Powered by Blogger.
facebook twitter instagram Email

THEJAGUNGSPIRASI

Assalamualaikum


Segmen berlangsung dari 3 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020, pukul 8 malam. Klik banner untuk join.

Instagram: aimansallehh <jemput follow> hehe :D
Share
Tweet
Pin
Share
7 comments
Assalamualaikum

29 Februari 2020 (Sabtu) haritu penuh promosi sana-sini sebab tahun lompat kan 4 tahun sekali. Jadi, aku pun tak ketinggalan untuk jalan-jalan area Kuala Lumpur, mana tahu ada promosi boleh guna. Sabtu haritu aku keluar dengan kawan baik aku, Akmal. Kitorang kenal sejak Asasi. Naik degree, fakulti kitorang terpisah, dia kat Ampang dan aku kat Nilai. Tapi kami tak lost contact pun, sebab kami ada share satu hobi yang sama hahaha.

Actually masa plan nak keluar sekali ni tak perasan pun haritu 29 Februari. Plan ni sebab dua-dua tengah free, dia dah start cuti midsem dan aku baru minggu kedua kuliah. Kami dua selalu share benda apa yang best untuk pergi pastu plan nak ke mana. Masa asasi dulu, kami satu geng ada 5-6 orang, tapi masuk degree ni susah nak kumpulkan semua. Jadi, kami dua orang je paling senang onz je nak keluar mana-mana.


Kami plan jumpa kat MRT Taman Midah, sebab dekat dengan kolej dia. Dan kami turun kat stesen Cochrane untuk ke Sunway Velocity Mall. Sebenarnya stesen Cochrane tu lagi dekat dengan Mytown dan Ikea, tapi sebab dah selalu pergi situ, kami tukar pulak ke Sunway Velocity. Sebab lain nak try makan Chicken Plus, sebab si Akmal ni kata sedap. Basically makanan korea sebelum-sebelum ni pun banyak aku makan dengan dia la. Antara makanan korea yang aku dah try kat entry ni Sedap ke Makanan Korea Kat Malaysia Ni 


credit Bangsarbabe.com
Tak sempat nak ambik gambar kedai ni, sebab tu ambik dari Google je. Makanan dia tak se'variety' kedai makanan Korea lain bagi aku, cuma dia lain sikit sebab ada Pizza tapi aku tak try pulak yang tu. Sebab lapar dan harga dia agak mahal lah, kitorang ambik menu biasa-biasa je.


Ramyeon dua, dengan boneless chicken spicy (walaupun tak spicy) dan ice water je. Personal rate aku 7/10. Sedap tu sedap cuma rasa ramyeon dia sebijik macam Maggi Kari. Ayam dia sedap, aku suka dengan sos manis masin pedas sikit tu. Overall sedap. Boleh repeat kalau tengah kaya nanti haha. Harga ramyeon tu RM 9, add cheese RM1. Ayam tu RM 17. Ice water RM1. Total semua, RM 40.++. Bahagi dua, sorang bayar RM20. 


Next, kami ronda dalam Sunway Velocity tu lagi. Sambil tu, scroll Hotlink Red App promo. Sebagai pengguna setia Prepaid Hotlink (kami dua-dua pakai Hotlink dari zaman sekolah lagi hahah), salah satu sebab kenapa aku masih setia dengan Hotlink walaupun agak mahal, sebab ada free weekend Internet dan ada banyak promotions. Eggette Lab ni pun ada. Buy 1 Free 1. So, saja nak try. Sedap weh. 
Buy 1 (Butter Kaya), Free 1 (Original)
Yang Butter Kaya tu manis, so penat jugak la nak habiskan. Yang original tu just nice, sedap gila. Harga Butter Kaya tu RM9.90, original RM 5.90. Untuk ni, kami cuma bayar RM9.90 jelah. Share dua orang, sorang bayar RM5 je.


Lepas tu, sebab kenyang sangat. Kami teruskan berjalan ke Mytown pulak. Tengok promo Hotlink lagi, ada buy 1 free 1 lagi untuk Black Whale. Memang teringin lama dah sebab ramai yang kata sedap. Yang ni kena beli air harga RM12.90 ke atas akan dapat free air harga RM 6.90.


Kami tak reti order, jadi tanya la akak cashier tu yang mana hot seller. Pastu dia recommend Fiery Brown Sugar Black Whale Milk yang penuh gula tu. Dan dapat free Red Dragon Milk Tea. Yang Brown Sugar tu sedap untuk sedutan kali pertama je. Teruskan sedut, manis gila weh. Memang potong kaki la manis dia. Tambah air mineral pun masih manis. Yang Milk Tea tu rasa lebih kurang Tealive je, sedap.

Selesai makan minum, kami pusing MyTown lagi. Pastu singgah solat Zuhur kat MRT. Teruskan pergi Pasar Seni. Asalnya nak pergi Saloma Link tapi macam susah pulak nak kena tukar-tukar train, jadi kami pergi Pasar Seni jelah sebab si Akmal ni tak pernah pergi Pasar Seni walaupun dah 3 tahun dok KL.

Nasib baik panas haritu tak terik sangat. Just nice je.
Dalam tu pusing lagi, banyak benda antik dan cantik-cantik. Tapi harga agak mahal sikit lah. Jadi, beberapa kali berhenti kat beberapa kedai. Keluar tangan kosong jugak haha. Tapi kami sempat singgah masuk Cute Fish Spa. Masukkan kaki dalam kolam yang ada ikan tu. Terapi la gittew.

RM 10 untuk 15 minit
Geli-geli je rasa. Ikan tu toothless ye. Tak sakit pun. Rasa tenang je.

Ni tak cukup banyak lagi sebab ada orang lain baru masuk.
Pastu sempat masuk toilet dia jap. Dah pernah masuk pun still amaze dengan deko dalam toilet pun. Ala-ala dalam hutan. 

Mirror selfie dulu
Lepas dekat Pasar Seni, kami pergi Pasar Malam Sabtu kat Jalan Tunku Abd Rahman pulak. Dalam ontheway nak ke Jalan TAR tu, tengok River Of Life pastu ada spot lawa untuk gambar background Bangunan Sultan Abdul Samad. 


Sebelum sampai Jalan Tar, singgah solat Asar kat Masjid Jamek dulu. 

credit New Straits Times
Kat Jalan Tar ni takde pulak tangkap gambar apa-apa. Sebab sesak kan. Kami fokus beli makanan untuk dinner je. Pastu tetiba hujan renyai. Dah beli bungkus tapi taktahu nak makan kat mana, jadi Akmal ajak balik kolej dia je. Naik lrt pergi kolej dia kat Pandan (kot..) tak sure la. Pastu lepas Isyak kami pergi TBS pulak sebab Akmal balik kampung malam tu. Aku pulak balik Nilai balik. 

Last sekali, yang aku ralat apa yang dirancang kebanyakkan tak jadi. Rancangan pertama nak tengok wayang, nak beli Xing Fu Tang, nak pergi Saloma Link pastu KLCC. Tapi rancangan last minit jugak selalu onz. Sebab tu kami jenis tak suka rancang awal-awal, sebab selalu tak jadi. Yelah, kita mampu merancang je, Allah yang menentukan. Hehe :)
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum,

Alhamdulillah selepas seminggu politik negara kita terumbang-ambing, dan hari ini dah dimuktamadkan dengan pengisytiharan Perdana Menteri Ke-8. Sebagai rakyat, ye kita ada hak untuk bersuara tapi adalah lebih baik kita terima dahulu apa pun keputusan dari Yang Dipertua Agong.

Ada kawan saya kata, "bila kita taksub memang kita tak boleh nak terima keputusan dengan hati yang terbuka. sebagai rakyat biasa, kita tetap kena beri sokongan kepada pemimpin yang dipilih walaupun itu bukan pilihan kita."

Jangan sampai menghina Agong. Berita tadi dah jadi kes polis akibat hina Agong di media sosial.


Dan.. Sudah-sudah la sebar berita palsu. Tak pasti jangan kongsi. Pihak kerajaan tak ada keluarkan apa-apa kenyataan yang menyatakan cuti umum pada esok hari.

Penafian Pengisytiharan Cuti Umum Pada Hari Isnin, 2 Mac 2020

Aku lain la. Cuti umum ke tak, aku tetap cuti hehe. Esok memang takde kelas. Tapi siap la Selasa sampai Jumaat jadual packed :')
Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Assalamualaikum


Jawab soalan ini: Apa yang anda tahu tentang Muamalat dalam Perbankan?

Tak berapa sure sangat. Tapi ni sama kan dengan Islamic Banking kan? Ke lain. Kalau sama, perbankan tu mestilah shariah compliance. Segala proses dalam perbankan tu semua kena patuh shariah. Bukan conventional. Sebagai muslim, kita digalakkan buat urusan jual beli/perbankan berpandukan shariah. Elakkan perkara yang syubhah. 

Further details tak sure la. Cuma dulu masa belajar subjek bisnes, pernah la diterangkan perbezaan perbankan islam dan konvensional ni tapi ingat-ingat lupa. Yang penting, beza paling utama dia shariah compliance tu lah. Hehe betulkan kalau ada tersilap. 

Tempoh segmen: 20/2/2020 hingga 30/3/2020   
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Assalamualaikum,

Semester baru dah start. Dah semester 6 gais, nanti sem 7 pastu intern pastu habis. Kejap je rasa. Okay bukan itu aku nak ulas.


Bila masuk sem baru ni, memang kena kembali kepada fitrah la gittew, kena start berjimat, start kurangkan makan. Jadi, aku mulakan sem ni dengan beli barang kat Shopee. Tambahan pula, duit pinjaman dah masuk hehe.

Aku ada pergi supermarket dekat-dekat rumah sewa aku ni. Ye aku memang jenis fikir tiga empat kali untuk beli sesuatu barang tu, dan pastinya aku kena compare dulu banyak tempat. Nak jadikan cerita, lepas dah pusing supermarket tu. Last-last aku cuma beli satu keperluan asas ja iaitu air mineral.


Tengah-tengah bosan pulak, aku scroll shopee. Tengok shocking sale, wow banyak jugak barang murah. Tapi macam bukan keperluan sangat pun. Last-last nampak ada ShopeeMall yang jual macam barang dapur dengan sabun. Dan yang aku suka lagi sebab ada free shipping untuk pembelian atas RM 40, dan penghantaran 24 jam bagi kawasan Lembah Klang, Negeri Sembilan dan Melaka. Pastu, aku tak fikir panjang, terus scroll-scroll Shopee Mall tu sambil add to cart. Jadi, dapat la barang-barang ni. Total harga semua barang ni RM41.38

Semuanya di beli kat Shop atas ni. Klik ke shop.


First, aku usha shocking sale dulu. Tengok Maggi ayam RM 1.75 je. Murah la tu. Aku tak gemar sangat tapi boleh jela makan perisa ayam ni. So boleh la buat stok bila sesak takde duit nanti.
Harga asal RM4.75 jadi RM1.75

Pastu teruskan cari toiletries dengan sabun basuh. So, aku beli sabun mandi, sabun basuh, downy dengan mouthwash. Tapi still tak cukup RM40 sebab nak dapatkan free shipping
Harga asal RM4.90 jadi RM3.90
Harga asal RM6.51 jadi RM5.61
Harga asal RM8.68 jadi RM7.80
Harga asal RM2.99 jadi RM2.84

Pastu aku start la add to cart jajan-jajan, aku beli pringles yang macam rare sikit, maggi cup yang baru ni jugak dengan susu. Kisahnya masa add to cart tu, aku dah tambah coco crunch mini tu, murah jugak la dalam RM2 je, tapi bila nak bayar, katanya coco crunch tu dah habis stok. Pastu aku beli susu saje, dua kotak pulak tu.
Harga asal RM4.74 jadi RM3.88
Harga asal RM2.06 jadi RM1.80
Harga asal RM6.20 jadi RM4.72

Aku tambah biskut ape ni. Bagi aku tak berbaloi, sebab biskut ni kecik je tapi harga RM2 lebih. Tapi sedap je rasanya, tapi tak puas la dengan RM2 lebih tu. Dah la aku pegi beli benda ni dua, dah jadi RM5 untuk benda yang tak mengenyangkan ni.

Harga asal RM2.60 jadi RM2.47
Harga asal RM19.90 jadi RM0.75

Last sekali, aku tambah washing machine cleaner ni sebab tak sampai RM1. Lagipun washing machine rumah sewa ni tak pernah cuci, so nak try la. Tapi tak reti nak pakai, dahla tulisan jepun je semua. Kena cari tutorial dalam youtube ni hahaha

Pandai abang tu sorokkan kotak ni. Btw ye compound rumah sewa aku memang semak ya amat. Rumah bujang kan.
Secure ye. Takde damage walaupun maggi dengan biskut tu senang pecah, tapi selamat tak pecah langsung.

Lastly, aku puas hati la sebab box ni secure sangat. Dan abang shopee express tu pun baik je. Aku takde kat rumah, dia tinggalkan je kat celah-celah yang tersorok sikit. Cuma 24-hour delivery tu tak la betul-betul 24 jam. Actually 2 hari baru sampai. Tapi okey la, sebab free delivery kan. Sekian.

Berbelanjalah dengan berhemah. Pesanan untuk diri sebenarnya tu hahaha
Share
Tweet
Pin
Share
4 comments
Newer Posts
Older Posts

about me

about me
Salam and Hi! I'm Aiman from Penang, Malaysia. thejagungspirasi datang dari 'corns-pirasi' (konspirasi) maksudnya perkongsian tipu-tipu saya haha tiber

Follow Us

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Contact Form

Name

Email *

Message *

Followers

Categories

giveaway segmen contest share personal random education review travel covid19 tips MOOD kdrama Malaysian korea useful kesihatan kmovie

recent posts

My Blog List

  • Syazni Rahim Blog
    Viralnya Iklan OBH Combi Sachet
  • ABAM KIE : The Man of The House
    Jenis-Jenis Universiti Awam di Malaysia: Panduan Lengkap untuk Lepasan SPM dan STPM
  • THEJAGUNGSPIRASI
    Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
    Senarai Lengkap 24 Hotel, Resort & Chalet di Teluk Nipah Pulau Pangkor Perak beserta Contact Number & Maklumat Pool
  • JiwarOsak
    Bonus RM2000 Penjawat Awam Mula Dibayar
  • LADY LIKE ME !
    Wordless Wednesday: Flew from Thailand with Barathy ❤️
  • Cerita Ceriti Ceritu Mamapipie
Show 5 Show All

Blog Archive

  • ▼  2026 (1)
    • ▼  May 2026 (1)
      • Wordless Wednesday - Iced Americano Kenangan Coffee
  • ►  2025 (8)
    • ►  November 2025 (2)
    • ►  September 2025 (1)
    • ►  June 2025 (2)
    • ►  March 2025 (2)
    • ►  February 2025 (1)
  • ►  2024 (25)
    • ►  December 2024 (3)
    • ►  November 2024 (1)
    • ►  October 2024 (1)
    • ►  September 2024 (1)
    • ►  August 2024 (1)
    • ►  July 2024 (2)
    • ►  June 2024 (1)
    • ►  May 2024 (2)
    • ►  March 2024 (5)
    • ►  February 2024 (3)
    • ►  January 2024 (5)
  • ►  2023 (15)
    • ►  December 2023 (2)
    • ►  November 2023 (2)
    • ►  October 2023 (1)
    • ►  September 2023 (3)
    • ►  August 2023 (1)
    • ►  July 2023 (1)
    • ►  June 2023 (3)
    • ►  March 2023 (1)
    • ►  February 2023 (1)
  • ►  2022 (23)
    • ►  November 2022 (2)
    • ►  September 2022 (4)
    • ►  July 2022 (2)
    • ►  June 2022 (1)
    • ►  May 2022 (1)
    • ►  April 2022 (1)
    • ►  March 2022 (7)
    • ►  February 2022 (1)
    • ►  January 2022 (4)
  • ►  2021 (68)
    • ►  December 2021 (1)
    • ►  November 2021 (3)
    • ►  October 2021 (4)
    • ►  September 2021 (4)
    • ►  August 2021 (5)
    • ►  July 2021 (2)
    • ►  June 2021 (7)
    • ►  May 2021 (10)
    • ►  April 2021 (5)
    • ►  March 2021 (13)
    • ►  February 2021 (7)
    • ►  January 2021 (7)
  • ►  2020 (110)
    • ►  December 2020 (10)
    • ►  November 2020 (7)
    • ►  October 2020 (9)
    • ►  September 2020 (9)
    • ►  August 2020 (7)
    • ►  July 2020 (8)
    • ►  June 2020 (8)
    • ►  May 2020 (15)
    • ►  April 2020 (8)
    • ►  March 2020 (13)
    • ►  February 2020 (9)
    • ►  January 2020 (7)
  • ►  2019 (20)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  September 2019 (5)
    • ►  August 2019 (3)
    • ►  July 2019 (6)
    • ►  April 2019 (2)
    • ►  March 2019 (1)
    • ►  January 2019 (2)
  • ►  2018 (16)
    • ►  December 2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  September 2018 (2)
    • ►  July 2018 (4)
    • ►  April 2018 (1)
    • ►  January 2018 (5)
  • ►  2017 (68)
    • ►  October 2017 (4)
    • ►  August 2017 (15)
    • ►  July 2017 (9)
    • ►  June 2017 (5)
    • ►  May 2017 (21)
    • ►  April 2017 (1)
    • ►  February 2017 (6)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (14)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  August 2016 (3)
    • ►  May 2016 (2)
    • ►  April 2016 (5)
    • ►  March 2016 (1)

Created with by ThemeXpose | Distributed by Blogger Templates