Travel Planning from Kuala Lumpur to Langkawi

by - 10:25:00 PM


Assalamualaikum,
Bismillah,





Hai guys! Dah 2018 ni, tak start travel lagi ke? Alaa, kalau newbie travel macam aku ni, tak payah mula dengan oversea dulu, kita mula dengan dalam negara je dulu. Yeehaa, Malaysia ni ada banyak ok tempat yang best dan tempat paling best aku suka adalah pantai/pulau lagi-lagi Pulau Langkawi. Semua pun mesti dah pernah pegi kan atleast sekali kan. Aku pernah pegi sekali dulu (tu dulu lawatan sekolah kot..), kali ni nak rancang untuk travel backpackers pulak hehe! Banyak sangat benda aku suka kat Langkawi ni, yang paling penting sebab Langkawi ni tempat bebas cukai. Korang yang suka shopping tu mesti suka kan bebas cukai ni :)


                                             




Okay bagi first timer yang nak pegi Langkawi tu, kena la planning sebaik-baiknya untuk nak ke sana ye. Firstly, transportation! Banyak inisiatif sebenarnya kalau korang nak ke Langkawi, sama ada naik flight, feri ataupun kereta je. Bagi aku, lebih prefer naik flight sebab sekarang ni mana-mana flight pun banyak je offer. So, inilah pentingnya planning ko ni! Kena bajet masa dengan offer tiket flight. Ni suggestion aku jela, sebab kalau naik flight ni Insya Allah banyak benefits, such as jimatkan masa, jimatkan tenaga. Cuma kalau ko dari KL, masa ko pegi naik flight cuma mungkin mengambil masa kurang sejam je. Tapi kalau naik kereta dengan feri mungkin ambik masa 6 jam lebih.







Next planning, korang kena tahu juga berapa lama korang nak pergi bercuti di sana nanti supaya taklah korang wasting the time kalau percutian tu cuma time weekend saja. Jadi, korang boleh decide laa nak menginap dekat dengan airport dan pantai atau nak dekat dengan kedai-kedai yang menjual segala periuk belanga. But mostly, ramai yang ke Langkawi mesti nak lepak di kawasan Pantai Cenang dan Pekan Kuah. Almaklumlah, dua tempat ni bukan saja mempunyai kawasan dan view yang cantik malah banyak aktiviti menarik yang boleh dilakukan seperti berkelah, mandi laut, main banana boat, sukan pantai dan banyak lagi. Antara tempat menarik yang uolls boleh pergi berdekatan dengan pantai-pantai tu pula adalah seperti Underwater World Langkawi, Muzium Laman Padi, dan Panaromic Langkawi.







Tambah lagi, antara travel planning yang agak penting juga adalah pilihan masa yang sesuai. Well, takkanlah vacation korang dari Kuala Lumpur to Langkawi ni korang nak sia-sia kan macam tu saja kan? Mestilah nak manfaatkan masa yang ada dengan sebaiknya bersama keluarga. Jadi, kalau boleh elakkan datang time musim hujan sebab time tu biasanya banyak aktiviti yang akan tergendala seperti uolls tak boleh buat island hoping, naik cable car dan mungkin juga uolls tak dapat pergi ke Kilim Geo Park. Lagi satu, korang try elakkan juga daripada datang time school holiday atau peak season seperti LIMA event. Selain kena beratur panjang di tempat tarikan, tempat tu juga akan dipenuhi pengunjung dan kemungkinan juga harga akan menjadi lebih mahal sebab time tu demand sangat tinggi. Huhu.






Haaa dah tu, makanan pulak! Kalau cerita pasal makanan kat Langkawi ni, aku suka pegi Pasar Malam lagi-lagi Pasar malam Kuah sebab macam-macam ko dapat jumpa kat sini, antara yang aku suka seperti laksa Kedah, laksam, pulut mangga dan banyak lagi weh. Boleh dikatakan kat situ tempat wajib lah ko datang kalau mai Langkawi ni. Selain tu, korang boleh la jugak try makanan best kat Kak Yan Nasi Campur, Restoran Seashell, Malau Nasi Kandar dan Hafiz Rojak.






Oh haa, last but not least, kereta sewa! Jangan risau lah pasal kereta sewa sebab sama ada kat airport ataupun jeti nanti, banyak je servis kereta sewa menanti. Tapi kalau nak dapatkan harga yang murah, better survey la dan compare mana lagi baik. Skuter/Motor pun banyak je orang buat sewa kalau korang solo backpack. So jangan risau sangat pasal transport kat sana nanti. Apa-apa pun, harap apa yang aku share kat sini bermanfaat ye untuk korang yang baca ni. Dah bersedia ke nak cuti / nak plan cuti? Haa Jom cari Kuala Lumpur to Langkawi cheap flights sekarang juga! Selamat bercuti!


You May Also Like

3 comments

  1. never went to langkawi before. hmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. jmput la join n meriahkan segmen GA kt sini

      http://www.raydahalhabsyi.com/2018/02/wonderful-march-giveaway-by-raydah.html

      Delete