarikat terkemuka. Saya berharap kami mencetus perbincangan yang lebih meluas tentang bagaimana pengusaha tempatan diwakili di depan kamera.
Perjalanan setiap orang adalah sama penting dengan destinasi matlamat masing-masing, kita perlu menikmati perjalanan itu dan membuat penyesuaian terhadap apa jua yang bakal tiba. Sokongan dan pengiktirafan yang kami terima dari Shopee amat bermakna dalam kami menerima pesanan pukul dalam 200 ke 300 helai, dan anggaran 1,000 helai dalam seminggu. Kejayaan ini merupakan bukti kerja keras dan dedikasi pasukan kami,” Edward Wong, pengasas HomeDecoStore.
| Felicia Tan of Mamami Shoppe |
Pada 2008, Mamami Shoppe ditubuhkan sebagai sebuah penghormatan kepada arwah ibu Felicia Tan yang juga dikenali mesra sebagai "Mama," yang menanam penghargaan mendalam terhadap gaya hidup sihat kepada keluarganya. Diinspirasikan oleh tunjuk ajar Mama, Felicia memulakan misinya untuk berkongsi gaya hidup sihat menyeluruh kepada komuniti yang lebih meluas. Percubaan Mamami Shoppe menyertai e-dagang pada 2017 merupakan peristiwa penting dalam perjalanan perniagaan Felicia.
Dengan kewujudan di Shopee, syarikat ini mencipta akses kepada khalayak yang lebih meluas, membolehkan Felicia berhubung dengan pengguna yang mementingkan kesihatan dari seluruh Malaysia. Trajektori pertumbuhan syarikat ini digalakkan oleh cadangan mulut ke mulut positif pelanggan setia mereka. Terkini, Mamami Shoppe mengambil 50% pekerja wanita dan telah membawa impak positif kepada sara hidup lebih kurang 30 penduduk tempatan, 20 pembekal tempatan, dan tanggungan mereka.
“Dalam kehidupan masyarakat sekarang, sukar untuk kita mendengar cerita tentang tiga penjual tempatan, bukan? Saya rasa bertuah kerana pasukan Shopee yang penuh empati mendekati kami dan memperceritakan kisah perjalanan kami dalam perubahan perniagaan dari tradisional ke digital… Kami tidak menyediakan apa-apa, cuma bercerita kepada mereka dan mereka menemui keistimewaan kami,” kata Felicia Tan, pengasas dan pemilik Mamami Shoppe.
“Saya bersyukur kerana disokong oleh keluarga tercinta yang membolehkan saya berkembang dalam perniagaan yang hanya bermula dari rumah dalam saya menyeimbangkan kesibukan perniagaan dan hubungan keluarga. Terkini, kami telah berkembang sehingga memiliki enam gudang, dan kami berharap untuk terus berkembang kepada peluang baharu di Amerika Latin dan Timur Tengah pada masa hadapan,” tambah Felicia.
| Mohd Zaid (kanan) dari Lampu Cherita |
Setelah sembilan tahun mencari tujuan kerjaya sebenarnya, Mohd Zaid dari Lampu Cherita sentiasa memberanikan diri dan tidak berputus asa setelah beberapa kali mencuba untuk berniaga dalam talian sebelum menemui ceruk perniagaannya dalam mencipta lilin. Didorong oleh pemerhatian beliau yang menyaksikan rakyat Malaysia berbelanja ratusan ringgit untuk lilin pewangi, dan tiada pilihan yang lebih mampu milik dalam pasaran, Mohd Zaid mengasaskan Lampu Cherita. Dengan sokongan keluarga dan dua perkerja sambilan, mereka mencipta khas tuang tangan secara teliti 50 ke 100 lilin setiap hari dari rumahnya di Kajang. Walaupun Mohd Zais hilang inventori berharga disebabkan banjir dan kekangan wang yang memaksanya untuk beroperasi dari rumah, beliau kekal bersemangat, berinteraksi dengan pelanggan di Shopee sambil mengumpul maklum balas, dan mengambil pesanan khusus di Shopee Live. Tambahan lagi, beliau juga aktif berinteraksi dan menyokong penjual lain sebagai ahli Shopee Bintang.
“Ianya merupakan kuasa penceritaan. Saya mengambil masa beberapa tahun berfikir tentang kenapa perniagaan yang saya mulakan gagal sambil saya bekerja di Astro sebelum menemui ceruk perniagaan dalam talian dengan lilin. Saya telah mengalami banjir yang merosakkan inventori saya dan terpaksa menggunakan wang simpanan untuk bangun kembali. Saya faham erti menggunakan strim langsung dan penceritaan dalam talian untuk menempuhi masa sukar.
Ianya merupakan impian saya di mana setiap rumah di Malaysia dipenuhi dengan bauan wangian lilin Lampu Cherita,” kata Mohd Zaid, pengasas Lampu Cherita.
Shopee Rai Lokal merupakan sebuah siri kisah asli yang diceritakan dalam pelbagai saluran untuk meraikan penjual tempatan dan meningkatkan kesedaran untuk membeli lokal. Ianya merupakan sebahagian daripada komitmen Shopee untuk memacu keterangkuman pasaran yang lebih meluas dan menggunakan teknologi untuk membantu membina komuniti.
Dagangan strim langsung dan affiliate telah memacu keterangkuman pasaran lebih baik terhadap penjual dan bakat tempatan di platform Shopee pada 2023. Sepanjang tahun lalu, platform e-dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan ini menyaksikan rakyat Malaysia menonton strim langsung lebih 34 juta jam di Shopee Live dan berinteraksi dengan pempengaruh tempatan sebanyak 3.5 billion kali. Buat penjual yang mencapai lebih RM500,000 dalam jualan tahun ini, pesanan strim langsung mewakili 10 - 40% jumlah pesanan platform. Berbanding 2022, Shopee menyaksikan pesanan yang melibatkan affiliate meningkat 420%, dengan penglibatan lebih 20,000 ahli affiliate baharu dalam ekosistem Shopee.
“Ini menunjukkan kejayaan bermakna dalam perjalanan transformasi digital Malaysia. Trend ini telah merevolusikan cara rakyat Malaysia membeli-belah, belajar, dan berinteraksi dengan jenama yang mencipta landskap dalam talian dinamik dan interaktif. Ianya juga menunjukkan e-dagang kini lebih hiperlokal; rakyat Malaysia di platform kami memilih ahli strim langsung dan ahli affiliate tempatan, manakala penjual tempatan kami pula menaiktaraf kemahiran untuk menjadi lebih relevan dengan penonton mahir digital,” komen Kenneth Soh, Ketua Pemasaran di Shopee Malaysia.
| Konsert Shopee Live 9.9 Countdown Concert mengetengahkan hos dan bakat tempatan |
Strim langsung di mana penonton boleh membeli-belah dan integrasi lancar e-dagang terhadap sesi strim langsung telah menawan pengguna tempatan bak tua atau muda dengan membekalkan pengalaman membeli-belah berinteraktif dalam mereka mencari pelbagai jenis produk termasuk motorsikal, keropok lekor, coklat, barangan kemas, atau barangan dapur. 60% peminat Shopee Live membeli barangan kecantikan dan fesyen, 20% membeli barangan dapur dan produk bayi, 10% mencari peralatan rumah dan elektronik, sementara selebihnya membeli barangan automotif, sukan, dan aktiviti luar pada tahun lalu.
Perluasan Shopee Live kepada pasaran vertikal baharu telah membuka banyak peluang kepada penjual tempatan. 60% penjual Shopee Live terbaik dari segi jualan pada 2023 merupakan penjual dan jenama tempatan seperti PHINIX STORE, Momo House, Elgini Apparel, MYDIN, dan HABIB. Penjual tempatan bukan sahaja menggunakan fungsi lelong dan permainan interaktif di Shopee Live untuk memahami citarasa penonton dengan lebih baik tetapi mereka juga memanfaatkan sokongan yang boleh dipercayai daripada selebriti Malaysia seperti Elfira Loy, Najiah Hassan, Sherry Alhadad, Syamira Zahar, dan Zoey Rahman.
Jenama dan penjual Malaysia bekerjasama dengan ahli affiliate Shopee yang menghubungkan mereka dengan pelanggan tempatan, memberikan cadangan dan ulasan jujur, dan memacu trafik. Berdasarkan pesanan affiliate sepanjang 12 bulan yang lalu, pelanggan ahli affiliate Shopee kebanyakannya membeli barangan Rumah dan Gaya Hidup (30%), diikuti Kesihatan dan Kecantikan (25%) and Telefon dan Aksesori (25%). 70% daripada produk terbaik yang dibeli rakyat Malaysia adalah melalui pautan affiliate Shopee yang memanfaatkan penjual tempatan. Lebih kurang dua pertiga pautan Shopee yang dijana tahun ini membawa trafik untuk menaikkan penjual tempatan seperti B.S.B (Bed Sheet Bestseller), Momo House, dan Myfooyin.
| Shopee House 2023 merupakan acara yang dianjurkan untuk mempromosi keterlibatan antara jenama tempatan dan pempengaruh serta ahli ‘affiliate’ |
Drama: Twinkling Watermelon (English title) / Sparkling Watermelon (literal title)
Revised romanization: Banjjakyineun Watermelon
Hangul: 반짝이는 워터멜론
Network: tvN / Viu
Jumlah Episod: 16
Tarikh tayangan: September 25 - November 14, 2023
Barisan Pelakon: Ryeo Un, Choi Hyun Wook, Seol In Ah, Shin Eun Soo
Sinopsis:
Drama ini mengenai seorang pelajar sekolah, Ha Eun Gyeol (Ryeo Un) yang datang dari keluarga yang mempunyai masalah pendengaran (pekak). Dia sempurna fizikal manakala ibu, bapa dan abangnya pekak. Datang dari keluarga yang serba kekurangan, Eun Gyeol tetap menjadi seorang pelajar yang cemerlang dalam akademik dan juga berbakat dalam bermain gitar yang melayakkan dia menyertai sebuah band. Namun, ayahnya tidak bersetuju untuk dia menyertai band dan berharap anaknya itu menjadi seorang doktor.
Pada suatu hari, rahsianya menyertai band diketahui ayahnya dan mereka bertengkar. Tiba-tiba, dia menjumpai sebuah kedai alat muzik misteri dan tiba tiba juga dia tiba di suatu tempat lain. Ketika menyedari tempat tersebut adalah tahun 1995. Time travel. Pada tahun itu, Eun Gyeol bertemu Ha Yi Chan (Choi Hyun Wook), Choi Se Gyeong (Seol In Ah) dan Yoon Chung Ah (Shin Eun Soo). Rupa-rupanya Yi Chan dan Chung Ah adalah ibu bapanya ketika berumur 18 tahun dan ketika itu Eun Gyeol juga pada umur yang sama.
Ha Yi Chan dilahirkan sempurna, namun dia menjadi pekak selepas satu kemalangan. Eun Gyeol menyatakan hasrat untuk melindungi Yi Chan dari sebarang kemalangan supaya ayahnya kekal sempurna sehingga mereka kembali ke tahun 2023. Pada tahun 1995 juga Eun Gyeol dan Yi Chan bersama-sama rakan lain bersatu dalam satu band yang menampilkan Yi Chan sebagai frontman.
![]() |
| Seol In Ah sebagai Choi Se Gyeong / On Eun Yu |
Selain itu, Eun Gyeol sedar yang cinta pertama Yi Chan bukanlah Chung Ah tetapi Se Gyeong. Namun, kisah Se Gyeong agak lain dari yang benar terjadi pada tahun 1995. Eun Gyeol perlu berusaha lebih untuk memastikan Yi Chan dan Chung Ah bersatu sebagai pasangan. Namun Se Gyeong tetap berkeras untuk tetap menerima cinta Yi Chan (walhal kisah sebenarnya Se Gyeong menolak cinta Yi Chan).
![]() |
| Shin Eun Soo sebagai Yoon Chung Ah |
Personal View:
Lama ya tak tulis review drama kat sini. Tapi drama yang ini aku terasa nak tulis sebab aku menangis (haha) dekat episod 15 dan 16. (**spoiler: aku nangis sebab ingatkan Yi Chan takkan pekak sebab rancangan Eun Gyeol dan Se Gyeong dah berjaya dah, tapi ada unexpected scene yang menyebabkan kemalangan tu terjadi jugak. lagi sedih part nenek Yi Chan cakap dengan Yi Chan tapi Yi Chan tak boleh dengar.)
Pelakon semua best-best! Underrated. Paling sedih tengok muka Chung Ah walaupun tak bercakap tapi ekspresi muka dia saya suka :'(
Tapi jangan risau, tetap happy ending! Pengajaran yang aku belajar dari drama ni;
1. Kalau takdir telah tertulis, sebaik mana pun rancangan kita sebagai manusia, tetap tak boleh mengubah takdir.
2. 'When life gives you lemon, make lemonade'. Walaupun keluarga Eun Gyeol ditakdirkan serba kekurangan dari fizikal, mereka berjaya jugak dalam hidup sebab mereka ubah nasib mereka melalui cara semampu mereka.
3. Bahasa isyarat sangat indah. Walaupun tanpa telinga dan mulut yang baik, melalui bahasa isyarat, semua mesej masih boleh disampaikan dengan baik. (rasa macam nak belajar bahasa isyarat!)
Akhir sekali, tolong tengok drama ni dekat Viu, dah ada full episod dah :) Sangat recommended. 9/10.
Mari berseronok dengan Kotak Duit Misteri di Shopee Live!
Bersiap sedia untuk menikmati jualan hebat terbesar tahun ini pada harga terendah. Ya, Shopee 11.11 Jualan Hebat kembali lagi tahun ini di mana anda boleh menikmati promo terbaik, hiburan menyeronokkan, dan penjimatan terhebat! Tandakan kalendar anda bermula hari ini sehingga 14 November 2023 untuk pengalaman membeli-belah extravaganza yang lain dari yang lain.
Ini baru sahaja permulaan kerana Shopee menambahkan lagi keseronokan kerana anda berpeluang untuk memenangi sehingga RM1 Juta melalui Shopee Live! Di 11.11 Jualan Hebat, jangan ketinggalan untuk menikmati promo hebat, baucar menarik, dan potensi untuk menang besar dengan Shopee.








