Tebus Bantuan E-Belia RM150 Melalui ShopeePay

by - Tuesday, June 01, 2021

 Assalamualaikum, 

Salam lockdown Fasa 1.0 dan Salam 1 Jun.

Cepatnya masa berlalu, tiba-tiba dah bulan Jun.

Hari ini, bantuan E-Tunai, belanjawan E-Belia mula diedarkan untuk belia berumur 18 hingga 20 tahun ATAU Pelajar Sepenuh Masa Di Institusi Pengajian Tinggi. Alhamdulillah walaupun aku dah 23 tahun tapi status pelajar tu ada lagi dan layak untuk terima.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai E-BELIA, boleh rujuk di sini > Info E-Belia Belanjawan

Kalau dulu, bantuan e-tunai ini diberi kepada semua dan terhad kepada 3 aplikasi iaitu Touch n Go, Boost dan Grabpay. Kali ini, ada sedikit penambahbaikan iaitu dengan diberi melalui Touch n Go E-wallet, Boost, BigPay dan ShopeePay.

Dan, sebagai pengguna setia Shopee, mestilah aku tebus dekat Shopee. Sebelum proses nak claim ni, kena verify IC dulu ye dekat Shopee tu. 

Untuk proses penebusan, aku beberapa kali jugak la tewas. Asyik keluar 404 Error. Tapi sekejap je, lepas cuba banyak kali, boleh je.

Pertama, pergi ke https://shopee.com.my/m/ebelia-claim

Seterusnya, tekan Claim Now


Lepas tu, ada keluar satu borang untuk diisi. Akan tanya nama, alamat, jantina, bangsa, status pekerjaan je. Dalam 5 minit macam tu, duit terus masuk dalam akaun ShopeePay.


Tapi, sebabkan kita dah tebus untuk kita kan, ada la beberapa syaratnya. Antaranya, tidak boleh pindahkan ke bank, tak boleh pindahkan ke akaun kawan atau orang lain, tak boleh guna untuk beli topup. Dan banyak lagi syarat. Baca je dekat info e-belia belanjawan tu.


Dengan jualan 6.6 yang bakal tiba ni, Alhamdulillah membantu la jugak. Fuh. Ada banyak masa lagi ni untuk nak muhasabah diri nak beli apa yang perlu atau apa yang teringin sahaja. Dan yang pasti, kena beli yang ada kegunaan. Jangan bazir. 

Yang penting, RM150 ni kena habiskan sebelum 31 Julai. Lepas tu kalau tak terguna, kira burn la hehe

You May Also Like

1 comments