4 Aplikasi Survey Yang 'Legit' Untuk Menjana Pendapatan Sampingan

by - 12:13:00 PM

 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Total lockdown ni korang buat apa je? Alang-alang tengah free dekat rumah tu, jom lah join isi survey je pastu dapat duit. Tak banyak tapi ada la. Zaman sekarang ni isi survey je pun boleh dapat duit? Boleh percaya ke dengan aplikasi ni semua?


Dalam posting ni, aku akan kongsikan 4 aplikasi survey yang memang legit. Bukti legit tu sebab aku dah pernah cashout duit dari situ pun. Tetapi, sedia maklum la, aplikasi survey ni bertujuan untuk menjana pendapatan pasif sahaja. Lepas la untuk buat makan sikit-sikit. 

Dan keempat-empat apps ni yang paling aku suka guna. Ini semua berdasarkan pengalaman aku semata-mata. Ada je apps atau website lain yang aku pernah cuba, cuma ada yang terlalu susah dan rumit sikit dalam isi survey. Kadang tu ada yang server dia agak perlahan yang membuatkan aku tak ulang lagi. 


1) YouGov



Dari segi nilai, YouGov paling banyak yang pernah aku dapat dalam sekali cashout. Sekali cashout boleh dapat dalam RM70. Untuk dapatkan RM70 tu kena la kumpul points sampai 5000. Dan satu survey, secara puratanya dalam 100 ke 200 points. Maksudnya kena la isi survey dalam 50 kali, baru boleh cashout.

Tetapi, ada kelemahan terbesar, iaitu kekerapan survey tu agak jarang. Boleh kata seminggu sekali. Kadang-kadang tu sampai dua minggu sekali. Sebab tu, dalam setahun aku boleh cashout dua kali sahaja. 

Dari segi rewards pulak, bukan duit sahaja. Ada prepaid, tiket AirAsia dan lain-lain. Tapi aku memang akan cashout duit sahaja melalui Paypal. Dan sudah 3 kali cashout sejak tahun lepas. Cash akan masuk ke akaun Paypal, dan dari Paypal kita juga boleh pindahkan ke akaun bank kita. Ada sedikit caj dikenakan dan anggaran dalam RM2 kalau tak silap. 

Untuk mendaftar, boleh tekan sini > Daftar YouGov 

Untuk semakan poin juga boleh didapati melalui apps dekat Google Playstore/ App Store.


2) Milieu



Untuk Mileiu ni aku dah pernah kongsikan dalam posting sebelum ni. Baca > Redeem Topup RM30 di Mileu Survey. Rewards di Mileu ni selalu juga berubah-ubah. Aku dah pernah tiga kali redeem dekat Mileu ni. Pertama kali yang macam dalam posting sebelum ni, topup RM30. Baru ni aku redeem voucher Shopee RM20. Sebab aku pun selalu buka shopee kan, jadi berbaloi-baloi rewards tu.

Dari segi kekerapan survey, boleh dikatakan dalam dua ke tiga hari akan ada survey baharu. Dan nilai setiap survey pun agak banyak juga. 

Untuk mendaftar, boleh terus install di Google Playstore / App Store. Jangan Lupa Masukkan Referral Code : IFF1G4


3) SurveyOn



Untuk aplikasi ni, aku redeem 4 ke 5 kali dah. SurveyOn ni best sikit, sebab survey dia kadang-kadang tu akan ada beberapa survey dalam satu masa yang sama. Selain itu, setiap hari juga kita boleh jawab survey yang dibuat oleh pengguna lain juga. Tapi survey harian ni points dia 1 ke 2 point ja la. 

Bagi rewards, 20,000 points boleh ditebus dan pindahkan terus ke akaun paypal. 20,000 points tu bersamaan dengan 2 dollar. Nampak macam sikit tapi points dekat Survey On ni senang nak kumpul, jadinya banyak je boleh ditebus nanti.

Untuk mendaftar, boleh terus install di Google Playstore / App Store. Guna browser pun boleh dekat SurveyOn


4) Vase



Untuk survey Vase ni, kalau dulu dia guna term '1 survey = RM1' tapi sekarang dah guna points. 1 survey sama dengan 1000 points, tapi nilai sama saja. Kalau survey yang tak berjaya dan kita tak layak, kita masih akan terima RM0.20. Dan yang bestnya, untuk setiap sen yang berjaya ditebus boleh terus transfer ke akaun bank. Tempoh untuk terus masuk ke bank pun cepat, paling lambat pun 5 hari bekerja tapi selalunya dua hari macam tu dah dapat.

Dari segi kekerapan survey pulak, tak menentu. Kadang-kadang tu sekali dia bagi ada dalam 2-3 survey satu hari. Kadang tu beberapa minggu pun tak ada survey baru.

Untuk mendaftar, boleh klik sini > Daftar Survey Vase


Korang ada yang rajin isi survey yang berbayar macam ni tak? Cuba kongsi apps apa je lagi yang ada selain yang aku kongsikan tu. Selain kita menerima ganjaran untuk setiap survey tu, kita sebenarnya juga dapat membantu para pengkaji untuk laksanakan kajian mereka. 

Kalau ada apa-apa soalan ke berkenaan survey kat atas ni, jangan segan komen atau dm kat IG je :D

Yang penting, dalam kehidupan atas talian ni, kena utamakan keselamatan siber. Kalau rasa tak selamat macam kena letak IC ke apa-apa hal peribadi, lebih baik elakkan. Hehe. Selamat berkurung semua orang! 

You May Also Like

6 comments

  1. Suka yougov je ..setiap seminggu satu survey yang dia akan emailkan

    ReplyDelete
  2. Suka yougov je ..setiap seminggu satu survey yang dia akan emailkan

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. Penah dah buat survey ni.Bila kita jawab tak betul terus dia tak bagi jawab. Lepas tu point pun tak dapat. Macam SurveyOn, kalau tak aktif terus dia delete point-point survey yang kita dah collect sebelum-sebelum ni.Akak dulu dekat 8k point jugaklah burn macam tu jer.

    ReplyDelete
  5. Setakat ni baru try yougov and milieu hehe. Yougov baru sekali cashout >.< Jenuh nak tunggu survey dia hahaha

    ReplyDelete
  6. semua pon tak pernah lagi..hahah kecuali pgmall la..collect 10sen sehari dengan shopee coins tu je

    ReplyDelete