I Can See Your Voice Kini Kembali Dengan Musim Keempat

by - Sunday, May 16, 2021

 


Rancangan terhangat di TV3 yang menampilkan sama ada penyanyi atau penyamar, I Can See Your Voice kini kembali dengan musim keempat. Episod pertama untuk musim terbaru kini mula ditayangkan pada 16 Mei 2021 bersamaan hari raya keempat. (Haa significant kan, musim ke-4 mula ditayang pada raya ke-4)

kredit Instagram TV3 Malaysia


Mengekalkan konsep yang sama seperti musim lalu, iaitu dengan tiga pusingan untuk menentukan sama ada penyanyi atau penyiasat. Namun, ICSYV4 membawa pembaharuan dengan menambah 2 lagi panel penyiasat tetap yang baharu, iaitu Alif Satar dan Fad Bochey. Panel penyiasat yang lain adalah Jihan Muse manakala penyiasat jemputan merupakan bekas penyiasat tetap pada musim sebelum ini iaitu Mark Adam, Yusri Abd Halim dan Seelan Paul.

Pengacara masih kekal seperti musim lalu, iaitu Shuk Sahar dan Sean Lee. Manakala, selebriti jemputan untuk episod pertama adalah Floor 88. Ini kali kedua Floor 88 menjadi tetamu selepas pada musim kedua dulu.

6 orang peserta yang mewakili penyanyi atau penyamar menaruhkan bakat dalam episod kali ini. Untuk mengetahui pemenang minggu pertama adalah penyanyi atau penyamar, boleh la tonton siaran rancangan ini di TV3 dan Youtube TV3 pada setiap Ahad, jam 9 malam.



You May Also Like

5 comments

  1. Kelakar jugak rancangan ni .xsabar nak tengok session baru ni

    ReplyDelete
  2. tunang saya sukalah show ni 😅 saya kureng hahaha

    ReplyDelete
  3. sukaaa juga rancangan ni.. okla as hiburan sesekali =)

    jemput join GA di blog :
    https://www.sitiyangmenaip.com/2021/05/nz-souvenirs-giveaway-by-sitiyangmenaip.html

    ReplyDelete