QOTD: Buka Buku Baru Tahun 2021

by - 7:35:00 PM

Assalamualaikum,

Sekejap je dah hari terakhir 2020 dah. Esok dah masuk tahun baru. Semoga azam tahun 2020 tercapai la ye. Kalau tak tercapai pun tak apa. Kita boleh usaha lagi untuk tahun baru ni. 

Tadi pensyarah aku bagi satu 'quote' ni. Pensyarah ni memang baik sangat. Paling faham perasaan student dan memang lemah lembut je. Kita QOTD sikit, ataupun quote of the day hehe.

"Don't compare your life to others. 

There's no comparison between the sun and the moon. 

They shine when it's their time."

Maksudnya: Jangan membandingkan kehidupan kamu dengan orang lain. Sedangkan matahari dan bulan pun tidak dibandingkan. Kedua-duanya masih bersinar apabila tiba masanya.

Setuju sangat dengan quote ni. Sangat kena dengan keadaan sekarang. Kadang-kadang dengan budaya membanding-banding ni boleh timbul 'insecurities' dan asyik nak penuhi expectations je. Sudahnya, kita jadi kurang keyakinan diri dan rasa takut nak keluar dari kepompong selesa kita. 

"We all might be walking through the same track. But we might not always going to the same destination." 

Kesimpulannya, menuju tahun 2021 nanti, marilah sama-sama kita tunaikan segala hajat dan azam yang terbuku. Biar orang nak kata apa. Tak apa kalau kita gagal pun, sekurang-kurangnya kita mencuba.

Selamat Tahun Baru 2021! Jom buka buku baru.

You May Also Like

4 comments