Selamat Hari Raya Aidilfitri dalam PKP 3.0

by - Thursday, May 13, 2021

 Assalamualaikum,

Lama betul tak update. Bulan puasa asyik letih je. Tiba-tiba pulak dengan PKP bagai, tak banyak aktiviti yang boleh di-update kat sini. Apa-apa pun, Alhamdulillah kita dah selesai menunaikan ibadah puasa di bulan Raamadan dan hari ini dah raya Aidilfitri. 

credit to: google


Tapi tulah, raya pun tak boleh ziarah-menziarahi. Tak boleh rentas daerah. Jadinya, bab baju raya, aku recycle je baju raya lama. Beberapa tahun yang lepas punya. Biasanya satu keluarga akan sedondon, tapi kalini main bedal je. Yang penting raya kali ni, MAKAN.

Bersyukur jugaklah aku tinggal rumah flat. Dan adik beradik aku kecuali kakak yang sulung pun semuanya tinggal dalam bangunan yang sama. Jadinya, dapat la jugak berkumpul walaupun berbuka puasa pun muka yang sama je. 


Pagi-pagi lepas selesai makan-makan, sesi mohon maaf dan agihan duit raya, tibalah sesi fotografi. Dah letih semua, rehat sat sambil tengok TV. Rancangan TV pun banyak yang tak menarik sangat. 

Mula bosan, kami keluar kejap ambik angin dalam daerah yang sama. Dapat naik kereta tengok jalan pun dah puas. Lepas tu mula la teringin Starbucks la Family Mart la. Nasib baik daerah Butterworth ni semua benda ada. Senang! Dan semuanya pun drive thru je, kurangkan kontak dengan orang ramai.

Balik rumah, sambung makan lagi. Lepastu family time sambil tengok movie sama-sama. Pukul 10 semua pakat mengantuk dah sebab banyak makan haha. Sekian sahaja raya hari pertama. 

Raya kali ni semua ingat aku dah kerja padahal baru intern :( Jadinya, duit raya pun kakak-kakak je yang bagi hahaha. Ada la dua sampul dari kakak. Satu sampul dari staf tempat intern tu. Kalau ada yang macam nak bagi jugak, boleh dm je hahaha #jk (tapi boleh jugak scan qr code kat bawah tu hehehe)

hehehe moga murah rezeki semua!

Raya PKP korang best ke tak best tu? Yang penting, jaga SOP walau di mana-mana pun ye :D

Sebelum terlupa, Selamat Hari Raya Aidilfitri semua! Mohon maaf zahir batin ye :)

You May Also Like

7 comments