Drama Korea: Mouse (2021)

by - Tuesday, May 25, 2021

 


Tajuk: Mouse (마우스)

Genre: Suspense, Thriller, Mystery, Psychological, Crime

Jumlah Episod: 20

Pelakon Utama: Lee Seung Gi, Lee Hee Joon, Park Joo Hyun, Kyung Soo Jin



Sinopsis:

Drama Mouse ini mengisahkan Jeong Ba Reum (lakonan Lee Seung Gi), seorang pegawai polis yang nampak lemah, jujur dan lurus. Kehidupannya terus berubah setelah satu kejadian yang mana dia perlu berdepan dengan seorang pembunuh bersiri yang juga seorang psikopat. Daripada situ, Ba Reum dan kawan sekerja, Detektif Go Moo Chi (lakonan Lee Hee Joon) untuk menyiasat dan merungkai kebenaran di sebalik pembunuhan bersiri yang dipercayai oleh psikopat ini. 

Ini juga menimbulkan persoalan, sama ada kemungkinan yang seorang ibu yang mengandung dan dapat dikesan anak dalam kandungannya membawa genetik psikopat? Jika terdapat genetik tersebut, wajarkah kandungan itu diteruskan atau digugurkan bagi menjaga keamanan negara.


Reviu Peribadi:

  • Sebagai peminat lakonan Lee Seung Gi, memang drama ini sangat aku sarankan untuk tengok. Unsur cinta seperti tiada, tetapi banyak unsur kekeluargaan. Kissing scene memang tak ada. Bersih!
  • Dari segi thriller tu memang bikin pening la nak hadam satu-satu. Tapi di akhirnya nanti segalanya akan terjawab. Kalau nak puas hati lagi kefahaman tu, ulang lagi tengok haha. Plot twist dia memang aku tak sangka langsung. Dalam plot twist tu pun aku masih tak mahu percaya yang pembunuh sebenar tu siapa.
  • Dari segi barisan pelakon, memang kebanyakannya juga aku tak pernah tengok lagi lakonan diorang sebelum ni. Tapi memang best! Aku paling suka watak Hyeong Ju dan Bong Yi
  • Walaupun drama ni banyak babak pembunuhan, tetapi segala jenis senjata yang digunakan tu di'censored'kan. Segala jenis darah pun akan dikaburkan untuk menjaga sensitiviti masyarakat.

****SPOILER****
Episod terakhir :(


Worth-watching tak? Bagi aku sangat worthy. Memang main emosi jugak drama ni. Aku bagi 8.5/10


Next, sebab dah work from home (WFH) ni, kita layan drama lain pulak hahaha. 

You May Also Like

6 comments

  1. Memang best drama ni. Plot twist sangat tak dijangka.

    ReplyDelete
  2. awal-awal dh masukkan dalam list nak tengok je entah bila hahahaha, tunggulah free sikit baru tengok, heavy drama macam ni kena time cuti sem baru feel nak tengok

    ReplyDelete
  3. Waahh... cerita korea. hmmm, sis ni tak tahu laa bila nak melayan nye... list cerita pun banyak dah tu.

    ReplyDelete
  4. Banyak betul drama korea sampai tak tertengok. Rajin aiman layan

    ReplyDelete
  5. dah tengok...
    excited masa tunggu episod last keluar
    memang best
    hehehehe

    ReplyDelete
  6. dah habis tengok. menarik juga watak Lee Seung Gi..

    ReplyDelete